Apakah maksud dApps?

Aplikasi tidak berpusat (dApps) adalah seperti aplikasi yang anda guna pakai menerusi telefon pintar secara harian. Namun dalam konteks matawang kripto, berbanding telefon pintar, dApps beroperasi dalam sebuah rantaian blok umum dengan sumber terbuka yang bersifat tidak berpusat. 

Berbeza daripada aplikasi sosial media terkemuka seperti Instagram atau Twitter yang terikat dengan peraturan yang ditentukan oleh pihak ketiga termasuk hubung kait antara Apple dengan App Store, kerangka dApps tidak terikat daripada sebarang kawalan atau intervensi oleh pihak berkuasa sementara disokong oleh kod dalaman dan set peraturan yang mengenal pasti pengoperasian aplikasi berdasarkan peer-to-peer network.

dApps terdiri daripada kontrak pintar dan antara muka pengguna lazim yang boleh dibawa kepada analogi bahagian kereta (antara muka pengguna) dan engin di bawahnya (kontrak pintar) yang menghidupkan kereta – selain mempunyai fungsi-fungsi tertentu lain seperti perdagangan, permainan, pasaran, platform media sosial dan sebagainya.

Antara keunikan dApps adalah keupayaan untuk melindungi privasi pengguna dan memastikan keberkesanan data peribadi. Sungguhpun begitu, seiring pembangunan teknologi yang lain seperti kontrak pintar dan mekanisme sokongan lain-lain, dApps masih berada di fasa awal pembangunan. Sehubungan itu, kami mengesyorkan agar anda menjalankan kajian yang menyeluruh sebelum membuat keputusan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan aplikasi yang berkaitan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

131
8