Apakah maksud dana bersama?

Apakah maksud dana bersama?

Dana bersama (mutual fund) merupakan pelaburan secara berkumpulan yang dikendalikan oleh seorang pengurus dana profesional. Dana ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pelaburan dalam saham, bon atau aset-aset lain selain membenarkan anda untuk diberi pendedahan kepada portfolio bernilai tinggi yang mungkin tidak dapat diakses jika dilakukan secara bersendirian. 

Manfaat utama dana amanah: 

Kepelbagaian

Mengambil kira dana bersama melibatkan ramai kalangan pelabur (dan sifat dana yang unik), jadi anda mempunyai akses kepada berbagai-bagai jenis saham atau bon dan ia sekali gus dapat memudah cara proses dalam mempelbagaikan portfolio anda. 

Berpatutan

Pada masa yang sama, dana bersama turut menawarkan kaedah pelaburan yang lebih kos efektif untuk pelbagai jenis saham tanpa perlu berdepan dengan fi transaksi individu yang perlu ditanggung bagi setiap saham yang dimiliki. 

Pengurusan

Berbanding pelaburan secara individu, dana bersama membolehkan pasukan pelaburan yang arif dan berpengalaman untuk memantau prestasi dari semasa ke semasa ke arah merangka strategi dana yang paling efektif dan berkesan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0