Bagaimana peristiwa makro ekonomi memberi kesan terhadap Bitcoin?

Apa itu Bitcoin Cash? Aset Kripto yang Mirip dengan Bitcoin?

Harga Bitcoin dikaitkan terus dengan konsep bekalan dan permintaan, dan peristiwa yang memberi kesan terhadap ekonomi pada tahap nasional dan antarabangsa akan terus memberi kesan terhadap keperluan pengguna untuk membeli atau memiliki (HODL) matawang kripto tersebut. Apabila ekonomi merudum, pelabur biasanya akan mengelakkan aset-aset yang nilainya tidak menentu dan menyimpan wang mereka pada pelaburan yang lebih selamat, seperti matawang US Dollar atau emas. Peristiwa makro ekonomi boleh menjadi sebarang peristiwa pada tahap nasional atau global yang memberi kesan terhadap ekonomi, termasuklah peristiwa alam semulajadi seperti pandemik dan geopolitik (ketidakstabilan politik dan kadar pengangguran). Peristiwa-peristiwa begini biasanya berkaitan antara satu sama lain.

Peningkatan kadar interest biasanya merupakan punca terhadap perubahan harga Bitcoin. Apabila kadar interest rendah dan kos untuk meminjam wang adalah ‘murah’, pelabur cenderung untuk melabur pada pelaburan berisiko tinggi, termasuklah Bitcoin.. dan sebaliknya jika kadar interest menaik.

Tetapi, makro ekonomi juga boleh memberikan kesan yang teruk terhadap ekonomi global dan boleh menjurus kepada penurunan nilai matawang fiat dan meletakkan fokus terhadap Bitcoin sebagai matawang alternatif yang sedia ada. 

Di negara-negara lain dimana inflasi telah memberi kesan teruk terhadap kuasa pembelian matawang tempatan, kerajaan mereka mula menimbangkan penggunaan Bitcoin sebagai alternatif. Penerimaan El Salvador terhadap Bitcoin adalah salah satu contoh dan merupakan pemangkin bagi negara-negara Amerika Latin yang lain untuk turut serta.

Did you find this useful?
0
0