Bitcoin Halving: Fakta dan fiksyen

Proses Bitcoin halving: Fakta dan fiksyen

Tidak kira apa jua yang sedang berlaku, proses Bitcoin halving merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Topik ini terus hangat diperbincangkan sehingga pencarian tentang halving di Google dan perbincangan dalam kalangan komuniti kripto di Twitter. Bagaimanapun, maklumat yang ada di luar sana tidak semestinya tepat pada setiap masa.

Jadi kami ingin berkongsi beberapa persepsi umum mengenai proses halving termasuk antara fakta dan fiksyen. Pastikan anda berkongsi pengetahuan anda dalam pesta Bitcoin Zoom anda dan berkongsi gambar-gambar tersebut dengan kami menerusi Twitter

Adakah saya hanya akan memiliki separuh daripada amaun Bitcoin selepas proses halving? Jawapannya tidak.

Jangan risau – kaedah Bitcoin halving sebenarnya tidak akan memberi impak terhadap amaun Bitcoin yang dimiliki oleh anda. Hal ini kerana ia adalah mustahil untuk seseorang mengeluarkan sebahagian daripada Bitcoin yang anda pegang ataupun dipaksa untuk memberikan separuh daripadanya. Anda juga dinasihati agar tidak mempercayai sebarang individu yang anda kenali di bilik bual apabila mereka meminta anda untuk berkongsi sebahagian Bitcoin anda hanya kerana ia adalah hari ‘halving’.

Acara Bitcoin halving ini amat unik di mana amaun ganjaran Bitcoin yang diberi kepada para pelombong dibahagikan kepada dua. Sementara mata wang fiat seperti dolar Amerika Syarikat diterbitkan oleh bank pusat, tiada badan berpusat yang ‘menerbitkan’ Bitcoin. Sebaliknya ia direkodkan ke dalam protokol Bitcoin di mana Bitcoin baharu akan ‘diberi’ sebagai ganjaran kepada pelombong yang menjalankan tugas pengesahan blok. 

Apabila Bitcoin diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2009, ganjaran pada ketika itu adalah sebanyak 50 BTC untuk setiap blok. Proses halving telah direka khas apabila setiap 210,000 blok telah dilombong yang mengambil masa kira-kira empat tahun sekali. Pada tahun 2012, ganjaran ini dikurangkan kepada BTC setiap blok sebelum dikurangkan kepada 12.5 BTC setiap blok pada 2016. Acara halving pada tahun ini pula bakal menyaksikan ganjaran blok dikurangkan daripada 12.5 kepada 6.25 Bitcoin. Proses halving keempat pula dijangka berlaku pada 2024 apabila ganjaran blok diturunkan kepada 3.125 BTC baharu dan seterusnya.

Adakah proses halving akan menyebabkan penawaran Bitcoin untuk menurun? Tidak semestinya.

Anda mungkin pernah terbaca ura-ura bahawa acara halving bermakna akan berlakunya penurunan dari segi aspek penawaran Bitcoin sedia ada. Persepsi ini adalah kurang tepat memandangkan dalam realiti penawaran Bitcoin tidak akan menurun selepas halving sebaliknya penawaran baharu yang akan turun. 

Dalam hal ini, penawaran Bitcoin sentiasa meningkat dan dijangka terus berlaku sehingga ia mencapai jumlah maksimum penawaran yang dapat dicipta (iaitu 21 juta Bitcoin seperti yang digariskan dalam protokol Bitcoin). Situasi ini dianggarkan berlaku sekitar tahun 2140. Namun seperti yang dijelaskan, Bitcoin dicipta bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para pelombong yang meverifikasi blok baharu di dalam rantaian blok Bitcoin. Apabila ganjaran ini dikurangkan maka ia bererti terdapat lebih kurang Bitcoin yang dapat dicipta setiap minit. Dalam erti kata lain, penawaran Bitcoin kekal meningkat walaupun ia berlaku pada kadar yang lebih perlahan. 

