Bolehkah penggunaan Bitcoin dihalang?

Jawapan ringkasnya adalah tidak. Hal ini memandangkan ia menjadi tugasan yang agak mencabar untuk menutup pengoperasian rantaian blok Bitcoin yang bersifat tidak berpusat dan berpangkalan dalam ribuan komputer di merata dunia. Antara ciri-ciri utama Bitcoin adalah sifat rentas sempadan di mana tiada pihak berkuasa yang boleh dipertanggungjawab. Bagaimanapun, terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan agensi tempatan yang berpotensi merencatkan pertumbuhan mata wang kripto.
Misalnya, kerajaan boleh mengenakan sekatan tertentu terhadap syarikat atau aktiviti berkaitan yang membenarkan penggunaan Bitcoin secara meluas termasuk pergadangan mata wang kripto, aktiviti perlombongan Bitcoin, kegiatan pelaburan Bitcoin oleh institusi kewangan tradisional seperti pihak perbankan serta pembelian barangan atau perkhidmatan menggunakan Bitcoin di sesebuah negara. Lazimnya apabila situasi ini berlaku maka tahap keyakinan pengguna turut terpengaruh dan sebagai implikasi ia mendorong kepada prospek penurunan harga Bitcoin.
Jadi nilai Bitcoin bergantung kepada kekuatan dalam kalangan komuniti kripto yang boleh dipengaruhi oleh faktor tertentu seperti sekatan kerajaan terhadap aktiviti Bitcoin dalam konteks sempadan negara.