Dari mana asalnya wang digital?

Di sebalik Bitcoin yang hangat diperbincangkan dalam kalangan masyarakat, terdapat pelbagai percubaan untuk mencipta mata wang digital sehingga membawa kepada kewujudan Bitcoin yang sering terlepas pandang daripada mata kasar orang ramai. Tidak dinafikan, usaha penciptaan mata wang digital sebenarnya pernah berlaku semenjak tahun 1980-an yang telah menjadi pelopor kepada teknologi pendasar terhadap pengoperasian mata wang Bitcoin seperti mekanisme proof-of-work dan transaksi tanpa memerlukan kebenaran. Berikut merupakan beberapa wang digital yang penting dalam sejarah:
b-money
Asalnya dicetuskan oleh seorang jurutera komputer warganegara China, Wei Dai pada 1998, b-money telah muncul dalam transaksi awam yang membolehkan para peserta untuk mencapai konsensus dalam transaksi terdahulu seperti yang diterbitkan dalam kertas putih Bitcoin melalui nota kaki pertama di mana ia telah mencuri tumpuan Satoshi pada ketika itu. Sungguhpun akhirnya ia tidak berjaya membuahkan hasil, b-cash dilihat sebagai antara pengaruh yang signifikan terhadap konsepsi dan pembangunan awal Bitcoin.
Digicash
Digicash mula mencuri tumpuan menjelang penghujung 1980-an yang tercetus daripada idea kunci awam dan sulit — salah satu aspek penting dalam cara rantaian blok dan dompet digital beroperasi. Bagaimanapun, projek ini tidak berjaya dan akhirnya diisytiharkan bankrup pada 1998. Pengasas Digicash, David Chaum berpandangan bahawa fasa pembangunan infrastruktur internet yang belum berkembang ketika itu telah menyumbang kepada kegagalan projek untuk menarik minat pangkalan pengguna yang ramai.
Bit Gold
Walaupun Bit Gold hanya digariskan dalam pembentangan kertas putih Bitcoin dan tidak pernah diimplementasi, namun projek ini berkongsi beberapa persamaan dengan Bitcoin. Ini telah mencetuskan spekulasi bahawa pengasas Nick Szabo mungkin menjadi individu sebenar di sebalik identiti Satoshi Nakamoto. Antara persamaan ketara adalah cadangan mekanisme Byzantine Fault Tolerance (BFT) yang berasaskan Masalah Byzantium General. BFT merupakan komponen utama dalam operasi perlombongan Bitcoin dan kini diguna pakai secara meluas dalam proses perlombongan bagi pelbagai mata wang kripto seperti Ethereum.