Bagaimanakah situasi makroekonomi memberi kesan terhadap Bitcoin?

B

Harga Bitcoin sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan teori pengeluaran dan permintaan selain bergantung kepada perubahan ekonomi semasa yang dinamik di peringkat nasional dan global di mana ia boleh memberi impak terhadap keperluan individu sama ada untuk membeli atau memiliki mata wang kripto. Dalam mendepani situasi ekonomi yang mencabar, para pelabur lebih cenderung untuk menggelakkan aset meruap yang tidak menentu dengan menyimpan wang mereka di dalam pelaburan yang dianggap lebih selamat misalnya dalam bentuk mata wang seperti dolar Amerika Syarikat atau komoditi seperti emas. Keadaan ekonomi makro merangkumi pelbagai aspek dengan mengambil kira impak pandemik serta faktor geopolitik seperti ketidakstabilan politik dan kadar pengangguran. Secara amnya kesemua ini adalah saling berhubung kait. 

Selain itu, kenaikan kadar faedah lazimnya turut memberi kesan terhadap harga Bitcoin. Dalam hal ini, apabila kadar faedah adalah rendah maka ia menjadi lebih murah untuk membuat pinjaman wang. Jadi para pelabur mungkin cenderung untuk melabur dan aset pelaburan yang lebih berisiko termasuk Bitcoin. Begitu juga dengan situasi apabila pelabur mengeluarkan wang mereka daripada pelaburan berisiko tinggi susulan tindakan kerajaan untuk meningkatkan kadar kenaikan. 

Secara tidak langsung, pendorong ekonomi makro yang mempengaruhi situasi ekonomi global turut membawa kepada penyusutan nilai mata wang fiat dengan meletakkan fokus terhadap Bitcoin sebagai mata wang alternatif yang berpotensi. 

Manakala bagi sesetengah negara yang terhimpit dengan lonjakan kadar inflasi sehingga menjejaskan kuasa beli mata wang tempatan, keadaan ini turut mendorong pihak kerajaan untuk mempertimbangkan Bitcoin sebagai alternatif dalam situasi yang mencabar dan serba susah. Misalnya, adaptasi negara El Salvador dalam konteks Bitcoin telah menjadi antara pemangkin kepada negara-negara di rantau Amerika Latin untuk mengikut jejak negara berkenaan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0