Apa yang wujud sebelum wang?

Wang telah berevolusi sejak bermilennia-milennia dauhulu – dari objek semulajadi, syiling, wang kertas dan kini, wang digital. Namun begitu, tidak kiralah dalam format apa pun, peradaban manusia telah lama menggunakan matawang (sistem wang) sebagai nilai simpanan, akaun unit dan medium pertukaran.
Bermula dari Zaman Batu Akhir atau Upper Paleolithic, sistem barter dikesan pernah digunakan pada zaman ini. Pemburu akan berdagang secara terus dengan kumpulan pemburu lain untuk senjata batu terbaik secara perjanjian terus.
Apabila masa berubah, kita berevolusi untuk memiliki item-item tertentu disebabkan oleh simbolik atau sukar ditemui. Dengan meneka objek-objek yang mungkin akan mendapat permintaan tinggi disebabkan oleh manusia suka mengumpulnya, pemilik akan menerima ganjaran dalam bentuk dagangan dan kekayaan – begitulah evolusi daripada senjata batu kepada logam berharga seperti emas.
Wang pertama pernah direkodkan – Shekel Mesopotamia – muncul lebih kurang 5,000 tahun dahulu tetapi penciptaan syiling fizikal pertama pernah diketahui bertarikh 770 SM di Asia Barat.
Perkakas dan senjata ditukar sebagai replika mini yang diperbuat daripada gangsa. Namun begitu, oleh sebab bentuknya yang tidak praktikal – tajam, berbeza-beza bentuk dan saiz – token-token dihentikan dan token berbentuk bulat mula digunakan. Kemudian, ia menjadi di antara syiling pertama pernah dikeluarkan.
Walaupun negara China merupakan negara pertama yang menggunakan bentuk-bentuk ini, wilayah pertama di dunia yang menggunakan proses industri dalam penciptaannya dan digunakan sebagai matawang ialah satu wilayah yang dipanggil Lydia (Türkiye Barat), Eropah.
Pada zaman dahulu, dan juga sekarang, wang membolehkan komuniti-komuniti berbeza untuk berinteraksi. Bentuk wang awalan membolehkan pergerakan barangan merentasi pelbagai negara dan masyarakat, menjadikan mereka perlu mengenali di antara satu sama lain untuk berdagang.
Daripada pemburu, pengumpul, pekebun sehinggalah pekerja pejabat, wang menjadi bahasa universal yang boleh difahami oleh semua orang dan membolehkan peradaban terus maju.