Bitcoin dan percukaian. Apa yang perlu anda tahu?

Selepas Benjamin Franklin berjaya menetapkan perlembagaan US, beliau berharap ia akan kekal selamanya. Tetapi beliau tahu, hanya ada dua perkara dalam hidup ini yang pasti akan berlaku: kematian dan… cukai.
Sesiapa yang berharap untuk mengelak membayar cukai pada kripto patut mengetahui yang pernyataan Franklin adalah betul. Kebanyakkan kawasan, kripto dikenakan cukai dalam satu bentuk atau lain. Walaupun begitu, percukaian dalam kripto amatlah kompleks dan terdapat banyak selok-belok yang anda perlu tahu apabila memahami apakah cukai yang anda perlu dibayar – jika ada.
Bitcoin dan percukaian
Dahulunya, kepantasan kemajuan kripto dan penerimaannya dalam industri bermaksud kawal selia dalam kalangan percukaian dan kripto muncul secara perlahan-lahan, tetapi terdapat banyak kemajuan sepanjang tahun-tahun lepas. Terdapat banyak agensi percukaian berjaya melaksanakan polisi-polisi yang inovatif, yang boleh menggunakan kripto dalam usaha menambahbaik sistem percukaian. Bandar Zermatt di Switzerland telah membenarkan penduduknya membayar cukai dalam Bitcoin. Di New Zealand, agensi percukaian negara tersebut telah menggariskan undang-undang di mana gaji dan upah boleh dibayar dalam matawang kriptp, selagi mana koin digital tersebut ditambat pada sekurang-kurangnya satu matawang standard atau matawang fiat.
Sama juga bagi percukaian kripto. Dalam laporan terkini PricewaterhouseCoopers (PwC), 61% daripada penguat kuasa memberi maklumbalas yang mereka telah mengeluarkan panduan terhadap pengiraan keuntungan dan kerugian modal kripto bagi individu dan perniagaan.
Undang-undang ini berbeza daripada negara ke negara, dengan beberapa negara mengambil langkah lebih liberal berbanding negara lain. Di negara Belarus, perlombongan dan pelaburan dalam matawang kripto dianggap sebagai pelaburan peribadi, oleh itu ia dikecualikan daripada cukai pendapatan dan pendapatan modal. Peraturan di United Kingdom adalah lebih tegas, dimana HMRC meminta anda membayar cukai keuntungan modal bagi setiap ‘pelepasan’ matawang kripto. ‘Pelepasan’ bermaksud penjualan matawang kripto kepada matawang fiat (seperti Pound Sterling), pertukaran satu matawang kripto kepada matawang kripto lain (menjual Bitcoin untuk membeli Ether), dan memberi kripto kepada individu lain selain daripada suami/isteri atau pasangan sivil.
Salah satu sebab mengapa terdapat pelbagai penetapan pelbagai undang-undang ialah kerana badan percukaian di seluruh dunia menetapkan sendiri apakah itu matawang kripto dan fungsinya. Laporan PwC yang disebut di atas juga mendapati ramai penguatkuasa melihat matawang kripto sebagai salah satu bentuk harta benda dari perspektif cukai. Ini bermaksud, apa sahaja yang dibeli dengan matawang digital boleh dikenakan cukai sebagai pendapatan modal, sama ada untuk tempoh yang pendek atau panjang, bergantung pada berapa lama aset tersebut dipegang. Sebagai contoh, jika anda membeli secawan kopi menggunakan Bitcoin yang dibeli pada nilai $10,000, anda perlu mengambil kira harga Bitcoin ketika anda membayar kopi tersebut. Jika Bitcoin didagangkan pada nilai $1,200 apabila anda sedang membeli kopi tersebut, anda telah membeli barangan yang dinominasikan pada matawang Dollar dengan aset lain yang kini bernilai lebih daripada nilai Dollar. Ini bermaksud, amaun Bitcoin yang anda belanjakan pada kopi tersebut akan dikenakan cukai berdasarkan undang-undang modal pendapatan.
Sebenarnya, terdapat sangat sedikit individu yang mempertimbangkan aset digital sebagai matawang untuk kegunaan percukaian. Jerman adalah salah satu negara yang unik di antara negara-negara yang mempunyai ekonomi yang besar, yang mempertimbangkan Bitcoin sebagai wang peribadi, iaitu berlawanan dengan matawang, komoditi atau saham.
Mengejar langkah-langkah perubahan
Masalah terhadap pemahaman cukai ini adalah undang-undang percukaian ini masih tertakluk kepada pelbagai perubahan. Bitcoin dicipta pada tahun 2008, live pada tahun 2009 dan memasuki aliran utama pada bull run 2017. Bitcoin masih muda, dan masih terdapat banyak ruang untuk berkembang dan maju.
Penggunaan Bitcoin sentiasa berubah – sama ada sebagai transaksi barangan atau servis, sebagai nilai penyimpanan, atau dalam bentuk saham syarikat. Peningkatan DeFi pada tahun lepas juga telah memperkenalkan Bitcoin sebagai salah satu bentuk kekayaan, daripada pinjaman hinggalah simpanan. Hal ini telah menyebabkan matawang kripto sukar didefinisikan dan dengan penggunaannya yang sebenar masih lagi terawang-awang, badan percukaian sukar untuk menentukan kategori untuk matawang kripto. Tambahan lagi, matawang kripto yang berbeza dibina dengan aplikasi yang berbeza, oleh itu, percubaan untuk melaraskan semua kripto pastinya akan gagal.
