Di mana Satoshi, dan kenapa beliau tidak penting?

Pencipta dan penciptaan mereka selalunya mudah dikenali. Tesla dan Elon Musk, Apple dan Steve Jobs, Jeff Bezos dan Amazon, tetapi siapa pencipta Bitcoin? Individu (atau sekumpulan individu) di sebalik Bitcoin tidak pernah mendedahkan siapa mereka, dan lebih gemar wujud di bawah nama Satoshi Nakamoto. Tetapi mengapa? Secara logiknya, dengan kesemua prestij dan kelebihan kewangan yang pastinya akan datang tanpa putus, mengapa mereka memilih untuk kekal tersembunyi di sebalik nama? Adakah terdapat isu yang menyebabkan mereka memilih untuk terus tidak dikenali?
Kepada Satoshi sebenar, sila angkat tangan
Selama beberapa tahun, Satoshi Nakamoto hanya wujud dalam imaginasi komuniti kripto. Adakah ‘Satoshi’ ini merupakan seorang nerd teknologi? Atau adakah pengasas Bitcoin ini seorang yang anti-penubuhan dan ketua bagi revolusi ekonomi akan datang?
Terdapat ramai calon yang diperkatakan, tetapi tiada seorang pun yang sepadan. Salah satunya adalah seorang kriptografi dan cypherpunk British, Adam Back. Beliau bertanggungjawab dalam penciptaan Hashcash, iaitu sistem pengesahan Bitcoin, dan juga orang pertama yang dihubungi secara atas talian oleh Satoshi Nakamoto mengenai proses perlombongan Hashcash. Mencurigakan, bukan?
Nick Szabo, warga Hungary dan Amerika, juga dikatakan salah seorang calon ‘Satoshi’. Nick adalah di antara pembangun Bitcoin terawal dan merupakan perintis bagi matawang kripto dan kontrak pintar. Tiga tahun sebelum pendedahan kertas putih Bitcoin milik ‘Satoshi’, Szabo telah menerbitkan satu artikel pada blognya, yang menerangkan satu konsep – Bit Gold. Walaupun konsep tersebut tidak pernah dilaksanakan, idea Szabo diterima oleh ramai orang sebagai salah satu perkara penting dalam DNA Bitcoin.
Juga tidak terkecuali, beberapa suspek yang mungkin adalah seorang ‘Satoshi’ adalah termasuk ahli fizik Dorian Nakamoto (kemungkinan kerana nama keluarganya), Hal Finney – pembangun Bitcoin lagenda dan penerima transaksi Bitcoin pertama dan mungkin juga Craig Wright, seorang sensationalis Australia.
Tapi sebenarnya, tiada keperluan untuk mengetahui siapakah Satoshi Nakamoto, selain daripada sekadar menjawab sifat ingin tahu kita. Secara asasnya, beginilah kewangan digital yang sepatutnya wujud – sistem tunai elektronik peer-to-peer yang tidak berpusat, tanpa ketua.
Bukti yang diperlukan untuk mengesahkan identiti Satoshi
Andaikata ‘Satoshi’ yang sebenar benar-benar wujud, bagaimana untuk mengetahui kesahihannya? Walaupun terdapat ramai individu yang menyamar dan membuat laporan palsu mengenai Satoshi Nakamoto, tiada seorang pun antara mereka boleh mengesahkan mereka merupakan Satoshi yang asli.
Jika seseorang, atau sekumpulan individu, tampil kehadapan dan mengaku yang beliau/mereka merupakan Satoshi Nakamoto, individu atau kumpulan tersebut secara logiknya, harus memiliki Bitcoin terawal yang telah dilombong. Koin-koin tersebut sepatutnya mempunyi jumlahi nilai berbilion dolar, dan menggerakkannya ke beberapa alamat berbeza boleh menjadi bukti yang kukuh. Pakar kriptografi John Hopkins, Matthew Green menerangkan cara sebagai bukti “tunjukkan wang”.
“Pasti tidak boleh disangkal,” ulas Green. “Anda akan melihat sejumlah besar old money digerakkan. Itulah keajaiban kripografi yang saya ingin lihat.”
