Joe Joe, pelajar kewangan yang membina masa depannya dengan kripto

Testimoni ini adalah pengalaman sebenar pelanggan Luno. Kami tidak mendakwa yang mereka adalah hasil tipikal oleh pelanggan. Baca lagi Terma Penggunaan dan Penafian Testimoni kami.

Pernah mengalami kesusahan kewangan, Joe Joe tahu jalan yang terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan melindungi simpanannya untuk jangka masa panjang.

Sejak dari kanak-kanak, Joe Joe tidak pernah terfikir yang dia perlu membelanjakan wangnya sendiri, sehinggalah keluarganya ditimpa musibah dan dia terpaksa menyara diri sendiri untuk pendidikannya. Sejak hari itu, Joe Joe menemui perspektif baru terhadap wang dan mempelajari kepentingan kesihatan kewangan. Sekarang, sebagai pelajar kewangan, Joe Joe menggunakan kripto untuk melindungi dan mengembangkan dana simpanannya.

Perjalanan Joe Joe dalam dunia kripto

“Walaupun kripto datang dengan kesukarannya tersendiri, saya rasakan ia lebih senang diakses [berbanding pasaran saham,] terutamanya dengan aplikasi seperti Luno,” kata Joe Joe. “Selepas itu, saya mula menjadi amat fokus dalam menguruskan kewangan saya — saya perasan bagaimana semuanya berkait semula dengan wang dan saya perlu ambil serius mengenainya.”

Joe Joe mendengar tentang Bitcoin buat kali pertama beberapa tahun dahulu apabila ia mula menjadi tajuk-tajuk utama pada berita, tapi tidak sehingga rakan keluarganya mencadangkan Joe Joe untuk membuat pelaburan — dan dia ada bercadang untuk melakukannya. Ingin lebih tahu, Joe Joe melakukan kajiannya sendiri untuk melihat sama ada kripto sesuai dengan dirinya dan sama ada ia boleh memberikannya kawalan terhadap kewangan yang dicari-cari. Dan beliau kemudian menemui Luno.

“Saya merasakan yang pasaran saham tradisional amat kompleks dan saya tidak dapat memahami sepenuhnya. Walaupun kripto juga datang dengan kesukarannya tersendiri, saya merasakan ia lebih mudah diakses, terutamanya dengan aplikasi seperti Luno yang menjadikannya lebih ringkas dan senang.”

Kekal maju

Untuk membina keyakinan, Joe Joe bermula dengan pelaburan eksperimen dan kecil sebanyak RM 15 yang membolehkan dia meneroka pergerakan pasaran, dan juga membuat keputusan untuk pelaburan yang bagus.

“Kadang kala terdapat berita yang berbincang mengenai volatiliti dan penipuan, menyebabkan saya menjadi amat skeptikal pada mulanya. Melabur dengan jumlah yang sedikit membantu saya melihat bagaimana ia berfungsi.”

Walaupun Joe Joe mempunyai latar belakang kewangan tradisional, cara utama beliau mengekalkan keyakinannya terhadap kripto adalah dengan mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai:

“Apabila anda melabur dalam pasaran kripto, anda pastinya akan membaca lebih banyak berita — saya suka menggunakan Coindesk untuk terus mengikuti berita terbaru dan pergerakan pasaran. Selepas saya menemui Luno, saya belajar lebih banyak lagi mengenai ilmu dan cara-cara praktikal.”

“Saya boleh lihat bagaimana pergerakan pasaran dipengaruhi dengan apa yang berlaku di dunia — semuanya berkait, berlaku, dan sekarang saya tahu mengapa.”

Strategi pelaburan menurut acuan sendiri

Sepanjang perjalanan Joe Joe dalam dunia kripto. dia belajar mengenai jenis strategi pelaburan yang sesuai dengan dirinya. Walaupun dia mengatakan yang purata kos dollar — tindakan membuat pelaburan secara rutin dan berkala tanpa mengira harga — adalah menarik dan kurang berisiko, Joe Joe lebih gemar membeli ‘dip’.

“Saya ambil peluang untuk beli rendah dan jual tinggi – pelaburan saya bukanlah secara rutin bulanan,” kata Joe Joe. “Untuk melakukannya, saya suka melihat pelbagai carta berbeza yang boleh didapati dalam paparan Exchange.”

Tetapi bukan sahaja mengetahu bila untuk melabur. Untuk Joe Joe, dia mahukan pelaburan yang paling ringkas, paling efisyen dengan sedikit campur tangan manusia.

“Luno merupakan platform yang termudah untuk mula melabur, terutamanya bagi orang muda kerana aplikasi dan laman web menerangkan asas-asas kripto dengan jelas dan secara terus.”

“Kumpulan komuniti adalah satu medium yang bagus untuk menerima maklumat terus daripada Luno. Jika anda mempunyai masalah, anda boleh berkongsi pada komuniti tersebut dan pasukan Luno akan memberi respon secepat mungkin. Balasan yang cepat adalah amat penting bagi saya kerana ia membina kepercayaan.”

With this trust, Joe Joe has been able to make crypto investments with clarity and peace of mind, and his calm and measured approach means he can enjoy the freedom of timing the market on his own terms.

Dengan kepercayaan ini, Joe Joe berjaya membuat pelaburan kripto dengan tenang, dan pendekatannya ini bermaksud dia boleh menikmati kebebasan pasaran mengikut rentaknya sendiri.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0