Apakah maksud transaksi luar rangkaian?

Transaksi luar rangkaian (off-chain) merujuk kepada transaksi yang berlaku di luar rantaian blok dan ia lebih dikenali sebagai protokol ‘Lapisan kedua’. Protokol lapisan kedua ini dibangunkan berdasarkan kepada rantaian blok kripto bagi tujuan penambahbaikan terhadap beberapa isu yang dihadapi terutamanya oleh transaksi dalam rangkaian (on-chain).

Untuk memahami secara dekat, salah satu contoh adalah matawang Bitcoin.

Misalnya, Bitcoin berdepan isu seperti kebolehskalaan apabila bilangan pengguna yang menggunakan rangkaian tersebut semakin meningkat saban hari. Situasi ini sekali gus boleh menjejaskan kesesakan rangkaian serta caj transaksi yang lebih tinggi. 

Sungguhpun begitu, terdapat juga protokol lain yang beroperasi di luar rantaian blok yang membolehkan transaksi untuk dijalankan secara pantas, mudah dan murah. Antaranya termasuk Rangkaian Lightning. Protokol pembayaran lapisan kedua ini adalah bersifat tidak berpusat melalui penggunaan rangkaian peer-to-peer (P2P) yang membenarkan para pengguna untuk membuat pemindahan Bitcoin di luar rangkaian dalam tempoh yang singkat dengan caj transaksi yang hampir sifar. 

Selain itu, perlu diingatkan bahawa transaksi yang berlaku di luar rangkaian adalah selamat. Dalam hal ini, protokol lapisan kedua yang sah seperti Rangkaian Lightning berupaya untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keselamatan rangkaian, selain membenarkan transaksi pada kos yang lebih murah. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0