Apakah perbezaan di antara Bitcoin dan Ethereum?

Ethereum dan Bitcoin berkongsi pelbagai persamaan. Dalam artikel ini, kami akan menggariskan beberapa perbezaan antara kedua-dua matawang kripto tersebut.
Dalam hal ini, perbezaan yang paling ketara adalah tujuan atau matlamat bagi projek masing-masing.
Misalnya bagi matawang Bitcoin, ia bertujuan menjadi tempat penyimpanan kekayaan, atau dalam erti kata lain emas digital ke arah menjadi matawang yang diiktiraf secara global dengan menambah baik atau menggantikan mata wang konvensional sehingga ke satu tahap yang diingini. Manakala Ethereum pula berhasrat untuk menyediakan sebuah platform bagi memudah cara pelaksanaan kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat.
Perbezaan lain adalah dalam aspek permintaan. Sehubungan itu, jumlah maximum bilangan Bitcoin yang boleh dihasilkan telah ditetapkan pada 21 juta, manakala Ethereum adalah tidak terhad kepada kuantiti yang spesifik. Kedua-dua Bitcoin dan Ethereum dihasilkan melalui proses melombong. Pada masa sama, Ethereum juga mempunyai perancangan untuk beralih ke model bukti pemilikan atau Proof-of-Stake (PoS) yang dipercayai lebih mesra alam berbanding dengan aktiviti melombong. Maklumat lanjut mengenai bukti pemilikan boleh dilayari di pautan berikut.
Selain itu, terdapat beberapa perbezaan teknikal dari segi teknologi yang membezakan platform Bitcoin and Ethereum namun mereka dianggap hampir serupa memandangkan kedua-dua projek ini masih berada dalam fasa pembangunan. Dengan perkembangan proses kematangan projek berkenaan yang semakin rancak, maka perbezaan yang lebih ketara dapat diperhatikan dan seterusnya memberi impak berbeza terhadap trajektori perkembangan matawang kripto masing-masing.