Apakah itu medium pertukaran?

Apakah maksud medium pertukaran?

Salah satu fungsi utama wang sebagai medium pertukaran adalah di mana ia memudah cara proses perdagangan dengan membolehkan pemindahan atau pertukaran nilai dibuat antara pembeli dan penjual sehingga menjadi mod pembayaran yang diiktiraf dan diterima pakai oleh orang ramai. 

Sebelum kewujudan fungsi wang, orang ramai terpaksa menggunakan sistem barter bagi tujuan pertukaran barang ataupun perkhidmatan yang diperlukan. Misalnya, jika Billy dan Bob masing-masing mempunyai barangan yang diingini maka mereka akan mencapai persetujuan untuk saling bertukar. Walau bagaimanapun, perkara ini jelas kurang efisien dan menyukarkan individu lain yang ingin berdagang jika barang tersebut tidak menepati kehendak. Permasalahan ini juga dikenali sebagai ketidakseimbangan dari segi kehendak atau double coincidence of wants.

Sebagai contoh, anda mempunyai seikat pisang tetapi ingin mendapatkan kentang, jadi anda terpaksa mencari seseorang yang memiliki kentang dan pada masa yang sama memerlukan pisang tersebut. Selain itu, walaupun terdapat individu yang ingin menjalankan urusan barter dengan anda, anda juga perlu memikirkan tentang berapakah bilangan pisang yang perlu dipadankan dengan kentang sebagai balasan. Yang jelas ia bukanlah suatu perkara mudah.

Ilustrasi medium pertukaran terdahulu

Sebelum penciptaan kertas wang, sejarah menunjukkan pelbagai ilustrasi mengenai medium pertukaran yang berbeza misalnya daripada kulit memerang di Amerika Syarikat kepada garam, lada dan berbagai-bagai rempah yang lain dalam industri perkapalan dan perdagangan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0