Apakah perbezaan di antara XRP dan Bitcoin?

Bitcoin secara lazimnya dibangunkan sebagai mata wang digital yang bersifat tidak berpusat dengan tujuan memudah cara pembayaran barangan atau perkhidmatan. Manakala XRP pula dibangunkan sebagai mod pembayaran, sistem pertukaran wang serta perdagangan mata wang kepada pihak bank dan rangkaian servis pembayaran.

Matlamat utama XRP adalah sebagai asas kepada sistem pertukaran aset secara langsung dalam masa nyata. XRP memberi kelebihan seperti kos yang lebih rendah, telus selain alternatif kepada servis pembayaran yang sedia ada seperti SWIFT. XRP sememangnya tidak asing dengan rangkaian Ripple sehingga dikenali oleh orang ramai sebagai Ripple.

Rangkaian Bitcoin dikendalikan oleh sekumpulan pembangun perisian dari seluruh dunia dan para pembangun perisian yang menyumbang kepada rangkaian Bitcoin ini bertindak secara sukarela. Bitcoin bersifat tidak berpusat yang bererti ia tidak diurus tadbir oleh pihak bank, kerajaan atau mana-mana entiti. Bitcoin pada asalnya dicipta oleh seorang individu atau sekumpulan orang dengan nama samaran yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto.

Lejar XRP menjalankan fungsinya melalui algoritma konsensus yang unik dengan menggunakan rangkaian ‘Validating servers’ berbanding kaedah bukti kerja atau bukti pemilikan. Jadi kelajuan transaksinya adalah lebih pantas di mana pengesahan transaksi XRP pada kebiasaannya mengambil purata masa 3 – 5 saat iaitu jauh lebih pantas berbanding matawang kripto lain atau rangkaian kewangan tradisional hari ini yang boleh mengambil tempoh masa beberapa hari. 

Salah satu perbezaan lain adalah berbeza daripada Bitcoin, aktiviti melombong tidak menjadi asas kepada reka bentuk XRP. Melalui Bitcoin, para pelombong mendapat ganjaran dalam bentuk Bitcoin baru yang dicipta. Sementara bagi XRP, sebanyak 100 billion token XRP telah menjalani proses pra-lombong di mana 38 billion daripadanya boleh didapati di pasaran dan baki token XRP pula dipegang oleh makmal Ripple dan dikeluarkan secara berkala. 

Perbandingan antara XRP dan Bitcoin

CiriBitcoinRipple
Tarikh mula beroperasi20092012
PengasasSatoshi NakamotoLejar XRP
Penawaran koin21 juta100 bilion
Aktiviti melombongYaTidak
Purata tempoh transaksi10 minit5 saat

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

4
0