Kaedah halving ini merupakan salah satu mekanisme untuk mengawal inflasi. Katakan Satoshi melancarkan rangkaian Bitcoin dengan 21 juta penawaran sekali gus dan keadaan ini mungkin tidak dapat memberi banyak insentif terutamanya dari segi meningkatkan nilai Bitcoin memandangkan aspek penawaran akan melebihi permintaan. Jadi bagi memastikan pertumbuhan yang seimbang, Satoshi telah memilih skala logaritmik yang menentukan tarikh untuk proses halving. Ini bermakna sungguhpun sekitar 80% daripada penawaran Bitcoin telah dilombong dalam tempoh 10 tahun pertama, penawaran Bitcoin terakhir tidak akan berlaku sehingga tahun 2140. Langkah ini seterusnya memberi insentif yang terjamin kepada para pelombong untuk terus mengambil bahagian di dalam rangkaian selain memberi ruang kepada pasaran untuk menentukan nilai sebenar Bitcoin pada masa akan datang. 

Namun di sebalik persepsi yang berbeza, ia adalah penting untuk memahami senario halving yang akan mengurangkan penawaran dari segi Bitcoin baharu di mana ia turut mempengaruhi pemahaman anda terhadap impak harga Bitcoin dan sebagainya.

Adakah harga Bitcoin akan melonjak ketara sejurus selepas itu? Ia sebenarnya bergantung kepada situasi semasa.

Berdasarkan pengalaman silam, proses halving telah disifatkan sebagai antara pemangkin yang mencetuskan pergerakan harga Bitcoin yang dinamik. Namun tanggapan bahawa harga Bitcoin akan melonjak secara ketara dalam tempoh singkat adalah tidak benar. 

Aplikasi prinsip penawaran dan penawaran masih terpakai dalam sesetengah kes tetapi seperti yang dijelaskan, penawaran sebenarnya tidak menurun dan begitu juga permintaan yang tidak semestinya meningkat. Jika kita menerima hakikat bahawa halving sebelumnya tidak membawa kepada pergerakan harga secara mendadak, maka pergerakan harga ini lebih kerap berlaku beberapa bulan selepas hari kejadian dan bukan serta-merta. Hal ini disebabkan oleh penawaran Bitcoin baharu yang berkurangan serta permintaan yang mula meningkat susulan berlakunya kejadian halving.

Terdapat juga pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira. Sebagai contoh faktor kos operasi pengkomputeran yang meningkat akan memberi impak terhadap harga semasa di mana para pelombong terpaksa menanggung kos berkenaan apabila berdepan dengan tahap kesukaran melombong yang tinggi untuk menjana keuntungan.

Pada masa yang sama, sementara faktor sedemikian mungkin mempengaruhi harga Bitcoin sebelum ini namun tiada jaminan bahawa ia akan berlaku setiap kali mengambil kira pasaran yang semakin matang pada masa kini dalam dunia yang berbeza berbanding empat tahun yang lalu, jadi ia adalah sukar untuk mengenal pasti sama ada situasi terdahulu masih terpakai. Dengan berbagai-bagai publisiti kita mungkin bakal menyaksikan lonjakan permintaan dengan pulangan melipat ganda sehingga 5000x berbanding saiz halving sebelum ini. Selain itu, penglibatan kewangan institusi serta instrumen kewangan juga boleh memberi impak terhadap pergerakan harga jadi kita perlu tunggu dan lihat.

Adakah halving akan memberi kesan terhadap para pelombong? Hampir pasti tidak.

Ini merupakan salah satu kebimbangan orang ramai ketika acara halving yang pertama. Bagaimanapun rangkaian Bitcoin kekal berfungsi malahan berkembang pesat. Pelombong berskala kecil mungkin berdepan situasi yang lebih mencabar tetapi rig perlombongan telah menjalani evolusi pada kadar yang pantas saban tahun untuk meningkatkan tahap keuntungan. Tambahan pula, halving merupakan acara yang dikenali orang ramai dan mana-mana pelombong sudah tentu bersedia untuk mengharunginya dengan dilengkapi teknologi dan segala proses yang diperlukan bak kata ‘to the moon’!

Pautan: Is the Bitcoin Halving priced in? | Your Two Satoshis’ E01 – YouTube

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0