Apakah perbezaan di antara Solana dan Ethereum

Apa Perbedaan Solana dan Ethereum?

Apakah perbezaan di antara Solana dan Ethereum?

Solana dan projek matawang kripto lain tidak pernah lari dari dibandingkan dengan Ethereum, platform original bagi kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat (dApps).

Platform-platform baru ini kebanyakannya menawarkan perkhidmatan yang hampir sama, tetapi perkara alami bagi setiap syarikat dalam mana-mana industri yang bersaing demi pegangan mereka dalam pasaran, pastinya terdapat perbezaan yang membezakan satu platform dengan platform lain.

Kelajuan Transaksi

Dijangkakan yang kemaskini the Merge akan mempertingkatkan kelajuan pemprosesan transaksi Ethereum dengan hebat di masa depan, tapi untuk masa sekarang, rangkaian Ethereum boleh menguruskan kira-kira 15 transaksi per saat (TPS), manakala Solana menjuarai dengan 50,000+ TPS.

Kelajuan pemprosesan yang pantas bermaksud rangkaian Solana lebih dilengkapi dengan fungsi kebolehskalaan untuk menampung peningkatan jumlah pengguna.

Pengesahan transaksi

Pada pertengahan September 2022, Ethereum bertukar dari proof-of-work ke proof-of-stake. Sebelum ini, pelombong mengesahkan transaksi pada rangkaian (proof-of-work), namun bagi mekanisme konsensus terbaru proof-of-stake, pertaruh (staker) diberi peluang untuk mengesahkan transaksi. Ini adalah langkah pertama dalam mempercepatkan proses transaksi pada rangkaian Ethereum untuk menyokong pelebarannya pada masa depan.

Pengasas Solana telah mengenalpasti isu-isu dalam kebolehupayaan rangkaian untuk menampung jumlah transaksi dan kelajuannya untuk melaksanakan transaksi tersebut. Sebagai penyelesaian, mereka membina kaedah unik yang dipanggil proof-of-history (POH), iaitu satu proses yang dibina ke dalam model proof-of-stake.

Setiap transaksi yang masuk pada rangkaian Solana akan menerima cap masa, oleh itu setiap transaksi boleh dijejak dan diproses dengan urutan yang betul. Disebabkan oleh mekanisme inilah kelajuan pemprosesan transaksi boleh dicapai pada rangkaian Solana, yang membezakan ia dari rangkaian-rangkaian lain.

Kos transaksi

Solana dibina dengan kaedah yang memastikan caj transaksi rangkaian adalah yang terendah dalam semua matawang kripto. Caj ini dikenali sebagai caj ‘gas’, dibayar oleh pengguna apabila mereka mencipta atau mint sebarang NFT, atau menggunakan rantaian blok untuk tujuan lain. Konsepnya sama seperti anda membayar caj penghantaran bagi servis perkhidmatan makanan.

Caj gas Ethereum yang tinggi sering menjadi permasalahan bagi penggunanya tetapi kemaskini the Merge dijangkakan akan mengurangkan caj tersebut pada masa depan.

Tidak berpusat 

Hampir semua projek kripto hari ini bermula dengan penjualan token, sama seperti apabila syarikat sendirian berhad menjual sahamnya ke pelabur awam. Sebelum perkara ini berlaku, para pengasas biasanya akan membahagikan saham matawang kripto asas di antara mereka.

Berdasarkan data oleh Messari, hampir 50% pengedaran token awal Solana diagihkan kepada para pengasas, kumpulan Solana dan pelabur modal bersama, berbanding 15% Ether – matawang natif bagi Ethereum.

Beberapa pengkritik mengatakan yang walaupun Solana ialah rangkaian blok awam, pemberatan terhadap pemegang saham Solana oleh ‘orang-orang dalam’ menjadikan rangkaian ini kurang ‘tidak berpusat’ berbanding Ethereum.

Juga terdapat keberpusatan dalam kalangan pengesah rangkaian Solana. Terdapat beribu-ribu jumlah pengesah Solana, manakala terdapat ratusan ribu pengesah Ethereum.

Tokenomik

Ethereum mungkin menjadi nilai simpanan yang lebih bagus di masa depan, kerana bekalan ETH selepas kemaskini the Merge dijangkakan akan menurun secara drastik, memandangkan koin akan disahkan oleh staker berbanding pelombong. Tambahan dengan Ethereum ‘membakar’ ETH pada setiap transaksi, boleh memberikan mekanisma nyah-inflasi kepada Ethereum di masa depan walaupun tiada had bekalan yang ditetapkan untuk pengeluaran ETH baru.

Perkara yang sama berlaku pada ekosistem Solana. Tiada had pada jumlah SOL yang akan dicipta, tetapi bagi setiap SOL yang dicipta, satu bahagian akan ‘terbakar’.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0