Luno membantu anda meneroka dunia kripto

Industri kripto kini semakin tekun meneroka aplikasi-aplikasi yang berpotensi dan di Luno, kami menawarkan cara-cara yang mudah dan senang untuk meneroka dunia baru ini.

Anda mungkin selalu mendengar mengenai Bitcoin dan matawang-matawang kripto lain yang sering dikatakan sebagai ‘wang digital’, tetapi sebenarnya, penggunaan teknologi kripto adalah lebih dari sekadar matawang. Terdapat banyak projek-projek yang dibina di atas teknologi yang sama digunakan dalam Bitcoin iaitu rantaian blok – dari penciptaan kemudahan pembayaran sehinggalah permainan video immersif.

Kami yakin, dengan Luno, anda boleh meneroka dan melabur pada matawang-matawang kripto dan digital aset dengan selamat dan dilindungi. Menerusi artikel ini, kami ingin menerangkan sedikit mengapa kami berusaha untuk memberikan yang terbaik dan apakah kesannya terhadap anda.

Panduan kripto anda

Pencipta dan pelabur seluruh dunia kini sedang meneroka pelbagai kegunaan bagi teknologi kripto. Usaha-usaha ini telah meningkatkan dengan signifikan impak potensi kripto, walaupun ia turut bermaksud terdapat banyak lagi perkara yang perlu difahami oleh para pelabur. Baca lagi di sini.

Piawai Klasifikasi Aset Digital yang pertama baru-baru ini telah mengkelaskan matawang-matawang kripto yang berbeza dengan cara mengumpulkannya melalui fungsi bersama dan penggunaan dalam ruang yang berbeza untuk memastikan ruang untuk perkembangan matawang kripto mudah difahami dan dilaburkan. Kategori yang diperkenalkan ialah Matawang, Kontrak Pintar, Perkomputeran, DeFi dan Hiburan.

Walaupun penting untuk difahami yang aplikasi-aplikasi kripto yang terbaru adalah masih dalam peringkat awal, kami di Luno merasakan yang ianya penting untuk anda mendapat peluang dalam mengakses peluang pelaburan ini, dan pada masa yang sama, menawarkan panduan yang dirangka secara teliti serta keselamatan yang terjamin.

Sentiasa lakukan kajian anda sendiri!

Semua matawang kripto yang disenaraikan pada platform kami mencapai piawai keselamatan, tetapi, disenaraikan di Luno tidak bermaksud matawang-matawang kripto ini mempunyai potensi pelaburan pada masa depan yang terjamin. Atau dengan erti kata lain, semua matawang yang disenaraikan di Luno bukanlah bermaksud yang ia dijamin mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan. Apa yang kami tekankan ialah, semua matawang kripto yang disenaraikan di Luno telah melalui pelbagai proses penilaian seperti keselamatan, kepatuhan terhadap undang-undang, utiliti dan juga nasihat-nasihat dari pakar seperti CoinDesk. Kami akan terus menyediakan konten yang jelas dan tidak berat sebelah untuk membantu anda membuat keputusan. Tetapi, dengan semua yang telah kami sediakan, paling penting ialah anda perlu sentiasa membuat kajian sendiri dan lakukan penilaian yang baik sebelum melabur.

Apa yang akan berlaku di Luno seterusnya?

Kami menerima banyak permintaan dari 10 juta pelanggan kami untuk menyenaraikan semua jenis matawang kripto. Namun begitu, kami tidak akan dapat memenuhinya kerana penambahan sebarang matawang kripto pada platform Luno memerlukan semakan teknikal dan pematuhan undang-undang yang amat teliti dan keputusannya tertakluk kepada kelulusan kawal selia oleh bidang kuasa yang berkenaan. Keutamaan kami adalah memastikan pengalaman keselamatan dan kemudahan kekal sama atau lebih terhadap semua pelanggan Luno.

Walaupun kami tidak boleh menjamin apa atau bila matawang kripto baru akan disenaraikan di Luno, kami boleh menjanjikan yang kami berusaha untuk menawarkan pengalaman pelaburan yang mudah dan selamat untuk anda.

Anda juga boleh mempercayai kami untuk memastikan anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru mengenai sebarang penawaran aset digital terbaru. Pastikan anda terus kekal dengan kami!

Jika anda ingin mengetahui lagi penggunaan berbeza bagi teknologi kripto dan buat keputusan bagaimana untuk anda melabur pada aset digital, klik di sini untuk mengetahui lebih lagi.

Did you find this useful?

0
0