Teknologi yang membina Bitcoin juga terus dibangunkan dan berubah dengan pantas, menjadikan mana-mana panduan yang dikeluarkan sebelum ini boleh bertukar menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat. Peter Brewin, rakan kongsi percukaian di PwC Hong Kong dan merupakan salah seorang yang menyumbangkan laporan, memberitahu Cointelegraph dimana “Kajian kami menunjukkan panduan yang dikeluarkan oleh banyak badan percukaian telah ketinggalan zaman. Ya, memang penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengakaunkan cukai pada perdagangan Bitcoin dan matawang kripto yang lain, tetapi itu semua cukai kripto 101.” Beliau mengatakan yang kekurangan panduan percukaian terhadap pinjaman kripto, kewangan tidak berpusat, token tidak terpiawai, aset yang ditokenkan dan pentaruhan pendapatan.
Brewin percaya solusi yang “tidak mencukupi dalam hampir kesemua bidang kuasa” adalah “panduan berasaskan prinsip yang sesuai untuk ekonomi baru tidak berpusat.” Ini merupakan soalan terhadap badan percukaian itu sendiri, bukanlah pedagang atau pelabur. Oleh kerana kekurangan ini, anda perlu cakna dengan undang-undang pada negara anda dan sentiasa ambil tahu dengan perubahan dan bagaimana ia terpakai kepada anda.
Apa yang anda boleh lakukan
Kami telah bercakap dengan CEO Recap, Dan Howitt, mengenai platform percukaian matawang kripto yang memudahkan untuk mengira cukai anda dalam tempoh beberapa minit. Howitt percaya yang masalah terbesar dalam mengira cukai adalah mengumpul semua transaksi, “jika anda boleh mendapatkan semua sejarah transaksi pada satu tempat, anda mempunyai data untuk menguruskan cukai anda dengan proaktif. Pada tahun 2017, saya mengambil masa 40 jam untuk mengumpul semua transaksi dan mengubahnya kepada satu format standard.”
Recap memudahkan proses pengumpulan ini dengan mengambil semua sejarah transaksi anda secara automatik, mengira semua pendapatan modal dan memberikan anda laporan cukai yang boleh dikongsi dengan akauntan anda atau muat naik pada pemulangan cukai semakan sendiri.
Kepada sesiapa yang bergerak berseorangan, baca perkara di bawah..
Mulakan sekarang
Merancang untuk menguruskan cukai memang selepas anda selesai menguruskan cukai pada tahun sebelumnya memang tidak menyeronokkan. Kami tahu anda pasti mahu melengahkannya sehingga anda benar-benar perlu menyelesaikannya.
Tetapi anda boleh mengambil beberapa langkah mudah sekarang untuk menjimatkan masa dan memastikan sesi percukaian seterusnya mudah diuruskan. Pastikan anda telah bersedia secara mental.
Jika anda telah mendapat untung daripada pelaburan, idea untuk ‘melepaskan’ sedikit daripada keuntungan anda mungkin akan menyakitkan – oleh itu sila bersedia.
Bersedia dari segi kewangan
Jika anda rasa anda akan perlu membayar cukai keuntungan modal pada pelaburan anda, pastikan anda telah mempunyai simpanan yang cukup
Simpan semua rekod transaksi
Jadikan keutamaan dalam menyimpan rekod transaksi yang boleh dicukai, terutamanya jika anda menjalankan perniagaan yang layak dikenakan VAT. Simpan resit-resit yang berkaitan, dan jika anda menjual sebarang Bitcoin, simpan satu rekod mengenai keuntungannya setiap masa.
Cari akauntan yang berpengalaman
Kami mencadangkan anda mencari perunding yang profesional. Jika anda mempunyai seorang akauntan, tanya mereka tentang sebarang cadangan. Akauntan yang berpengalaman dengan Bitcoin mungkin mempunyai permintaan yang tinggi, oleh itu, anda boleh mula mencarinya lebih awal.
Sentiasa peka dengan sebarang pengumuman
Panduan mungkin berubah bila-bila masa.
Lakukan dengan betul
Terdapat satu usaha yang besar telah dilakukan dalam beberapa tahun yang lepas dalam menyediakan sistem percukaian bagi aset digital, tetapi badan-badan percukaian masih lagi sukar untuk terus mengejar pembangunan-pembangunan terbaru matawang kripto. Bitcoin adalah berbeza dengan semua perkara yang wujud sebelumnya, dan terus berubah. Hasilnya, perniagaan akan terus berhadapan dengan percukaian yang tidak menentu, mencipta lebih banyak cabaran untuk penerimaan dan inovasi.
Pihak berkuasa sememangnya sedar di mana panduan percukaian terhadap matawang kripto adalah penting. Pembuat polisi perlu berkolaborasi dengan pemain industri untuk membantu mereka memahami kerumitan dan keadaan kripto yang sentiasa berubah. Dahulu, kita bekerjasama dengan badan kawal selia dan pihak berkuasa percukaian untuk memberikan mereka pengetahuan. Sistem matawang kripto memerlukan kawal selia yang berpatutan dan penggunanya amatlah menentang penggunaan matawang kripto untuk perkara-perkara jenayah. Pelaksanaan cukai yang tidak jelas dan lemah akan membuka pintu-pintu jenayah, oleh itu kita perlu sedaya upaya untuk melakukannya dengan terbaik.