Berapakah jumlah Bitcoin di luar sana dan mengapa?

Pada masa ini terdapat kira-kira 18.9 juta Bitcoin dalam edaran, dengan bekalan maksimum 21 juta. Beberapa juta Bitcoin yang selebihnya dijangka dilombong sepenuhnya menjelang tahun 2140. Anda mungkin tertanya-tanya mengapakah lebih 100 tahun diperlukan untuk melombong Bitcoin yang sedikit itu, berbanding dengan jumlah Bitcoin yang telah dihasilkan sejak 2009?

Jawapannya terletak pada cara pengagihan ganjaran Bitcoin kepada pelombong. Kira-kira setiap empat tahun (bergantung pada kelajuan blok diproses), ganjaran perlombongan dipotong sebanyak separuh. Perkara ini untuk memastikan bahawa dengan peningkatan nilai Bitcoin, perlombongan akan tetap menguntungkan. Ganjaran perlombongan ialah insentif bagi pelombong untuk mengesahkan transaksi pada rantaian blok dan mencipta blok baharu, iaitu cara Bitcoin baharu dicipta dan kemudian diedarkan.

Dengan mengehadkan jumlah Bitcoin kepada 21 juta, pencipta Bitcoin, Satoshi, mahu mencipta bekalan wang yang tidak boleh dinaikkan dan diturunkan nilainya pada masa hadapan. Bank-bank pusat menggunakan alat seperti pelonggaran kuantitatif untuk mencetak lebih banyak matawang fiat. Menurut sesetengah ahli ekonomi, pendekatan ini dikhuatiri boleh menyebabkan penyusutan kuasa beli matawang fiat.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

131
8