Mengapa Bitcoin menjadi matawang kripto terbesar dalam pasaran modal?

Kita sering mendengar Bitcoin semakin popular, Bitcoin diterima oleh syarikat kongloromat, ramai ingin memiliki Bitcoin. Dan jika anda ingin menjalankan satu ujikaji, cuba tanya orang di sekeliling anda sama ada adakah mereka pernah mendengar perkataan ‘Bitcoin’? Besar kemungkinan hampir keseluruhan mereka tahu mengenai Bitcoin walaupun maksud atau penggunaannya mungkin perlu diterangkan lagi. Tetapi, cuba anda fikirkan, adakah kerana pengenalan jenama itu sahaja menyebabkan Bitcoin kini merupakan matawang kripto nombor satu dalam pasaran modal?

Pengenalan jenama ialah satu perkara yang amat berkuasa. Cuba anda fikirkan mengenai Coca-Cola, McDonald’s, Google… secara asasnya, anda boleh menjumpai jenama-jenama ini di setiap rumah dan mereka sedang mendominasi industri mereka. Bagi Bitcoin, ia merupakan matawang kripto pertama yang pernah dicipta dan ini telah memberikan kelebihan besar sebagai perintis. Bitcoin tidak pernah menggunakan atau membayar sebarang usaha pemasaran untuk menyebarkan namanya — kerana Bitcoin tidak dimiliki oleh sesiapa dan Bitcoin juga tidak memerlukannya. Jenama ‘Bitcoin’ itu sendiri disebarkan melalui perbualan, dan ramai orang yang gembira untuk berbual mengenai Bitcoin secara spontan kerana teknologinya yang pintar.

Banyak matawang kripto lain telah muncul sejak Bitcoin dilancarkan ke seluruh dunia, dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan perkara yang berbeza dari sudut teknologi dan fungsi. Namun sehingga kini, tiada matawang kripto lain yang sepopular jenama Bitcoin.

Kelebihan menjadi perintis ini bukanlah faktor yang menyebabkan kejayaan jenama Bitcoin, tetapi ianya penting bagi rantaian blok.

Bitcoin sebenarnya menduduki posisi paling atas kerana kekuatannya dalam teknologi dan amaun kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Lebih banyak pelombong yang wujud dalam rantaian blok, perlombongan dan penggodaman akan menjadi lebih sukar. Namun begitu, pengenalan jenama juga lebih penting, kerana jika terdapat lebih banyak pengguna, lebih kukuh sesuatu produk dan ia akan kelihatan lebih menarik. Rangkaian Bitcoin telahpun mendahului semua matawang kripto selama lebih dari 10 tahun dan ini menunjukkan kestabilannya untuk jangkamasa panjang. Mungkin dalam tempoh 10 tahun, situasi akan berubah?

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

7
1