Dari mana datangnya Solana?

Dari mana Solana Berasal?

Solana ialah sebahagian daripada rangkaian matawang kripto generasi ketiga. Bitcoin berjaya meletakkan asas sebagai generasi pertama, dan diikuti oleh Ethereum sebagai generasi kedua matawang kripto yang secara amnya memfokuskan terhadap mempermudahkan pelaksanaan kontrak pintar.

Sebagai sebahagian daripada generasi ketiga, Solana menuruti legasi matawang kripto ini dengan usaha untuk menyelesaikan sebanyak boleh cabaran yang masih lagi dihadapi oleh kumpulan matawang-matawang kripto terawal. Antara cabaran yang Solana berjaya menyelesaikan adalah kelajuan transaksi, kos transaksi dan jumlah transaksi yang boleh ditampung oleh rangkaian matawang kripto.

Siapa pengasas Solana?

Anatoly Yakovenko dan Raj Gokal memulakan kerja-kerja pembangunan Solana pada tahun 2017 dan secara rasminya telah melancarkan rangkaian blok Solana pada tahun 2020. Yakovenko dan Gokal mempunyai misi untuk menyelesaikan cabaran kelajuan transaksi, jumlah dan kos. Mereka berdua juga telah mencipta kaedah pengesahan transaksi yang baru dan lebih pantas dipanggil proof-of-history (POH).

Walaupun Solana dan Cardano dilabelkan sebagai “Pembunuh Ethereum”, Yakovenko berkata yang beliau melihat Solana bukan sebagai pesaing tetapi pelengkap Ethereum dan menerangkannya dalam ciapan yang beliau tidak boleh membayangkan dunia dimana Solana berjaya kerana kegagalan Ethereum.

Pengurusan Solana

Ekosistem Solana diuruskan oleh dua entiti iaitu Solana Labs dan Solana Foundation. Solana Labs mempunyai ibu pejabat di San Francisco dan membangunkan aplikasi  tidak berpusat yang digunakan pada ekosistem Solana. Manakala bagi Solana Foundation, organisasi tidak berasaskan keutungan yang terletak di Switzerland, dikhaskan untuk pertumbuhan, keselamatan dan kenyahpusatan Solana.

Pada tahun 2022, Solana Lab telah melancarkan telefon pintar Solana yang difokuskan untuk mengisi ruang di antara Web 3 dan telefon mudah alih.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

130
7