Luno membantu ramai orang meneroka kripto yang semakin berkembang

Industri kripto terus meneroka aplikasi yang berpotensi; di Luno, kami menawarkan pendekatan yang jelas dan berpandu yang menjadikan matawang kripto mudah dan boleh diakses oleh satu dunia.

Anda mungkin pernah mendengar Bitcoin dan matawang kripto lain digambarkan sebagai ‘wang digital’, tetapi teknologi kripto kini digunakan dalam bidang di luar matawang. Teknologi sama yang dibina atas Bitcoin (rantaian blok) sedang diguna pakai pada peluang yang sangat berbeza – dalam segala-galanya, daripada pembayaran insurans yang lebih mudah kepada penciptaan permainan video yang lebih mengasyikkan.

Dalam beberapa bulan akan datang, anda akan dapat meneroka dan melabur dalam lebih banyak matawang kripto dan aset digital yang lebih baharu ini dengan selamat dan terjamin melalui Luno. Kami ingin menerangkan serba sedikit tentang tujuan kami melakukan usaha ini dan impaknya kepada anda. 

Panduan kripto anda

Para pencipta dan pelabur di seluruh dunia sedang meneroka kegunaan teknologi kripto dalam bidang yang berlainan. Walaupun perkara ini akan menambahkan lagi aspek-aspek kripto yang pelabur perlu dalami, potensi kesan kripto juga akan meningkat. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perkara ini di sini. 

Piawaian Klasifikasi Aset Digital yang pertama baru-baru ini telah mengkategorikan jenis-jenis matawang kripto, dengan membahagikannya mengikut ciri dan kegunaan yang dikongsi dalam industri yang berbeza. Ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan pelaburan dalam ruang matawang yang semakin berkembang ini. Kategori-kategori ini termasuklah Matawang, Kontrak Pintar, Pengkomputeran, DeFi dan Hiburan. 

Walaupun kita harus ingat bahawa aplikasi kripto yang lebih baharu ini masih dalam peringkat awal, kami di Luno merasakan bahawa adalah penting untuk kami memberi anda akses kepada peluang-peluang pelaburan ini. Pada masa yang sama, menawarkan anda panduan yang teliti dan tahap keselamatan yang ketat, yang telah dinikmati oleh 10 juta pelanggan kami. 

Sentiasa membuat penyelidikan sendiri!

Semua matawang kripto yang kami tambahkan dalam platform kami akan memenuhi piawaian keselamatan yang kami tetapkan. Namun, disenaraikan dalam Luno tidak sekali-kali menunjukkan pengesahan terhadap potensi masa depan sesuatu pelaburan. Kami menilai matawang kripto berdasarkan faktor seperti keselamatan, pematuhan dan kebergunaan, serta berdasarkan pandangan daripada pakar, seperti CoinDesk. Kami akan terus menyediakan kandungan yang jelas dan adil untuk membantu anda dalam membuat keputusan, tetapi anda harus sentiasa melakukan penyelidikan anda sendiri dan menggunakan pertimbangan yang baik sebelum membuat pelaburan.

Apakah yang bakal muncul, dan bila?

Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menambah setiap matawang kripto yang diminta oleh 10 juta pelanggan kami. Kami juga ingin menjelaskan bahawa semua ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Sokongan untuk mana-mana matawang kripto memerlukan semakan teknikal serta pematuhan yang teliti, dan bergantung pada bidang kuasa tertentu, mungkin tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Keutamaan kami adalah untuk mengekalkan pengalaman yang mudah dan selamat, yang juga telah membolehkan kami berjaya menyokong begitu ramai orang di seluruh dunia ketika mereka mula menggunakan matawang kripto. 

Walaupun kami tidak dapat menjamin penyenaraian sesuatu matawang kripto dalam Luno atau masa sesuatu kripto itu akan disenaraikan, dalam mana-mana bidang kuasa mahupun garis masa, kami dapat berjanji bahawa kami akan terus berusaha untuk menawarkan anda pengalaman pelaburan yang mudah dan selamat yang anda boleh harapkan.

Anda juga boleh mengharapkan kami untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan pantas dalam beberapa bulan akan datang, apabila kami mengembangkan tawaran aset digital kami. Nantikannya!

Untuk meneroka lebih lanjut tentang kegunaan teknologi kripto yang berbeza, dan memutuskan sendiri cara pelaburan anda dalam aset digital, klik di sini untuk membaca lebih lanjut.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0