Kalendar Kripto Februari

Kalender Kripto Februari: Tahun baru, bulan baru, harga tertinggi baru untuk kripto

Ketika ini terdapat dua debat naratif yang mendominasi kripto. Pendirian menyokong kripto oleh Presiden Trump dan kebimbangan Rizab Persekutuan untuk memperlahankan agenda pemotongan kadar faedah. Kedua-duanya memberikan sentimen dalam pasaran, namun dengan lonjakan harga Bitcoin dan aset-aset kripto lain pada penghujung Januari, bagaimana pula keadaannya di bulan Februari?

Apakah yang berlaku pada bulan Januari?

Kekecohan pasaran yang memacu Bitcoin melebihi nilai $100,000 pada hujung tahun lepas menyebabkan harga BTC menjadi lebih stabil pada awal Januari. Pernah merosot pada tahap $90,000 untuk beberapa kali, termasuklah mencecah $89,000 apabila data inflasi AS diterbitkan. Namun pada pertengahan Januari, semua perhatian diberikan kepada pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS yang pro-kripto serta potensi kesan yang timbul daripadanya. Harga BTC melonjak sehingga $109,000 pada hari Trump memulakan hari pertamanya sebagai Presiden. Solana (SOL) turut menunjukkan potensi dengan mengalami kenaikan lebih dari 40% seminggu.

XRP kembali bersinar, dengan kenaikan sebanyak 41% dalam tempoh seminggu pada hujung Januari. CEO Ripple Labs, Brad Garlinghouse dilihat ada bersama Trump. Perkara ini telah menghangatkan spekulasi mengenai RLUSD, stablecoin Ripple. Pada masa yang sama, Hedera (HBAR) dan Algorand (ALGO) memperlihatkan kenaikan harga yang mantap. 

Mesyuarat keputusan kadar faedah pertama 2025 oleh Rizab Persekutuan akan diadakan pada 29 Januari. Adakah bulan Februari akan memberikan banyak lagi rekod-rekod baharu dan haluan yang lebih jelas terhadap para pelabur?

Apa yang berlaku pada bulan Februari? 

Pelantikan Pengerusi SEC

📅 Februari 

🗒️ Ringkasan:

Pelantikan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS masih lagi belum jelas, namun nominasi biasanya akan bermula sebaik sahaja Presiden sedia ada meletak jawatan pada 20 Januari. Trump telah pun mencadangkan Paul Atkins, seorang penyokong kripto, untuk mengetuai badan kawal selia tersebut.

Kadar pengangguran AS

📅 7 Februari

🗒️ Ringkasan:

Angka pekerjaan yang kukuh boleh mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan untuk mengekalkan kadar faedah tinggi dalam usaha mengelak inflasi, dan jika sebaliknya berlaku, pemotongan kadar faedah akan dibuat untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

⏮️ Apa yang berlaku pada bulan lepas? 

Kadar pengangguran dilihat perlahan sebanyak 4.1% pada Disember 2024, berkurang dari 4.2% pada bulan November – peratus ini adalah di bawah jangkaan pasaran sebanyak 4.2%. 

Angka inflasi AS

📅 12 Februari 

🗒️ Ringkasnya:

Jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan dilihat telah terpadam selepas pengumuman angka terbaru pada bulan Disember.

⏮️ Apa yang berlaku sebelumnya?

Indeks Harga Pengguna (CPI) berkurang sebanyak 0.4% pada bulan Disember 2024, merekodkan kenaikan bulanan terbesar sejak Mac tahun lepas.

Pelepasan The Sandbox (SAND) token

📅 14 Februari 

🗒️ Ringkasnya:

Lebih kurang 205 juta token SAND (mewakili 8.9% dari jumlah bekalan) dijangka akan dilepaskan dalam edaran. Peristiwa ini boleh menjadi serampang dua mata dalam projek kripto. Ia boleh memberikan keterujaan terhadap kripto dan ekosistemnya, namun pelepasan dengan jumlah besar boleh meningkatkan bekalan sedia ada dan berpotensi memberikan tekanan terhadap harga jika permintaan tidak sepadan dengan kenaikan bekalan.

Pelepasan token Avalanche (AVAX)

📅 16 Februari 

🗒️ Ringkasnya:

0.41% token Avalance akan dilepaskan ke dalam edaran, berpotensi untuk memberi kesan terhadap dinamik bekalan dan permintaan dalam pasaran kripto.

Pelepasan token Arbitrum (ARB)

📅 16 Februari 

🗒️ Ringkasnya:

Arbitrum akan melepaskan 2.20% ARB, anggaran 92,650,000 ARB dalam edaran sedia ada. Sama seperti pelepasan token lain, ia akan menambah tekanan terhadap harga jika permintaan tidak melebihi bekalan.

Minit-minit FOMC

📅 19 Februari  

🗒️ Ringkasnya:

Dengan dua naratif utama dalam pasaran kewangan dalam pentadbiran Trump buat masa ini serta impaknya terhadap pasaran, dan sama ada Rizab Persekutuan akan menghentikan seketika potongan kadar faedah pada tahun ini. Minit-minit dari mesyuarat Rizab Persekutuan bulan Januari boleh mengetengahkan sebab-sebab keputusan mereka untuk menghentikan seketika potongan kadar faedah, dan juga memberikan sedikit petunjuk terhadap jangkaan tahun ini.

Adakah artikel ini berguna?

0
0