Apakah ciri-ciri wang?

Apa itu nilai simpanan?
Apa yang dianggap bernilai di mata anda? Daripada cengkerang laut yang dikutip di tepi pantai ketika kita berusia lima tahun, sehinggalah beg tangan yang diperbuat dari kulit buaya Himalaya, ‘nilai’ adalah berbeza dari individu ke satu individu lain. Dari sudut kewangan, nilai simpanan bermaksud aset atau item, komoditi, atau matawang yang mempunyai pengekalan nilai, serta boleh didagangkan pada masa depan tanpa susut nilai. Banyak barangan telah digunakan sebagai simpanan nilai, dan yang paling penting, ada beberapa barangan yang mempunyai simpanan nilai yang lebih tinggi berbanding barangan lain.
Baca lagi untuk mengetahui mengapa perkara ini terjadi.
Bertahan lama
Walaupun masakan dari air tangan ibu menjadi kegemaran sepanjang hidup , ia tidak boleh menjadi nilai simpanan kerana sifatnya mudah rosak dan mudah dimusnahkan. Berlainan dengan emas dan logam berharga lain, sifatnya yang tahan lama dan sukar dimusnahkan menyebabkan ia dipilih sebagai nilai simpanan.
Boleh dipindahkanÂ
Di sesetengah negara, haiwan ternakan mungkin mempunyai nilai yang lebih tinggi disebabkan faktor sosio-ekonomi. Tetapi, nilai simpanan yang betul perlu mudah untuk dipindahkan dan disimpan. Barangan yang mudah disimpan adalah lebih mudah dilindungi daripada pencuri, dilindungi daripada kehilangan yang tidak dijangka, serta membolehkan perdagangan jarak jauh. Cuba bayangkan, pastinya sukar untuk memindahkan seekor lembu dari Malaysia ke London, tetapi mudah untuk memindahkan sebentuk gelang emas,
Terpiawai
Jangan terkejut dengan terma ini. Terpiawai bermaksud satu-satu aset itu boleh dipakaiganti dengan aset lain yang berkuantiti sama. Seperti diterangkan dalam bab pertama, tanpa aspek terpakaiganti, masalah ‘kebetulan saya mempunyai kemahuan yang sama’ tidak boleh diselesaikan. Oleh sebab itulah nilai emas berada di atas berlian, walaupun ada yang menganggapnya sama. Kesemua emas asli adalah sama (kecuali emas campuran) dari segi luaran dan kualiti, tetapi bagi berlian, ia berbeza-beza dari segi bentuk dan kualiti.
Disahkan
Untuk sesuatu barangan dianggap sebagai serius, ia perlu boleh untuk disahkan sebagai asli dengan cepat dan mudah. Pengesahan mudah ini meningkatkan keyakinan dan kemungkinan dagangan akan diselesaikan.
Sejarah latar belakang
Sama seperti perniagaan keluarga dari generasi ke generasi, kita meletakkan nilai terhadap sesuatu yang mempunyai rekod yang baik. Lebih lama sesuatu barang itu dilihat mempunyai nilai, lebih tinggi tarikan terhadap nilai simpanannya. Oleh sebab itulah bank-bank yang baru ditubuhkan mengambil masa yang lama untuk masuk dalam pasaran kewangan, kerana bank-bank ternama telahpun mendominasi industri generasi demi generasi.