Kemaskini mengenai Savings Wallet Luno

Perubahan pada Dompet Savings Luno

Baru-baru ini kami telah menerbitkan artikel yang menjelaskan mengenai tanggungjawab dan pendekatan telus kami dalam menjalankan perniagaan, juga termasuklah maklumat-maklumat audit pembuktian rizab yang dikeluarkan pada setiap suku tahun — yang mengesahkan kami memegang semua matawang kripto pada asas 1:1. Dengan menggunapakai pendekatan-pendekatan tersebut, dan berikutan dari keadaan kelam-kabut dalam pasaran kripto, kami di Luno merasakan adalah penting untuk pelanggan-pelanggan Luno mendapat kemaskini selanjutnya daripada kami.

Awal hari ini, Genesis mengumumkan bahawa Genesis Capital, iaitu entiti pemberi pinjaman yang merupakan sebahagian dari syarikat Genesis – yang juga merupakan Rakan Peminjam Luno bagi Savings Wallet – kini sedang menggantung penebusan dan permulaan pinjaman baru.

Kami amat menyedari yang sebahagian dari pelanggan Luno akan mula mengambil berat mengenai kesan penggantungan ini terhadap Luno. Namun begitu, Luno sebelum ini telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pelanggan boleh mengekalkan akses mereka kepada dana yang diletakkan pada Savings Wallet sekiranya pengeluaran dari Genesis tidak dapat dilakukan. Oleh sebab itu, kesemua dana di dalam Savings Wallet kini berada di platform Luno. Semua pelanggan akan dapat mengekalkan akses penuh terhadap matawang kripto yang diletakkan dalam semua dompet Luno, termasuklah Savings Wallet.

Konsisten dengan komitmen Luno dalam mengutamakan pelanggan, kami akan terus menyediakan lebih banyak berita terkini berkenaan pasaran yang sedang bergerak dengan pantas ini. Kami amat menghargai anda sebagai pelanggan kami, dan berusaha untuk mencapai misi kami dalam meletakkan kuasa kripto dalam genggaman anda.

Nota: Luno Malaysia tidak menawarkan Savings Wallet kepada pelanggan di Malaysia.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

131
8