Avinash, pelabur muda berusia 20 tahun yang tidak akan terkesan dengan FUD

Testimoni ini adalah pengalaman sebenar pelanggan Luno. Kami tidak mendakwa yang mereka adalah hasil tipikal oleh pelanggan. Baca lagi Terma Penggunaan dan Penafian Testimoni kami.

Semakin Avinash belajar mengenai matawang kripto, beliau menjadi seorang pelabur yang lebih dinamik, yang maju bersama-sama pasaran.

Apabila Avinash memulakan perjalanan kripto pada tahun 2014, beliau merupakan antara ‘peserta’ yang terawal. Pada masa itu, maklumat sukar dicari dan ramai penipu yang sedang mencari mangsa untuk dieksploitasi dalam ruang kripto. Tetapi Avinash tidak menghiraukan FUD (fear, uncertainty and doubt) – ketakutan, ketidaktentuan dan keraguan, dan mengambil masa untuk mendidik diri sendiri mengenai kripto dan potensinya.

Jangan kelam kabut, tenang

Avinash berusia 13 tahun apabila ayahnya bertanya buat pertama kali, mengenai Bitcoin – dan pada masa itu, matawang kripto masih belum dikawal selia di Malaysia. Ingin tahu, mereka berdua mencari peluang untuk menyertai matawang kripto, tetapi dengan ilmu yang cetek dan tidak banyak platform yang ditawarkan, mereka mula putus asa.

“Ayah saya ada mencuba beberapa laman web yang mencurigakan, dan selepas itu dia mula menerima panggilan dari penipu yang meminta maklumat kad kreditnya — kononnya mereka boleh membantu ayah saya membuat pelaburan kripto. Tetapi kami tidak diperdaya.”

Pada tahun 2019, Avinash bersembang dengan rakan-rakannya mengenai pelaburan; pelaburan Forex, kripto dan rasa ingin tahunya kembali. Tetapi kali ini, ayahnya tidak lagi menunjukkan minat.

“Ibu dan ayah saya melihat yang Bitcoin merupakan matawang untuk berjudi, tidak selamat dan mereka tidak mahu saya melabur dengannya. Tapi saya ingin tahu lebih lagi,” kata Avinash.

“Saya belajar mengenai kripto dengan membaca buku, menonton YouTube dan mendengar podcasts yang bersembang mengenainya.”

Platform yang boleh dipercayai

Tidak lama kemudian, matawang digital mula diiktiraf di Malaysia sebagai sekuriti dan komoditi. Pada satu hari, rakan sekerja ayahnya memberitahu idea mengenai pelaburan melalui Luno.

“Ayah saya bertanyakan kepada saya apa itu Luno, dan saya memberitahu yang Luno ialah platform yang dikawal selia di Malaysia yang membolehkan anda membeli dan menjual matawang kripto. Dia ada bertanyakan yang saya ada membuat sebarang pelaburan dan saya kata ya, tetapi saya tidak pernah memberitahu berapa jumlahnya, tetapi ada mengatakan yang saya telah membuat keuntungan. Dia mula menjadi agak minat selepas itu.”

Semasa membesar, Avinash telah didedahkan dengan pengurusan wang sejak dari kecil dan melalui ayahnya, dia belajar mengenai kad kredit dan debit, dan sering menemani ayahnya untuk pelbagai urusan bank. Sekarang giliran beliau pula untuk melakukannya.

Avinash menerima RM 10,000 dari ayahnya, dengan satu syarat: dia akan menerima amaun yang sama jika dia membuat keuntungan dan ayahnya berpuas hati.

Tanpa Luno, Avinash mengatakan yang dia tidak mempunyai keyakinan untuk membuat pelaburan jenis ini.

“Pada mulanya saya rasa matawang kripto tidak selamat. Platform-platform lain yang telah saya gunakan telah sama ada ditutup, atau mengalami penipuan P2P. Luno lebih relevan untuk saya ia merupakan platform yang paling selamat.

Mahu bersama pasaran

Untuk Avinash membuat pelaburan terbaik, dia memerlukan platform yang membolehkannya membuat pelaburan yang cepat dan selari dengan reaksi.

“Saya mendapati Luno adalah lebih mesra pengguna kerana saya boleh membuat deposit melalui FPX dan beli kripto dengan segera,” kata Avinash. “Saya boleh beli rendah dan jual tinggi, tetapi pada masa yang saya tidak boleh menjangka pasaran, saya akan tinggalkan koin saya sehingga saya berpuas hati untuk beli lagi atau jual.”

Sebagai seseorang yang membesar dengan ‘money mindset’, Avinash sentiasa mengikuti pendekatan yang selamat dalam matawang kripto. Dia tidak jemu mencari lebih banyak maklumat dari sumber yang sahih, menggunakan platform yang sesuai dengan keperluannya dan mulakan pelaburan yang kecil dahulu sebelum menjadi pelabur dinamik.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0