Jerry Brito, Pengarah Coin Center iaitu kumpulan kajian matawang kripto, memerlukan lebih bukti lebih yakin mengenai siapakah Satoshi yang sebenar. Salah satu kesalahan yang terjadi pada awal penciptaan Bitcoin adalah Blok Genesis, yang mana ia memegang Bitcoin yang tidak boleh digerakkan. Menurut Brito, kunci-kunci yang dikaitkan dengan blok-blok ini boleh digunakan untuk menandatangan mesej, tetapi ia perlu mengambil signal daripada beberapa blok yang berbeza untuk mencukupi:
“Jika anda cuma mempunyai kunci, contohnya untuk blok keenam, mengapa anda cuma mempunyai satu kunci? Jika anda merupakan Satoshi, anda boleh menandatangan dan juga boleh menggerakkan dana daripada blok-blok terawal.”
Berdasarkan dengan keadaan kehilangan (atau persaraan) Satoshi secara tiba-tiba daripada Bitcoin, mungkin lebih selamat untuk menganggap yang kita tidak akan menerima sebarang bentuk signal. Hari-hari terakhir Satoshi dihabiskan dengan membincangkan isu-isu pembangunan dan penyerahan kod sumber kepada cypherpunks melalui emel. Satoshi juga memastikan namanya juga telah dipadam daripada perisian Bitcoin dan juga tuntutan hak cipta – petanda jelas yang beliau/kumpulan ini tidak mahu ditemui langsung.
Mengapakah identiti Satoshi sebenarnya tidak penting
Walaupun ramai yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya Satoshi, ianya sebenarnya langsung tidak penting kerana konsep tidak berpusat adalah asas kepada Bitcoin. Bitcoin tidak bergantung pada Satoshi Nakamoto – atau sebarang ketua – untuk terus bergerak.
Konsep tidak berpusat merupakan perkara utama mengapa Bitcoin dianggap boleh dipercayai. Rangkaian tidak berpusat tersebar melalui beribu-ribu komputer di seluruh dunia, memastikan anda mempunyai akses yang hampir kekal terhadap Bitcoin anda. Jika satu komputer gagal berfungsi, rangkaian Bitcoin masih boleh terus berfungsi. Selain itu, terdapat kurang risiko terhadap penapisan, korupsi dan pelanggaran dalam rangkaian tidak berpusat.
Bitcoin tidak direka untuk menjadikan penciptanya memegang kuasa authoriti yang besar kerana Bitcoin tidak memerlukan siapapun di atas. Mempunyai ketua akan melemahkan konsep tidak berpusat ini.
Satoshi mungkin bertanggungjawab dalam mencipta Bitcoin dan rangkaian blok, tetapi ia tidak bermaksud yang beliau mempunyai kuasa untuk mengawalnya. Sebaliknya, kod bagi Bitcoin dan rangkaian blok dijadikan sumber terbuka (open source) dan percuma untuk disumbangkan oleh sesiapa pun. Dikatakan sebanyak 70% kod asal Satoshi telah ditulis semula atau telah dipadam. Bitcoin sekarang dibangunkan dan dikelolakan oleh lebih 600 penyumbang, justeru identiti Satoshi sebenarnya tidak relevan lagi untuk dipersoalkan.
Kejelasan dalam transaksi Bitcoin adalah disebabkan oleh struktur dan ketelusan dalam sistemnya. Bitcoin tidak pernah digodam kerana strukturnya telah dibina secara spesifik. Fork, sama ada soft atau hard, pasti akan terjadi tetapi ia memerlukan usaha yang amatlah besar untuk seseorang menjadi ‘ketua’ Bitcoin dan akan menelan belanja beribu-ribu billion Dollar.
Adakah kita akan berjumpa dengan Satoshi?
Ketelusan, jaminan kepercayaan dan pemilikan penuh serta kawalan terhadap wang anda merupakan hasil daripada rangkaian tidak berpusat. Satoshi Nakamoto mencipta Bitcoin untuk dipenuhi secara sendiri dan juga diselia secara sendiri, oleh itu sifat anonim tersebut memberikan lebih banyak kelebihan sebagai aset digital terbaru.
Emas tidak perlu diiklankan, sama seperti emas digital – Bitcoin. Walaupun pencipta Bitcoin kekal anonim, matawang digital terus maju tanpa pengiklanan. Bitcoin telah membuktikannya sejak mula ia diperkenalkan, dan selagi pengguna terus menerima kelebihan yang dibawa olehnya, Bitcoin tidak perlu bergantung pada papan iklan, siaran Facebook, konferens, ataupun dipromosi oleh Satoshi.