​Bagaimana Luno memastikan matawang kripto anda selamat

Keutamaan kami adalah memastikan matawang kripto anda selamat dan dilindungi. Pasukan kejuruteraan kami hidup dan bernafas dengan matlamat ini setiap hari kerana kami ingin menjadi platform paling selamat untuk anda beli, simpan dan belajar mengenai matawang kripto.

Kunci ke matawang kripto

Pengurusan kunci ke matawang kripto milik anda adalah perkara yang paling penting dalam memastikan akaun anda kekal selamat. Matawang kripto menggunakan kriptografi untuk melindungi akses ke matawang kripto.

how Luno keeps currency safe

Kunci awam kriptografi berfungsi seperti peti surat (peti surat ialah dompet kripto anda). Sesiapa yang mempunyai alamat peti surat anda boleh mengirim wang kepada anda, tetapi satu-satunya cara untuk menggunakan wang di dalam peti surat tersebut adalah anda perlu membukanya.

Dalam terma kripto, perkara ini sering dirujuk sebagai kunci peribadi. Setiap kunci mempunyai alamat dompet yang berkenaan. Tanpa kunci ini, tiada individu boleh mengakses matawang kripto pada dompet anda. Oleh sebab itu, adalah amat, amat, amat penting untuk memastikan kunci peribadi anda selamat dari hilang atau dicuri.

Anda boleh menyimpan kunci peribadi dompet kripto anda pada komputer anda sendiri. Namun begitu, sama seperti menyimpan wang di bawah bantal berbanding disimpan di bank, kebanyakkan pengguna tidak memahami sepenuhnya risiko yang berkaitan dengan penyimpanan sendiri. Berdasarkan kes-kes yang pernah berlaku, adalah lebih selamat untuk melindungi matawang kripto menggunakan penyedia perkhidmatan penyimpanan seperti Luno.

Enam soalan untuk ditanya sebelum mendaftar bursa matawang kripto

  • Adakah saya percaya pasukan yang membina perkhidmatan atau produk ini?
  • Adakah mereka memahami dan mengimplementasikan kunci simpanan yang dilindungi?
  • Adakah mereka mempunyai latarbelakang teknikal dan kejuruteraan yang kukuh?
  • Adakah mereka mempunyai fungsi keselamatan seperti pengesahan dua faktor atau integrasi dengan rakan sekuriti?
  • Adakah mereka perlu melalui pengauditan kewangan dan keselamatan secara berkala?
  • Adakah pelabur bertaraf global turut menjadi sandaran syarikat ini?

Apabila anda memilih siapa untuk dipercayai dalam memelihara keselamatan matawang kripto anda, pastikan anda membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Jika jawapan bagi soalan di atas tidak tersedia untuk anda untuk diakses, cari syarikat yang lebih telus dalam memberikan maklumat mengenai perniagaan dan perkhidmatan mereka.

Dua kaedah dalam menyimpan matawang kripto

Luar talian (offline)

Menyimpan kripto pada komputer tanpa sambungan internet dikenali sebagai cold storage. Kaedah ini merupakan kaedah penyimpanan yang kukuh tetapi sukar untuk diakses.

Atas talian (online)

Kunci dompet matawang kripto disimpan pada server yang disambung dengan internet dikenali sebagai hot wallet. Kaedah ini kurang selamat tetapi mudah untuk diakses.

Kami mengambil selangkah lebih jauh dalam memastikan matawang kripto anda selamat

Kebanyakkan kunci-kunci anda disimpan di dalam peti bank fizikal, di dalam peti keselamatan deposit. Kami memanggilnya sebagai kaedah penyimpanan deep freeze. Kaedah ini mempunyai fungsi dan proses yang memaksimakan keselamatannya seperti:

  • Kunci deep-freeze adalah kunci multi-sig (pelbagai tandatangan). Ini bermaksud, pelbagai kunci perlu berada sekali untuk mengesahkan transaksi Ethereum atau Bitcoin. Ia ibarat seperti peti bank yang memerlukan pelbagai kunci yang perlu digunakan pada masa yang sama sebelum peti tersebut boleh dibuka.
  • Hanya individu khas sahaja mempunyai akses ke peti simpanan deposit, dan individu yang sama tidak mempunyai akses lebih dari satu peti simpanan deposit.
  • Private keys in the safety deposit box are encrypted, making it impossible for a bank employee to steal the key.
  • Kunci peribadi pada peti keselamatan deposit adalah dinyahsulitkan, menjadikan ia mustahil bagi kakitangan bank untuk mencuri kunci tersebut.
  • Pintu masuk ke tempat penyimpanan kami dijaga oleh seekor naga gergasi dari Kepulauan Jawa yang ganas dan mengeluarkan api.

Penyimpanan deep-freeze kami sengaja direka untuk sukar diakses. Oleh itu, untuk operasi seharian, peratusan kecil dari matawang kripto disimpan dlaam sistem strategi yang digabungkan, menggunakan penyimpanan cold storage luar talian dan hot wallet atas talian. Ini membolehkan kami untuk memastikan yang kami sentiasa mempunyai Bitcoin dan Ethereum tersedia sepanjang hari, dan menyimpan baki matawang kripto lainnya dengan selamat secara luar talian.

Sebagai tambahan terhadap pendekatan keselamatan dalaman, kami juga turut memasukkan rakan kerjasama kami sebagai rakan penandatangan (co-signing partner) untuk perkhidmatan rakan penandatangan hot wallet. Satu-satunya cara untuk membelanjakan Bitcoin atau Ethereum dari hot wallet adalah apabila Luno dan rakan kerjasama kami mengesahkan transaksi menggunakan kunci multi-sig. Mereka juga menyediakan pendekatan keselamatan tambahan kepada kami seperti had perbelanjaan harian dan sepanjang hidup.

Langkah keselamatan yang kami menggalakkan anda untuk gunakan ialah pengesahan dua faktor (atau 2FA). Langkah ini akan menambah lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda. Kami berusaha semaksima mungkin untuk memastikan matawang kripto anda selamat dan dilindungi, tetapi, penting juga untuk anda memahami perkara-perkara yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan akaun anda.

Untuk lebih mempelajari mengenai pendekatan keselamatan di Luno, semak halaman ini. Jika anda telah memahami bagaimana kami memastikan matawang kripto selamat, daftar dengan Luno hari ini dan rasai pengalamannya sendiri.

Dan jika anda masih belum pasti, kongsi dengan kami mengenai kebimbangan anda dan kami akan cuba membantu anda dengan lebih lanjut.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

131
8