Bagaimana keadaan bank di masa hadapan?

Seperti aspek lain dalam kehidupan harian termasuk komunikasi dan media, evolusi penggunaan wang juga telah berkembang dengan pesat saban hari. Dalam konteks ini, mata wang kripto menawarkan platform dari segi penambahbaikan institusi kewangan tradisional yang sedia ada. Antaranya termasuk keperluan infrasruktur yang menyokong anjakan baharu ke arah memastikan transisi yang selamat dan mudah untuk diakses.

Di Luno, kami turut berpandangan bahawa kami memainkan peranan yang penting dalam usaha memacu evolusi perkhidmatan kewangan dengan membina sistem yang lebih canggih dan mesra pengguna demi manfaat para pelanggan.

Dengan cara ini, perkhidmatan kewangan yang efisien dan cekap dapat disediakan serta akses yang terbuka dan sama rata kepada semua. 

Realitinya, syarikat seperti Luno sebenarnya tidak ‘menentang’ institusi perbankan ataupun mengatasi mana-mana pihak. Sebaliknya, kami percaya bahawa kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan termasuk bank mampu memberi impak positif dalam jangka masa panjang sehingga peringkat global dengan memanfaatkan teknologi yang sedia ada.

Menerusi platform Luno, terdapat pelbagai situasi di mana penggunaan mata wang kripto tidak berpusat yang membawa banyak manfaat berbanding bank tradisional. 

Misalnya jika anda ingin menghantar wang kepada ahli keluarga yang berada di luar negara, proses kiriman wang melalui bank mungkin melibatkan beberapa institusi pengantara sehingga menyebabkan proses yang lebih lambat dengan kos yang tinggi. Sebaliknya melalui Luno, penghantaran wang dapat dibuat secara terus kepada penerima dalam tempoh yang singkat dengan kadar yang amat berpatutan. 

Dalam dunia masa kini, akses kepada perkhidmatan kewangan menjadi sebahagian penting dalam setiap individu sebagai pemangkin kepada peluang ekonomi serta kebebasan untuk mengawal kewangan masing-masing. Justeru, ia adalah penting untuk menguasai teknologi baharu ini supaya dapat mendekati orang ramai terutamanya mereka yang tidak dapat disokong oleh sistem tradisional atau tidak lagi relevan. Sebagai langkah ke hadapan, institusi perbankan juga telah mengalami evolusi bagi memenuhi keperluan semua pihak serta adaptasi teknologi baharu menelusuri sejarah .

Sehubungan itu, ia secara tidak langsung membawa masyarakat secara dekat tentang sejarah perbankan dengan mengambil kira perkembangan perkhidmatan kewangan yang mampu mencorakkan hala tuju masa depan.

Institusi perbankan sebagai profession berprestij yang disanjung

Bagi suatu tempoh yang lama, orang ramai terpaksa mencari kaedah untuk mengumpul nilai kekayaan demi masa depan (sama ada dalam bentuk wang atau komoditi seperti emas) tanpa dicuri ataupun meletakkan mereka dan keluarga daripada risiko dengan menyimpan di rumah masing-masing.

Fenomena ini bermula dengan ‘bank bijian’ di mana para petani mendepositkan produk pertanian sebelum diberi resit supaya mereka dapat menggunakannya semula kelak. 

Selepas kemunculan komoditi seperti logam berharga iaitu emas atau perak sebagai medium pertukaran, masyarakat mula menyimpan wang di dalam kuil. Tempat keagamaan lazimnya memegang kekayaan yang bernilai dengan mengambil kira reka bentuknya yang mampu bertahan daripada sebarang serangan serta dikawal selia oleh sekumpulan individu yang diibaratkan sebagai orang yang boleh dipercayai dan jujur.

Dalam hal ini, sistem kredit dan debit telah menjadi tunjang industri perbankan yang sedia ada semenjak ribuan tahun yang lalu.

Sistem pinjaman serta kaedah penyimpanan mula dicetuskan seawal abad ke-12 apabila pihak bank menawarkan perkhidmatan kredit sebagai tindak balas terhadap pemerintahan monarki dalam peperangan yang meliputi rantau Eropah. Apabila anda berfikir tentang kemewahan institusi monarki yang dipamerkan dalam bentuk kesenian pada ketika itu, apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah unsur kredit yang tidak terbatas — bayangkan siapa yang boleh kata tidak kepada institusi diraja yang meminta untuk meminjam wang?

