Apakah maksud transaksi atas rangkaian?

Transaksi atas rangkaian (on-chain transactions) merupakan transaksi yang berlaku secara langsung dalam rantaian blok tanpa sokongan protokol lapisan kedua dan terus kekal pada rantaian blok untuk tujuan pengesahan. Transaksi atas rangkaian lazimnya hanya dianggap sah apabila rantaian blok telah dikemas kini dan memaparkan rekod transaksi pada lejar awam.
Memandangkan ia tidak mempunyai sifat mutasi dan tidak dapat diubah selepas diberi pengesahan, transaksi ini turut menawarkan tahap lapisan keselamatan serta elemen ketelusan. Bagaimanapun, pengesahan transaksi mungkin tidak dapat berlaku dalam kadar yang pantas bergantung kepada rantaian blok dan kesesakan rangkaian. Situasi ini telah membawa kepada kewujudan protokol lapisan kedua.
Transaksi atas rangkaian juga melibatkan kos yang berubah-ubah bergantung kepada volum transaksi di dalam rangkaian.