Bagaimana Luno memastikan matawang kripto anda selamat

Keutamaan kami ialah memastikan matawang kripto milik anda selamat dan dilindungi. Pasukan jurutera kami beusaha sepanjang hari kerana kami ingin menjadi kaeadh paling selamat untuk anda beli, simpan dan belajar mengenai matawang kripto.

Kunci ke kripto anda

Pengurusan kunci merupakan aspek paling penting dalam memastikan akaun anda selamat. Sama juga bagi matawang kripto kerana ia menggunakan kriptografi untuk melindungi akses.

how Luno keeps currency safe

Kriptografi kunci awam berfungsi seperti kotak pos (kotak pos ialah dompet kripto anda). Sesiapa yang mempunyai alamat kotak pos anda boleh menghantar wang kepada anda, tetapi satu-satunya cara untuk membelanjakan wang di dalam kotak pos berkenaan ialah anda perlu mempunyai kunci untuk membukanya.

Dalam istilah kripto, ‘kunci’ ini selalu dirujuk sebagai kunci peribadi. Setiap kunci mempunyai alamat dompet sendiri. Tanpa kunci ini, tiada sesiapa boleh mengakses matawang kripto dalam dompet anda, oleh itu, amatlah penting untuk simpan kunci peribadi anda dengan selamat daripada dicuri atau hilang – seperti mana anda menyimpan kunci fizikal anda seperti kunci rumah dan kereta.

Anda boleh menyimpan kunci peribadi dompet kripto anda pada komputer anda sendiri. Tetapi, konsepnya sama seperti anda menyimpan wang di bawah bantal berbanding di bank. Ramai pengguna tidak memahami sepenuhnya risiko yang berkaitan dengan penyimpanan sendiri. Berdasarkan banyak kes-kes besar, lebih selamat untuk anda mempercayai penyedia perkhidmatan penyimpanan matawang kripto seperti Luno.

Enam soalan yang perlu ditanya sebelum mendaftar sebarang bursa matawang kripto

  • Adakah anda mempercayai pasukan yang membina produk dan servis tersebut?
  • Adakah syarikat ini faham dan melaksanakan simpanan berkunci yang selamat?
  • Adakah pasukan dalam syarikat ini mempunyai latarbelakang teknikal yang kukuh?
  • Adakah syarikat ini mempunyai fungsi keselamatan seperti pengesahan dua faktor atau kerjasama dengan rakan kongsi keselamatan?
  • Adakah syarikat melalui pengauditan kewangan dan keselamatan yang berkala?
  • Adakah pelabur bertaraf dunia melabur dengan syarikat ini?

Apabila memilih siapa untuk dipercayai untuk menjaga keselamatan matawang kripto anda, pastikan anda membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Jika jawapan di atas tidak tersedia untuk anda membacanya, cari syarikat yang lebih telus dalam menyediakan jawapan-jawapan pada soalan di atas.

Dua kaedah untuk menyimpan matawang kripto

Luar talian

Menyimpan kripto pada komputer yang tidak berhubung dengan internet dikenali sebagai cold storage. Ini menjadikan kunci kepada kripto tersebut selamat, tetapi sukar untuk diakses.

Atas talian

Kunci dompet matawang kripto disimpan pada server yang dihubungkan dengan internet dikenali sebagai hot wallet. Akses terhadapnya mudah tetapi kurang selamat.

Kami pergi selangkah lebih jauh untuk memastikan matawang kripto anda selamat

Sebahagian besar daripada kunci anda disimpan di dalam peti besi keselamatan bank fizikal. Kami memanggilnya sebagai simpanan “deep freeze“. Ia mempunyai proses dan prosedur untuk memaksimakan keselamatan seperti:

  • Kunci deep-freeze adalah kunci “pelbagai tandatangan” atau multi-sig. Ini bermaksud beberapa kunci diperlukan untuk mengesahkan satu transaksi Bitcoin atau Ethereum. Sama seperti kunci peti besi di bank yang memerlukan beberapa kunci dipusing pada masa yang sama untuk membuka kotak.
  • Hanya individu tertentu sahaja mempunyai akses kepada kotak peti besi, dan individu yang sama tidak mempunyai akses lebih dari satu kotak peti besi.
  • Kunci peribadi dalam kotak peti besi adalah nyahsulit, menjadikannya mustahil untuk kakitangan bank mencuri kunci tersebut.

Simpanan deep-freeze kami memang dicipta dengan sengaja untuk sukar diakses. Untuk operasi seharian, peratus kecil matawang kripto disimpan dalam sistem strategi gabungan ini, menggunakan simpanan cold storage luar talian dan hot wallet atas talian. Ini membolehkan kami memastikan kami sentiasa mempunyai Bitcoin dan Ethereum tersedia setiap hari sementara kami menyimpan sebahagian besar matawang kripto dengan selamat secara luar talian.

Sebagai tambahan terhadap pendekatan keselamatan dalaman kami, perlaksanaan rakan kongsi sebagai rakan bersama dalam perkhidmatan hot wallet kami. Satu-satunya cara untuk membelanjakan Bitcoin atau Ethereum daripada hot wallet kami adalah Luno dan rakan kongsi kami, kedua-duanya perlu mengesahkan transaksi menggunakan kunci multi-sig. Rakan kongsi ini juga menyediakan keselamatan tambahan seperti had perbelanjaan sepanjang hidup atau harian.

Perlindungan keselamatan yang kami digalakkan untuk digunakan ialah pengesahan dua faktor (atau 2FA). Fungsi ini akan menambah satu lagi lapisan keselamatan pada akaun anda. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan matawang kripto anda selamat dan dilindungi, tetapi penting juga untuk anda memahami bagaimana peranan anda terhadap keselamatan akaun anda.

Untuk lebih memahami mengenai pendekatan kami dalam keselamatan pengguna, semak halaman sekuriti kami. Apabila anda telah memahami bagaimana kami memastikan matawang kripto anda selamat, daftar Luno hari ini dan rasai pengalamannya sendiri.

Dan jika anda masih ragu-ragu, hubungi pasukan sokongan kami untuk sebarang soalan, kami sedia membantu anda.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0