Dari mana datangnya Ethereum?

Ethereum mula diperkenalkan buat julung kalinya oleh pengasasnya, Vitalik Buterin menerusi pembentangan kertas putih yang muncul pada tahun 2013. 

Semenjak beliau meminati Bitcoin dan menceburi bidang kripto sekitar dua tahun yang lalu, Buterin kemudiannya menjadi pakar dalam bidang teknologi baharu dengan menelaah sebanyak ilmu yang mungkin sambil menjadi pengasas bersama untuk sebuah portal berita digital iaitu Majalah Bitcoin di mana beliau telah menerbitkan ratusan artikel mengenai topik kripto. 

Meskipun Bitcoin menjadi sumber inspirasinya, namun beliau berpandangan bahawa terdapat keterbatasan dari segi fungsi Bitcoin adalah ibarat mesin kalkulator mudah alih. Justeru, beliau menaruhkan harapan terhadap kemampuan Ethereum yang menurutnya dapat berfungsi seperti telefon pintar dengan potensi besar yang menjangkau sistem pembayaran serta penyimpanan nilai. Buterin juga ingin mewujudkan sebuah platform yang dapat membina dan menyokong ekosistem baharu dalam aplikasi kewangan tidak berpusat seperti peralatan kewangan, atau lebih dikenali sebagai token tidak terpiawai (NFT) yang kini memiliki ruang yang tersendiri dan terus berkembang pesat dalam bidang kesenian dan hiburan. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

129
7