Apakah maksud Proof of Elapse (PoET)?

Proof of Elapse Time (PoET) merupakan protokol konsensus berasaskan bukti kerja yang direka khas untuk bidang perniagaan. Cara bukti masa berlalu berfungsi adalah dengan memilih peserta nod secara rawak dan membenarkan mereka yang tidak tersenarai untuk “merehatkan” Unit Pemprosesan Pusat (CPU) atau menjalankan tugasan sampingan sementara menunggu giliran masing-masing. Langkah ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan tenaga berbanding protokol konsensus yang lain, misalnya bukti kerja di bawah Bitcoin yang memerlukan para pelombong untuk terus memberi sumbangan terhadap proses transaksi merentasi rangkaian.
PoET dibangunkan di bawah platform Intel menerusi Hyperledger Sawtooth di mana setiap pelombong dikehendaki untuk mendaftar serta menunggu giliran untuk tujuan pengagihan blok dalam suatu tempoh tertentu yang dikira secara rambang. Apabila terpilih, komputer para pelombong akan diaktifkan dan memulakan proses pengagihan blok sebelum memberi isyarat kepada rangkaian bahawa ia telah memproses blok dan mengemas kini lejar yang terlibat. Istilah PoET tercetus daripada tempoh menunggu yang menjadi sebahagian daripada skop bidang tugas untuk mengelakkan pihak tertentu daripada manipulasi rangkaian akibat keperluan sumber terbabit.
Tujuan kegunaan PoET lazimnya digunapakai oleh perniagaan termasuk mereka yang terlibat dalam rantaian pengeluaran dan kebolehkesanan makanan yang ingin mewujudkan pengagihan lejar tersendiri atau dapat diakses oleh pihak ketiga. Ini bermaksud syarat bagi proof-of-work adalah lebih kurang berbanding Bitcoin memandangkan ia tidak perlu melibatkan pengesahan rangkaian secara berterusan. Dengan cara ini, ia turut memberi ruang waktu gendala untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Para pelombong perlu mendapatkan sijil keahlian untuk menyertai rangkaian dan ini bermakna penjaga gerbang dapat memperbaiki serta mengukuhkan lagi tahap keselamatan rangkaian. Manakala Bitcoin pula dilombong oleh mana-mana pihak tanpa keperluan sijil di mana lejar perlu dipantau secara rapi bagi memastikan kesahihan setiap entri.