Mendidik generasi muda mengenai erti Bitcoin di sebalik kehidupan

Secara jujurnya mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah membuat carian di Google untuk “terangkan konsep kripto seperti saya berusia 5 tahun” atau tercari-cari pengetahuan asas mengenai kripto. Tidak dinafikan mata wang kripto merupakan subjek yang rumit seperti bab kewangan. Malahan, jika kedua-dua subjek ini digabungkan ia boleh disifatkan seperti istilah sains roket dengan campuran unsur Latin. Jadi apakah kaedah yang terbaik untuk berkomunikasi atau mendidik anak-anak mengenai objek asing seperti mata wang kripto supaya ia lebih mudah difahami oleh mereka?
Belajar melalui keteladanan
Pakar saintis berpandangan bahawa ramai anak-anak sebenarnya mempunyai kepintaran yang tersendiri di dalam diri masing-masing. Dalam hal ini, ibu bapa boleh menggunakan pelbagai cara atau kaedah inovatif untuk mendidik mereka mengenai mata wang kripto dan mempelajarinya dalam proses. Realitinya, kanak-kanak hari ini mempunyai jauh lebih banyak kemudahan serta gajet berbanding sekadar abakus dan tabung simpanan pada suatu ketika dahulu. Selain itu, kaedah pembelajaran kini menjadi semakin canggih di mana golongan generasi muda mempunyai kompetensi tinggi untuk mempelajari konsep dan kemahiran yang rumit termasuk koding dan mata wang kripto.
Ahli penyelidik doktor David Whitebread dan Sue Bingham daripada Universiti Cambridge mendapati bahawa kanak-kanak boleh dididik mengenai tabiat kewangan pada usia muda seawal tiga tahun dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dari segi pembangunan minda kanak-kanak.
Dalam penerbitan bertajuk Habit Formation and Learning in Young Children, ahli penyelidik tersebut berkata “anggapan utama kanak-kanak terhadap struktur dan sifat asal mereka dalam dunia ini adalah bergantung kepada pengalaman masing-masing”. Dalam erti kata lain, ini bermakna menerusi cara yang kreatif, anak-anak sebenarnya dapat menimba ilmu pengetahuan sementara memerhatikan tingkah laku ibu bapa mereka. Misalnya, pembelajaran yang bersifat klasik seperti mencontohi tindakan mengeluarkan wang, menggunakan kad untuk membeli barang atau berbelanja wang.
Saya tidak dapat mengingati sebarang bayangan tentang penerapan elemen pendidikan kewangan semasa zaman persekolahan kecuali kelas matematik yang mengajar kami tentang perkiraan nombor. Salah satu kenangan yang terpahat di hati saya dalam bangku sekolah ialah apabila kami diajar menggunakan mesin taip lama untuk mempelajari seni menaip. Pada suatu ketika dahulu, empat puluh rakan sekelas berada di dalam sebuah bilik sambil bermain alat mainan dinosaur dan ketika itu saya masih tertanya-tanya sebab kami sekelas diminta pergi ke bilik bersebelahan untuk belajar program komputer asas sejurus selepas itu dan kenangan ini tidak berlaku semasa zaman revolusi perindustrian tetapi hanyalah dua dekad yang lalu.
Jadi apakah yang menarik tentang mesin taip? Adakah ia suatu helah untuk mengekalkan para guru ataupun cara pembelajaran yang lama? Mungkin kedua-duanya. Senario ini menjadi suatu metafora menarik tatkala mengupas tentang evolusi aspek kewangan sama ada untuk menerima atau menentang perubahan dengan perspektif yang berbeza.
Pendekatan kita untuk menerima perubahan
Ia mungkin menjadi suatu perkara yang mengejutkan apabila berdepan dengan prospek kemungkinan wang menjadi seperti mesin kelak dan situasi ni menekankan peri pentingnya untuk mendidik anak-anak kita tentang cara berbelanja dan membuat simpanan menerusi mata wang kripto.
Kanak-kanak berusia tujuh tahun misalnya mungkin memahami konsep nilai mata wang yang tidak dinilai berdasarkan saiz koin malahan dalam usia yang sama, adik beradik yang lebih muda mungkin terpedaya oleh abang atau kakak mereka untuk melabur dalam koin yang kurang terkenal berbanding koin yang lain.
Doktor daripada Universiti Cambridge tersebut turut berpandangan ia menjadi kesilapan untuk memperkenalkan idea-idea penting kepada anak-anak hanya setelah mencecah 7 tahun sedangkan mereka mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk belajar pengetahuan baharu pada usia muda. Ujar mereka, “proses pembelajaran yang penting boleh diaplikasi melalui pengalaman harian dalam konteks yang berbeza mengikut usia kanak-kanak sama ada dalam aktiviti harian mereka atau interaksi dengan golongan dewasa.”
Adakah anda masih ingat kali terakhir anda menjelaskan tentang mata wang kripto kepada rakan-rakan yang lain? Kadangkala kawan saya akan hilang jejak hanya selepas dua minit apabila solilokui Shakespear dalam diri saya mula menerangkan sifat tidak berpusat kripto. Bayangkan pula dengan anak-anak kecil.
Anak saya yang berumur empat tahun gemar untuk mewarnai tabung simpanannya yang diperbuat daripada liat walaupun tabungnya masih kosong. Kami cuba menasihatinya tentang kepentingan menabung dengan memberi ilustrasi seperti menyimpan gula-gula di tempat simpanan beberapa hari kemudian. Sungguhpun berada dalam usia yang masih muda, dia berjaya menguasai aplikasi pembelajaran Akademi Khan dalam telefon pintar saya selain mahir memegang alat kawalan jauh televisyen. Tetapi dia masih tidak menyedari kepentingan membuat simpanan untuk kecemasan pada usia tersebut.
Ibarat sekotak coklat
Jadi ia masih tidak terlalu lambat untuk memperkenalkan beberapa buku menarik mengenai perjalanan dalam ruang Bitcoin. Begitu juga dengan perkongsian tentang faedah yang berjaya dikumpul dalam akaun simpanan Bitcoin melalui pelaburan secara bulanan yang diuruskan oleh ayah dengan menggunakan tabung simpanan kripto.
Buat masa ini, anak saya masih lebih meminati coklat Smarties berbanding simpanan. Bayangkan ibu bapa berkata “anda boleh membeli 100 kotak Smarties dengan wang telah berjaya simpan… Adakah anda ingin membelinya sekarang atau menunggu sehingga anda dapat membeli 110 kotak Smarties?” Apabila mencapai usia 18 tahun, dia boleh menggunakan Bitcoin yang disimpan ini untuk mana-mana tujuan kehidupan dan bayangkan jika nilai Bitcoin melonjak ketara pada waktu itu dia mungkin dapat membeli jutaan coklat Smarties.
Bagaimana pula jika dia ingin mendapatkan Smarties hari ini? Sudah tentu saya perlu terus cuba mencari penjelasan tentang konsep faedah terkumpul menyedari kecenderungan anak saya untuk menjadi “great white” pada tahun hadapan berbanding “grade one”.