Luno mengeluarkan laporan Pembuktian Rizab tambahan untuk bulan November 2022

Perubahan pada Dompet Savings Luno

Bagi kami, keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh sebab itu, kami telah mengeluarkan pengesahan laporan Pembuktian Rizab setiap suku tahun sejak 2021, untuk meyakinkan anda yang matawang kripto milik anda berada di tempat yang sepatutnya ia berada.

Sebagai usaha kami untuk memberikan anda ketenangan fikiran sempena musim perayaan kali ini, pada bulan ini kami mengeluarkan laporan tambahan berdasarkan baki November 2022.

Anda akan mendapati beberapa perubahan kecil dalam laporan kali ini. Sebelum kami memutuskan untuk menamatkan fungsi Savings Wallet, kami mengambil langkah untuk memastikan semua pelanggan boleh mengekalkan akses ke dana yang diletakkan pada Savings Wallet dengan memindahkan semua dana tersebut ke platform Luno. Anda akan menyedari terdapat satu perbezaan berbanding laporan sebelumnya, yang mana “matawang kripto yang dipinjamkan” tidak lagi dipaparkan dan Mazars telah mengesahkan yang dana-dana ini berada di bawah jagaan Luno.

Juga penting untuk kami ketengahkan yang “Pembuktian Rizab” kini akan dirujuk secara am sebagai “Pembuktian Rizab dan Liabiliti”. Untuk maklumat, kami bukanlah pencipta terma ini, dan secara umumnya, semua laporan yang telah dikeluarkan oleh kami termasuk sekali pembuktian liabiliti. Kami merasakan laporan pengeluaran nilai aset yang dalam tangan sahaja tidak mencukupi tanpa laporan pembuktian liabiliti yang bersepadanan kepada anda.

Laporan kami disahkan secara bebas yang matawang kripto yang patutnya berada dalam tangan kami untuk anda, berada di tempat ia sepatutnya berada. Kami akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan proses kami telus, agar anda boleh yakin yang anda kekal selamat.

Mazars: Laporan Pembuktian Rizab Luno bagi bulan November 2022 (secara ringkasnya)

Laporan Pembuktian Rizab ini dilaksanakan oleh Mazars, firma pengauditan antarabangsa yang terkemuka, dan percukaian dan advisori. Laporan bebas Mazars mengesahkan yang pelaburan semua pelanggan di seluruh dunia ‘dicagarkan’. Laporan ini memberikan pengesahan luaran yang Luno mempunyai matawang kripto anda dalam simpanan kami.

Secara asasnya, Mazars telah menyemak yang Bitcoin, Ether dan matawang-matawang kripto lain yang boleh dilihat pada Dompet luno anda memang benar-benar wujud atas rantaian (on-chain) atau berada dalam solusi jagaan, agar anda kekal yakin yang matawang kripto anda berada di tempat ia sepatutnya berada.

Audit tahunan hujung tahun

Luno juga menjalankan proses pengauditan penuh pada setiap hujung tahun kewangan bersama Mazars, sebagai pengaudit yang dilantik oleh Kumpulan. Laporan audit ini memberikan pengesahan bebas yang hasil kewangan yang dipaparkan tidak mempunyai kesalahan secara material (secara ringkas, pengaudit dan akauntan menyatakan yang hasil kewangan adalah betul). Jika anda memerlukan lebih penjelasan, semak bahagian Soalan Lazim kami pada halaman Pembuktian Rizab.

Seperti biasa…

Luno amat berbangga menjadi perintis dalam menyediakan transaksi matawang atas talian yang selamat dan kami percaya yang kerjasama di antara badan-badan swasta dan kerajaan akan menjadikan matawang kripto selamat dan mudah diakses seperti mana ia sepatutnya berfungsi.

Anda selamat.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

2
0