Apakah maksud UTXO?

Seperti mana anda dipulangkan lebihan bayaran untuk sesuatu item yang dibeli di kedai, output transaksi yang tidak dibelanjakan (UTXO) mewakili baki amaun matawang digital yang tinggal atau tidak dibelanjakan selepas berlakunya transaksi mata wang kripto.Â
Dalam konteks rangkaian Bitcoin, UTXO berfungsi sebagai tembok penahan untuk keseluruhan transaksi, antaranya merangkumi elemen seperti amaun yang dipindahkan ke alamat Bitcoin serta input baharu atau rekod yang diwujudkan untuk kedua-dua parti selepas tamat tempoh transaksi.
Salah satu daripadanya adalah bagi penerima yang menjadi UTXO baharu dengan memaparkan transaksi yang direkodkan, manakala baki selebihnya dihantar kembali kepada alamat penghantar sebagai UTXO baharu yang boleh digunakan untuk transaksi pada masa akan datang. Walaupun pengesahan transaksi membolehkan pengeluaran koin dibelanja daripada pangkalan data UTXO, tetapi rekod koin yang telah dibelanja masih wujud dalam lejar berkenaan.