Apa yang wujud sebelum Bitcoin?

Apabila Bitcoin ditulis dan diperkatakan, cubaan-cubaan terdahulu untuk mencipta matawang kripto yang menjadikan Bitcoin tidak mustahil selalu terlepas pandang. Cubaan-cubaan untuk mencipta matawang digital telah dilakukan banyak kali sejak lewat 1980an, dan rata-ratanya merupakan asas kepada teknologi yang menjadikan Bitcoin berfungsi, seperti mekanisme proof-of-work dan transaksi tanpa memerlukan keizinan.

Teknologi rantaian blok – inovasi oleh Satoshi – yang membawa elemen-elemen dari cubaan sebelumnya ke matawang kripto sekarang. Begitu juga dengan internet dan infrastruktur perkomputeran yang mencipta kejayaan pada tahun 2000an dan pada tahun 2010an, rangkaian tidak berpusat mula muncul dengan user base yang lebih jelas.

b-money 

Dibina oleh jurutera komputer berbangsa Cina bernama Wei Dai pada tahun 1998, b-money memperkenalkan transaksi yang membenarkan pengguna untuk bersetuju dengan transaksi sebelumnya, seperti yang diketengahkan dalam kertas putih Bitcoin pada nota kaki pertamanya, menunjukkan Satoshi sedar dengan kewujudan projek b-money. Walaupun b-money kemudiannya gagal berfungsi, b-cash dikreditkan sebagai pengaruh besar terhadap penciptaan dan pembinaan Bitcoin.

Digicash

Digicash muncul pada kali pertama pada lewat 1980an, merupakan perintis bagi idea kunci awam dan peribadi – aspek terpenting dalam fungsi rantaian blok dan dompet digital. Projek ini telah gagal dan diisytiharkan muflis pada tahun 1998. David Chaum, pencipta Digicash, memberitahu bahawa kegagalan ini disebabkan oleh infrastruktur internet yang tidak lengkap dibina dengan cekap untuk membantu mengembangkan user base projek tersebut.

Bit Gold

Walaupun Bit Gold hanya digariskan pada kertas putihnya dan tidak pernah dilaksanakan, projek ini mempunyai persamaan dengan Bitcoin. Oleh sebab itu, terdapat spekulasi yang penciptanya, Nick Szabo adalah individu sebenar disebalik identiti Satoshi Nakamoto. Persamaan yang paling ketara ialah kertas cadangan mekanisme Byzantine Fault Tolerance (BFT), berdasarkan Masalah Jeneral Byzantium. BFT ialah komponen penting bagaimana perlombongan Bitcoin berfungsi dan kini digunakan dengan meluas dalam proses perlombongan untuk matawang-matawang kripto lain seperti Ethereum.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0