Apakah perbezaan di antara Bitcoin dan XRP?

Mengenal Apa itu LTC dan Perbedaannya dengan BTC

Bitcoin dibangunkan sebagai matawang digital yang bersifat tidak berpusat. Kewujudan matawang Bitcoin adalah bertujuan untuk memudah cara pembayaran barangan dan perkhidmatan. Manakala XRP pula dibangunkan khususnya bagi institusi perbankan dan rangkaian pembayaran dengan tujuan sebagai medium penyelesaian pembayaran disamping sistem pemindahan dan perdagangan matawang.

Matlamat utama XRP adalah untuk membentuk asas kepada sistem pertukaran aset secara langsung dalam masa nyata. Antara kelebihan XRP adalah seperti kos yang lebih rendah, telus selain menjadi alternatif kepada servis pembayaran yang sedia ada seperti SWIFT. XRP sememangnya tidak asing dalam rangkaian Ripple sehingga dikenali orang ramai sebagai Ripple.

Rangkaian Bitcoin dikendalikan oleh sekumpulan pembangun perisian dari seluruh dunia di mana para pembangun program menyumbang kepada rangkaian Bitcoin secara sukarela. Sifat Bitcoin yang tidak berpusat bererti ia tidak diurus tadbir oleh pihak bank, kerajaan atau mana-mana entiti. Bitcoin pada asalnya dicipta oleh seorang individu atau sekumpulan orang dengan nama samaran yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto.

Lejar XRP menjalankan fungsinya melalui algoritma konsensus yang unik dengan menggunakan rangkaian pelayan pengesah (validating servers) berbanding kaedah proof-of-work atau proof-of-stake. Jadi kelajuan transaksinya adalah lebih pantas di mana pengesahan transaksi XRP pada kebiasaannya hanya mengambil purata masa 3 – 5 saat, iaitu jauh lebih pantas berbanding matawang kripto lain atau rangkaian kewangan tradisional hari ini yang mungkin mengambil masa sehingga beberapa hari.

Berbeza dengan Bitcoin, salah satu perbezaan ketara adalah di mana aktiviti melombong tidak menjadi asas kepada reka bentuk XRP. Melalui Bitcoin, para pelombong mendapat ganjaran dalam bentuk Bitcoin baharu yang dicipta. Sementara bagi XRP, sebanyak 100 billion token XRP telah menjalani proses pra-lombong di mana 38 billion daripadanya boleh didapati di pasaran dan baki token XRP adalah dipegang oleh makmal Ripple dan dikeluarkan secara berkala.

XRP vs. Bitcoin

FungsiBitcoinRipple
Tahun cipta20092012
PenciptaSatoshi NakamotoXRP Ledger
Bekalan21 juta100 billion
Boleh dilombong?YaTidak
Anggaran masa transaksi10 minit5 saat

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0