Ketahui perbezaan Bitcoin dan Bitcoin Cash

Seperti pankek and wafer, kedua-dua matawang kripto ini berkongsi berbagai bahan walaupun berbeza. Bitcoin Cash berasal daripada pengeluar yang sama seperti Bitcoin dan berkongsi banyak persamaan termasuk dari segi kertas putih, penawaran, algoritma perlombongan dan juga sistem ganjaran yang sama.

Kedua-dua Bitcoin dan Bitcoin Cash berhasrat untuk menjadi matawang digital yang diiktiraf di seluruh dunia walaupun terdapat perbezaan dari segi teknikal memandangkan komuniti masing-masing mempunyai pandangan berbeza berhubung solusi kepada isu kebolehskalaan. 

Perbandingan dari segi teknikal 

CiriBitcoin (BTC)Bitcoin Cash (BTH)
Tahun yang diasaskan20092017
PengasasSatoshi NakamotoBitcoin Unlimited
Saiz blok1 Megabit (MB)32 Megabit (MB)
Solusi kepada isu kebolehskalaanSegWit, Rangkaian Lightning Peningkatan saiz blok

Meskipun Bitcoin dan Bitcoin Cash berkongsi algoritma perlombongan namun mereka mempunyai tahap kesukaran yang boleh diubah suai. 

Selain daripada perbezaan teknikal, kedua-dua komuniti ini turut mempunyai pandangan berlainan mengenai niat di sebalik kertas putih yang dihasilkan oleh Satoshi.

Perbezaan interpretasi terhadap visi Satoshi

Dalam hal ini, komuniti Bitcoin memberi keutamaan terhadap aspek kalis penapisan dan menitikberatkan sifatnya yang tidak berpusat, tiada keperluan kebenaran serta tahap kebolehpercayaan. Pada masa sama, komuniti Bitcoin Cash (BCH) pula berpendirian bahawa penerimaan umum dalam kalangan pengguna Bitcoin perlu diberi keutamaan berbanding dengan pendekatan tidak berpusat. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0