Jika Jejaka Pizza Bitcoin adalah HODLer: Apa yang dapat dibeli dengan 10,000 Bitcoin hari ini?

Hari ini, kita mungkin pernah mendengar tentang kisah yang berlaku pada tahun 2010 dalam sebuah forum Bitcoin di mana seorang individu yang menawarkan untuk membeli pizza sebagai balasan untuk 10,000 Bitcoin yang dimilikinya. Pada ketika itu, kewujudan Bitcoin hanyalah selama satu tahun lamanya dan mata wang kripto ini masih tidak dikenali oleh orang ramai dalam internet.
Tanpa disedari, 12 tahun telah berlalu dalam sekelip mata dan pelbagai perubahan dinamik telah berlaku semenjak daripada itu. Saban tahun semakin ramai syarikat pemula, firma pelaburan serta institusi perbankan yang mula mengadaptasi mata wang kripto dan Bitcoin turut menjadi antara topik perbualan orang ramai di seluruh dunia. Malahan, Bitcoin telah menjadi tender rasmi di sesetengah negara! Bagaimanakah pula dengan Laszlo Hanyecz, iaitu Penghantar Pizza Bitcoin yang kita maksudkan tadi?
Bersempena Hari Pizza Bitcoin yang disambut pada 22 Mei setiap tahun, jom kita ketahui apakah yang dapat dibeli oleh Laszlo jika kesemua Bitcoin yang dimilikinya disimpan sehingga hari ini dengan mengambil ilustrasi harga pasaran semasa $30,000 yang ditambat pada satu Bitcoin. Jadi apakah sebenarnya yang dapat dibeli dengan 10,000 Bitcoin atau $300 juta?
Bayangkan Laszlo adalah seorang pemegang HODL Bitcoin, hari ini beliau dapat membeli…
Membeli sebuah kepulauan
Sekurang-kurangnya ½ pulau
Pulau yang paling berharga terletak di kawasan Hawaii dengan nilai keseluruhan mencecah $600 juta dan pulau ini dimiliki oleh pengasas Oracle, syarikat perisian komputer ketiga terbesar di dunia. Terdapat juga banyak laman sesawang lain yang menyediakan senarai kepulauan untuk dipertimbangkan.
Membeli Google, sekurang-kurangnya dalam saham Google
135,869 saham Google
Ini bererti Laszlo dapat memegang sebahagian besar daripada syer dalam Google.
Membeli kenderaan Lambo
1500 buah kereta berjenama Lambo
Sebuah Lamborghini yang berpatutan adalah sekitar $200,000 manakala model yang lebih mahal boleh mencecah harga $500,000. Sudah pasti ini memberi pilihan kepada Laszlo untuk membeli mana-mana model.
Berkunjung ke angkasa lepas
2 kali perjalanan angkasa lepas
Syarikat pelancongan Space Adventures mengenakan caj sebanyak $150,000,000 untuk satu perjalanan ke bulan menggunakan kapal angkasa buatan Rusia. Harga ini termasuklah 10 hari berpangkalan di Pusat Angkasa Antarabangsa (ISS) yang meliputi segala kos latihan serta panduan kosmonaut peribadi. Suatu tawaran yang menarik.
Menyewa kediaman di New York, untuk seumur hidup
100,000 bulan sewa di kawasan New York
Dengan sekitar $3,000 setiap bulan untuk purata kadar sewaan bagi kawasan New York, anda dapat membayar sewa anda untuk seumur hidup, secara tunai.
Membeli istana dalam dunia nyata
Lebih kurang 30 istana
Portal Christie turut memaparkan senarai istana yang menarik di mana kebanyakannya mencecah hampir $10 juta. Tentunya harga ini mampu menjadi daya tarikan kepada Laszlo.
Lebih daripada 100 karya NFT ‘monyet’
100+ Bored Ape NFT
Mengambil kira situasi ekonomi semasa yang turut memberi kesan kepada kripto, token tidak sepiawai (NFT) mungkin bukanlah pelaburan yang terbaik buat masa ini, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai pilihan untuk memilih daripada lebih 100 keping gambar untuk profil Twitter anda dan ada di antaranya bernilai lebih daripada $2 juta.
Memiliki karya Andy Warhol
Sekeping gambar Shot Sage Blue Marilyn
Versi ikonik berteraskan pop Marilyn Monroe hasil nukilan Andy Warhol yang bertajuk Shot Sage Blue Marilyn telah dijual pada harga $195 juta baru-baru ini dan menjadikan ia antara karya lukisan yang paling mahal dalam sejarah oleh seorang artis dari Amerika. Tentunya suatu penambahbaikan untuk istana yang disebutkan tadi.
Membeli emas
Emas bernilai 5,000 kg
Pada kadar $60,000 setiap kilogram, anda semestinya memerlukan kubah yang besar untuk menyimpan kesemua emas ini misalnya mungkin di lantai bawah tanah istana.
Menyimpan Bitcoin
Kesemua 10,000 daripadanya.
Semoga ‘kesilapan’ yang sama tidak berlaku kepada Laszlo atau mana-mana individu. Selamat menyambut Hari Pizza kepada semua.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Bitcoin atau istilah HODL, sila layari sumber pembelajaran Luno.