Apakah maksud nod?

Apa itu Bitcoin Cash? Aset Kripto yang Mirip dengan Bitcoin?

Secara ringkasnya, nod merujuk kepada mana-mana komputer yang mengandungi salinan perisian Bitcoin dan digunakan bagi tujuan verifikasi transaksi dalam rantaian blok. 

Nod disebarkan di merata dunia dengan komunikasi yang dijalankan melalui Internet selain perkongsian data untuk mengemaskini pembahagian lejar Bitcoin. Nod berfungsi untuk menghantar dan menerima transaksi antara satu sama lain bagi mengesahkan kesahihannya. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya kegagalan titik tunggal dalam rangkaian serta menjadi tunjang kepada operasi rantaian blok yang bersifat tidak berpusat. Walaupun salah satu nod gagal untuk berfungsi, rangkaian keseluruhan tetap masih dapat berfungsi.

Lazimnya terdapat beberapa jenis nod. Antaranya termasuk nod penuh yang merujuk kepada komputer yang merangkumi salinan rekod keseluruhan rantaian blok Bitcoin, yang kemudiannya dapat diguna pakai sebagai titik rujukan oleh nod Light yang memberi tumpuan kepada pemprosesan transaksi dan tidak menyimpan salinan rantaian blok Bitcoin.

Nod turut terlibat dalam beberapa proses kripto yang lain seperti aktiviti melombong (mining) and pertaruh (staking).

Did you find this useful?
0
0