Apakah perbezaan antara Chainlink dan Bitcoin?

Mengenal Apa itu LTC dan Perbedaannya dengan BTC

Chainlink dan Bitcoin merupakan dua jenis matawang kripto yang berbeza. Bitcoin diasaskan sebagai mata wang digital alternatif kepada wang. Melalui kawal selia rangkaian komputer di peringkat global, transaksi Bitcoin direkodkan dalam senarai yang terbuka dan teratur dan disimpan di dalam teknologi yang direka khas untuk Bitcoin iaitu rantaian blok. Fungsi ini adalah seperti lejar bank tradisional yang diguna pakai untuk merekodkan transaksi dengan menggunakan wang fiat selain berfungsi sebagai rekod yang kekal setiap kali pemilik Bitcoin berubah dari satu individu kepada individu yang lain.

Chainlink adalah berbeza di mana walaupun ia mengguna pakai teknologi rantaian blok seperti Bitcoin, ia sebenarnya digunakan untuk menjalankan transaksi yang dikenali sebagai kontrak pintar. Kontrak ini merupakan kontrak yang berlangsung dalam talian sepenuhnya secara automatik antara individu berbanding pihak ketiga seperti pihak bank atau peguam.  Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru seperti Ethereum dengan idea yang sama – tetapi pengasas Chainlink telah mengenal pasti kekangan dalam prosedur kontrak pintar di mana kontrak tersebut sering memerlukan informasi daripada luar rangkaian sebelum dapat dilaksanakan dan situasi ini menjadi agak mencabar. Bagi menangani isu ini, mereka telah merangka insentif kepada para penyedia maklumat yang dikenali sebagai oracle dengan memperkenalkan sistem reputasi yang memberi pembayaran sebagai ganjaran di atas sumbangan mereka. Ganjaran ini dibayar dalam bentuk LINK iaitu matawang kripto Chainlink. Apabila seseorang ingin melaksanakan kontrak pintar, oracle akan membayar mereka dalam LINK untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Sekiranya kontrak dilaksanakan dalam keadaan yang memuaskan, LINK akan dipulangkan kepada oracle. Jika tidak, kontraktor pintar akan menyimpan LINK berkenaan.

Salah satu persamaan yang dikongsi antara Bitcoin dan LINK adalah kedua-dua mata wang kripto ini mempunyai pengeluaran yang terhad. Sebagaimana Bitcoin ditempah apabila 21 juta join telah dihasilkan, begitu juga LINK yang akan ditempah berikutan penciptaan sebanyak satu bilion koin.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0