Mengapa harga Bitcoin kadang-kala berubah secara drastik?

Anda mungkin telah mendengar yang harga Bitcoin dan matawang kripto lain dipanggil ‘meruap’ atau volatile. Tapi mengapa ini berlaku dan adakah ia benar?
Jika dibandingkan dengan aset lain seperti emas, yang telah pun wujud sejak berkurun-kurun lamanya sebagai medium pelaburan, Bitcoin dilihat masih lagi hijau – akan berusia 15 tahun pada tahun 2023.
Jumlah wang yang dilaburkan secara global terhadap emas, sebagai contoh, adalah jauh lebih banyak berbanding Bitcoin. Ini menjadikan Bitcoin lebih terdedah terhadap kehendak pembeli dan penjual. Bayangkan, ada sekeping pizza yang dipotong kepada empat bahagian untuk dibahagikan kepada empat orang, dan setiap mereka ingin membeli sepotong pizza. Jika dua daripada pembeli membuat keputusan untuk memulangkan bahagian mereka kembali ke kotak pizza disebabkan oleh khabar angin yang mengatakan yang kejunya telah rosak, separuh dari pasaran dikira telah memulangkan bahagian pizza mereka dan besar kemungkinan yang dua lagi pembeli akan melakukan perkara yang sama, dan menyebabkan kemusnahan pasaran pizza. Jika terdapat 10 orang berkongsi pizza yang sama, perkara lain pula akan berlaku. Kemungkinan tiga orang akan mengembalikan semula pizza manakala pembeli yang lain akan terus menyimpan pizza mereka dan memerhati apa yang akan berlaku. Mungkin juga mereka membeli pizza yang akan rosak.
Keadaan Bitcoin yang masih lagi ‘hijau’ bermaksud ia masih lagi cuba mendapatkan keyakinan pembeli dan penjual dan berubah apabila lebih ramai individu melabur dalam matawang kripto. Jika Bitcoin terus berkembang, pergerakan harga akan mula mendatar dan menjadi lebih mudah dijangka.