Kenali Syamil, bekas pelajar undang-undang menemui minat melabur melalui kripto

Testimoni ini adalah pengalaman sebenar pelanggan Luno. Kami tidak mendakwa yang mereka adalah hasil tipikal oleh pelanggan. Baca lagi Terma Penggunaan dan Penafian Testimoni kami.

Apabila anda fikirkan semula saat anda mula belajar mengenai saham, bon atau bagaimana wang berfungsi, anda mungkin akan terfikir tentang sekolah atau keluarga yang memberi inspirasi kepada anda untuk belajar.

Ramai yang menganggap kripto ini lebih menjurus kepada maklumat teknikal dan banyak anggapan tipikal yang kripto ini adalah bab terakhir untuk memulakan pelaburan.

Namun begitu, seorang bekas pelajar undang-undang, Syamil, matawang kripto bukan sahaja membantu beliau meneroka minatnya terhadap pelaburan, tetapi telah mendaratkan beliau pada kerjaya yang beliau sendiri terlatih.

Tiada ilmu mengenai kripto

Kita semua pernah mendengar yang pepatah yang mengatakan kedudukan pasaran yang stabil boleh menjadi keadaan yang sukar untuk dijangka.

Bagi Syamil, beginilah caranya beliau memulakan perjalanannya dalam kripto dan beliau juga mengajak beberapa rakannya di universiti untuk turut sama melabur. “Saya beritahu diri sendiri dan rakan-rakan saya, kalau kita menyesal tidak melabur sekarang, kenapa kita tak bermula sekarang?”

Dan itulah yang beliau lakukan. Beberapa minggu selepas melakukan kajian, Syamil menemui ‘cinta sejati’ – Ethereum.

“Itulah titik permulaan [..] dan saya terus belajar, bukan sekadar asas tetapi aspek ekonomi dan teknikal.”

Selepas belajar mengenai matawang kripto, kontrak pintar dan potensinya, Syamil mula menujukkan minat yang lebih. “Itulah titik permulaan [..] dan saya terus belajar, bukan sekadar asas tetapi aspek ekonomi dan teknikal,” katanya.

Terus belajar demi minatnya, Syamil kemudian mula mencari lebih sumber dan memetik Raoul Pal sebagai pempengaruh utama terhadapnya, beliau menerangkan bagaimana perspektifnya terhadap kripto adalah amat formatif.

“Raoul Pal memberikan penerangan yang bagus mengenai pasaran dan bagaimana prinsip-prinsip ekonomi kripto akan menjadikan satu perkara utama seterusnya,” ujar Syamil.

Rantaian blok merupakan ‘dalangnya’

Sementara beliau terus meneroka kripto, Syamil mula menemui minat terhadap kewangan. Tidak lama kemudian, beliau menjadi penganalisa pelaburan quantitatif.

Mengenang kembali ‘u-turn’ dalam kerjayanya, Syamil menambah, “Tidak lama selepas saya menunjukkan minat terhadap pelaburan, yang saya rasa agak pelik kerana saya merupakan pelajar undang-undang, yang amat berlainan dengan apa yang saya minat. Tetapi sekarang saya rasa saya di tempat yang betul bagi minat dan kemahiran saya.”

Jadi apakah yang menghalang Syamil dari melabur dalam kripto sebelumnya? Kombinasi perasaan skeptik, kekurangan dana dan pengalaman, serta yang paling penting, pendidikan.

“Saya berada dalam keadaan yang saya selesa dengan risiko apabila saya meningkat dewasa. Dan saya juga mencari peluang yang lebih besar, kerana sebelum ini saya masih tinggal dengan ibu bapa saya, oleh itu saya tidak rasa ada keperluan untuk melabur […] Hanya pada tahun ketiga, saya rasa saya mempunyai rancangan. Dan saya melihat peluang ini [kripto] di hadapan saya, dan saya mengambilnya.”

Apabila perjalanan beliau semakin stabil dan selepas mencuba beberapa aplikasi, Syamil mendapati Luno menyediakan platform paling selamat untuk menyertai dunia tidak berpusat.

“Saya sentiasa memilih jalan yang selamat […] lagipun ia [Luno] dikawal selia di Malaysia, oleh itu wang anda selamat dan anda tidak perlu risau,” ujarnya.

Horizon baru

Apabila ditanya mengenai apa yang beliau lihat terhadap teknologi di balik kripto pada masa depan, “Saya percaya yang token sosial akan menjadi perkara besar […] apabila anda mula menokenisasikan budaya, hasilnya akan melonjak […] dan dunia baru akan tercipta,” tambahnya.

Namun begitu, untuk ramai individu memahami perubahan-perubahan teknologi ini, pendidikan kekal menjadi tunjang utama. Tetapi di manakah tanggungjawab pendidik dalam industri ini? Menurut Syamil, ia sepatunya bermula dengan individu itu sendiri.

“Kesedaran hanya boleh datang dari dalam […] tidak kira berapa banyak saya berusaha dan mempengaruhi sesiapa, saya rasa pokok pangkalnya ialah dari diri sendiri. Sesiapa yang percaya pada kripto akan menjadi individu yang bertanyakan soalan kepada saya, bukan sebaliknya.”

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

2
0