Apakah perbezaan di antara Uniswap dan Ethereum?

Ethereum dan Uniswap beroperasi dalam rantaian blok Ethereum namun kedua-dua reka bentuknya adalah berdasarkan objektif yang berbeza. 

Selain berfungsi sebagai medium pertukaran, Ethereum turut memberi ruang kepada platform kontrak pintar untuk dibangunkan melalui teknologi yang sedia ada. Uniswap menggunakan kontrak pintar Ethereum untuk mewujudkan kolam kecairan berasaskan automasi pembuat pasaran supaya token ERC-20 dapat didagangkan dalam platform DEX (iaitu perdagangan tidak berpusat). Sehubungan itu, Uniswap merupakan salah satu token ERC-20 — ini bermakna ia sebenarnya dibangunkan pada rantaian blok Ethereum tanpa bergantung kepada rantaian blok sendiri dan perlu mematuhi set peraturan yang telah ditentukan oleh Ethereum. Antara manfaatnya adalah seperti kewujudan rangka kerja kepada projek-projek dan token lain yang ingin membangunkan aplikasi dalam rangkaian Ethereum di samping menjimatkan masa para pembangun program serta menambah baik projek dan ciri-ciri keselamatan Ethereum. Manakala salah satu potensi kelemahan adalah pembangunan aplikasi dalam rangkaian menjadi semakin sesak dengan kadar fi gas yang tinggi di bawah rangkaian Ethereum.

Token Uniswap (UNI) digunakan bagi menentukan hak undian urus tadbir terhadap sebarang perubahan dalam protokol. Manakala Ethereum (ETH) pula mirip Bitcoin di mana ia lazim digunakan sebagai medium pertukaran serta pembayaran fi rangkaian dan pelombong merentasi seluruh rangkaian. Bagi menjalankan perdagangan melalui Uniswap DEX, para pengguna adalah dikehendaki untuk memiliki Ethereum untuk tujuan pembayaran transaksi dan fi gas. Dalam konteks ini, perbezaan antara kedua-dua token boleh diibaratkan seperti Ethereum yang menjadi sebuah batang pokok dan Uniswap sebagai salah satu cabang di bawahnya.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0