Apakah perbezaan di antara Litecoin dan Bitcoin?

Walaupun kita mungkin tidak mengetahui siapa sebenar pengasas Bitcoin, Satoshi Nakamoto, tetapi kita jelas ketahui pengasas Litecoin iaitu Charlie Lee.
Perbandingan antara Litecoin dengan Bitcoin
Ciri | Bitcoin | Litecoin |
Tahun yang diasaskan | 2009 | 2011 |
Pengasas | Satoshi Nakamoto | Charlie Lee |
Penawaran koin | 21 juta | 84 juta |
Algoritma melombong | SHA-256 | Scrypt |
Ganjaran blok halving | Setiap 210,000 blok | Setiap 840,000 blok |
Purata tempoh transaksi | 10 minit | 2.5 minit |
Perbezaan dari segi transaksi
Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua matawang kripto di atas adalah tempoh penjanaan blok di mana Litecoin mengambil masa 2.5 minit untuk menjana transaksi blok berbanding 10 minit untuk Bitcoin. Ini bermakna Litecoin dapat mengesahkan transaksi hampir empat kali ganda lebih pantas daripada Bitcoin. Perbezaan tempoh transaksi ini mampu menjadi tarikan untuk para peniaga dan ia menyebabkan Litecoin yang sering disifatkan sebagai mata wang untuk transaksi harian manakala Bitcoin dianggap lebih menjurus kepada tempat penyimpanan nilai. Hal ini disebabkan oleh komputer kediaman yang digunakan bagi tujuan perlombongan Litecoin sementara Bitcoin memerlukan komputer spesifik yang diubah suai.
Algoritma bukti kerja
Selain itu, Litecoin juga berbeza dengan Bitcoin dari segi algoritma perlombongan. Kedua-dua mereka menggunakan bukti kerja di mana Bitcoin menggunakan algoritma kriptografik SHA-256 dan Litecoin menggunakan algoritma yang baharu iaitu Scrypt. Perbezaan lain ialah Scrypt memerlukan penjanaan kuasa komputer yang lebih kurang dan membolehkan lebih ramai pengguna biasa untuk menyertai aktiviti melombong tanpa banyak kompleksiti.
Had koin dan ganjaran blok
Kedua-dua Bitcoin dan Litecoin adalah ‘dicipta’ dengan mengambil kira ganjaran untuk para pelombong bagi kerja verifikasi serta pemprosesan transaksi sepanjang proses perlombongan. Selain itu, mereka juga mempunyai penawaran yang terhad. Dalam hal ini, had penawaran koin Bitcoin ialah 21 juta manakala Litecoin terhad kepada 84 juta. Apabila had ini dicapai maka tiada lagi koin baru yang dapat dicipta. Ganjaran halving pula memainkan fungsi untuk mengehadkan bilangan koin baru ke dalam kitaran penawaran. Sehubungan itu, ganjaran blok halving bagi Bitcoin adalah setiap 210,000 blok dan 840,000 blok untuk Litecoin.