Dengan adanya ruang penyimpanan wang yang selamat, golongan masyarakat dapat membangunkan sistem kewangan yang lebih kompleks seiring dengan zaman peradaban di mana individu mula mengumpul kekayaan masing-masing.

Istilah ‘bank’ digunakan buat pertama kalinya pada abad ke-17 yang diilhamkan menerusi perkataan ‘banca’ dalam bahasa Itali yang bermaksud ‘bangku.’ Pada ketika itu, pegawai bank duduk di atas bangku yang panjang sementara menyediakan perkhidmatan pinjaman dan deposit. 

Semasa abad ke-17, Bank England (BoE) telah diasaskan oleh William Paterson, seorang tukang emas yang arif dan berpengalaman dengan sistem deposit logam berharga serta penerbitan resit. 

Antara perbezaan ketara adalah di mana bank baharu menerbitkan nota bank yang menjadi tender rasmi dan dianggap sebagai pembayaran yang munasabah kepada hutang. Sungguhpun sistem yang hampir sama pernah digunakan sebelum ini namun ia tidak membuahkan hasil akibat revolusi pembudayaan. 

Bank England kemudiannya telah menjadi pemangkin kepada evolusi sistem perbankan.

Dalam konteks ini, fokus bank adalah lebih tertumpu kepada pemberian pinjaman berbanding pengambilan deposit yang disifatkan sebagai antara fungsi utama bagi pihak bank. Bagaimanapun ia turut menyumbang kepada risiko sistematik yang mendedahkan keampuhan sistem yang sedia ada. 

Krisis kewangan pada tahun 2008 menjadi titik tolak yang menunjukkan peri pentingnya aspek kawal selia terhadap bidang kuasa pihak bank dengan mengambil kira tahap kompleksiti yang kian meningkat hanya akan melemahkan sistem berkenaan. 

Pada hari ini, sistem perbankan terus berusaha untuk memenuhi permintaan semasa dalam aspek fleksibiliti serta memudahkan akses kepada orang ramai.

Hasilnya, orang ramai mula menjalankan transaksi perbankan secara digital tanpa berkunjung kepada mana-mana cawangan fizikal. Sungguhpun begitu, mereka masih terikat dengan kawal selia yang ketat dan legasi teknologi yang agak merumitkan tidak kira pengurangan kos atau meningkatkan tahap kecekapan seperti yang dihasratkan dalam kehidupan harian merentasi pelbagai bidang. Jadi tibanya masa untuk meneroka kaedah lain yang dapat memenuhi kehendak masyarakat dengan tawaran yang terbaik.

Kepercayaan menjadi tunjang institusi perbankan

Pegawai ‘bank’ yang pertama dalam sejarah adalah paderi — individu yang menjadi kepercayaan orang ramai. 

Pada masa kini, bank saudagar yang telah wujud sekian lama mempunyai pengaruh tersendiri termasuk dari sudut pengaruh politik di sebalik cabaran yang dihadapi.

Bagi mereka yang berada di negara yang berdepan dengan krisis ketidakstabilan ekonomi, mereka mungkin akan hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan yang seterusnya menjurus kepada permintaan dalam perkhidmatan kewangan baharu. Tidak dinafikan, industri kewangan bakal menyingkap perubahan dalam tempoh masa akan datang termasuk kaedah deposit dan kredit tradisional yang perlu diadaptasi bagi memenuhi keperluan semasa dalam pasaran.

Justeru, kami percaya langkah ini dapat dilaksanakan menerusi transaksi yang bukan sahaja selamat malahan memastikan transaksi yang dapat disahkan dengan rekod transaksi yang telus seperti rantaian blok Bitcoin dan Ethereum. Pada masa yang sama, kami akan terus berpandangan terbuka demi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Apakah pandangan anda terhadap evolusi perbankan sebagai langkah ke hadapan? Bagaimanakah dengan generasi bank masa depan ke arah memberi nilai tambah dengan tahap kecekapan yang tinggi?

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0