Apakah perbezaan antara Uniswap dan Bitcoin?

Bitcoin dan Uniswap telah dibangunkan dengan tujuan dan objektif yang berlainan. Bitcoin disifatkan sebagai matawang kripto pertama bagi “pemindahan elektronik” seperti yang pernah digariskan menerusi pembentangan kertas putih pada suatu ketika dahulu. Uniswap (UNI) pula adalah token ERC-20 yang dibina dalam rantaian blok Ethereum dengan mengguna pakai platform perdagangan Uniswap tidak berpusat (DEX) untuk aktiviti perdagangan token ERC-20.
Pada asalnya, Bitcoin merupakan mata wang khusus yang dicipta sebagai medium pertukaran untuk barangan dan perkhidmatan dan berperanan sebagai alternatif digital kepada matawang fiat. Manakala UNI memiliki nilai yang hampir sama seperti Bitcoin dengan reka bentuk khas dari segi undian yang melibatkan kertas cadangan dalam platform DEX. Dalam hal ini, perubahan yang berlaku dalam Uniswap diterjemahkan menerusi kertas cadangan urus tadbir dan menjadi sebahagian penting dalam falsafah platform berkenaan sebagai entiti yang mempunyai sifat tidak berpusat. Sungguhpun Bitcoin dikawal selia oleh konsensus komuniti menerusi platform seperti GitHub, keputusan yang diambil tersebut tidak melibatkan sebarang undian di atas rangkaian seperti Uniswap.
Bitcoin dan Uniswap berkongsi beberapa persamaan. Antaranya termasuk mekanisme konsensus proof-of-work yang digunakan untuk tujuan pengesahan blok serta pengenalan token baharu dalam kitaran pasaran.