Mengapa Luno perlu mengetahui identiti saya?

Lebih dua juta pengguna di seluruh dunia mempercayai Luno untuk melindungi Bitcoin dan Ethereum mereka. Ini merupakan satu tanggungjawab yang amat besar, dan matlamat kami ialah memastikan wang anda selamat dari masalah keselamatan atau jenayah kewangan.

Di Luno, kami berpendapat yang ianya penting untuk anda mengetahui bagaimana kami bekerja di belakang tabir. Memilih syarikat yang betul ialah penting untuk melindungi wang anda. Namun begitu, sukar untuk membuat keputusan yang betul tanpa maklumat yang cukup mengenai tindakan pematuhan dan keselamatan sesuatu produk itu.
Oleh sebab itulah kami berhasrat untuk menjadi telus mengenai bagaimana kami melindungi wang anda. Kami tidaklah sempurna tapi kami sentiasa mengutamakan keselamatan dan terus menambah baik sistem kami.
Satu bahagian yang sering berlaku kekeliruan dan salah faham ialah kawal selia. Dalam hantaran ini kami ingin anda mengetahui mengapa kami perlu mengetahui identiti anda apabila anda membuka akaun Luno.
Patuh pada undang-undang
Industri Bitcoin sebelum ini tidak dikawal selia untuk satu tempoh masa yang sekejap. Teknologi gangguan baru biasanya menghasilkan satu kelewatan di antara penciptaan dan kawal selia.
Banyak syarikat mengambil peluang ini untuk menggunakan jalan pintas, tetapi sistem kawal selia semakin maju. Dari mula lagi, kami mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan kawal selia kendiri, dengan memohon panduan AML (Pencegahan Wang Haram) dan KYC (Know-Your-Customer). Kami berbesar hati menerima kawal selia dan percaya jika kami mempunyai proses yang betul, perubahan kepada wang digital akan lebih lancar.
Sebarang teknologi boleh menjadi baik dan buruk. Bitcoin juga tidak terkecuali. Sebelum ini, ilusi ‘tanpa nama’ menjadikan segelintir individu menggunakannya untuk tujuan yang menyalahi undang-undang. Tetapi dengan kawal selia yang telah ditambah baik dan juga kesedaran terhadap matawang digital, kesemua masalah itu mula berubah. Pasukan kami sentiasa berbincang dengan bank, pengawal selia dan syarikat-syarikat kewangan untuk meningkatkan tanda aras industri matawang kripto.
AML, KYC – apa maksudnya?
Anda mungkin telah mendengar akronim-akronim ini (jangan bimbang jika anda masih belum mengetahuinya!), dan ini adalah maksudnya:
AML ialah satu set undang-undang untuk mengelakkan pengubahan wang haram
Penjenayah akan melakukan pelbagai cara untuk menyembunyikan wang yang diperolehi secar haram daripada penguatkuasa. Ini dikenali sebagai pengubahan wang haram.
Undang-undang AML digunakan pada syarikat-syarikat kewangan, kredit, agen hartanah, akauntan dan banyak lagi. Undang-undang ini memerlukan syarikat-syarikat berkenaan menggunapakai undang-undang ini untuk mengelakkan perkhidmatan mereka digunakan oleh pengubah wang haram. Bahagian terbesar dalam undang-undang ini ialah menyemak identiti pelanggan mereka.
Matawang kripto dianggap kaedah paling berisiko untuk sesiapa menyembunyikan punca wang yang diperolehi secara haram, berdasarkan laporan oleh kerajaan UK. Maklumat transaksi direkodkan pada rantaian blok awam, oleh itu penguatkuasa boleh menjejaki pergerakan wang di mana-mana sahaja ceruk dunia ini. Adalah lebih senang untuk mengubah wang haram menggunakan tunai atau banks, disebabkan oleh pelbagai undang-undang di seluruh dunia dan sifat semulajadi rekod kewangan tradisional ini yang sukar diakses oleh secara awam.
Know Your Customer bermaksud semua pelanggan kami perlu menyediakan bukti identiti dan alamat
KYC ialah satu prosedur yang digunakan oleh banyak syarikat untuk mengetahui lagi mengenai pelanggan yang menggunakan platform mereka. Ini merupakan keperluan bagi kebanyakan syarikat kewangan dan KYC kini diambil serius oleh kerajaan di seluruh dunia.
Pengesahan akaun anda kini lebih mudah
Kami tahu, pengesahan dokumen boleh menjadi menjengkelkan. Oleh sebab itu, kami teruja untuk menawarkan penambahbaikan ini pada proses kami.
Jika anda merancang untuk membeli Bitcoin, atau membeli lebih dari had yang dibenarkan, anda perlu menghantar bukti identiti dan alamat.
Pengesahan akaun anda adalah cepat dan mudah. Anda boleh melakukannya melalui aplikasi Luno atau laman web Luno.
Kami menghormati privasi anda
Apabila anda menyediakan bukti alamat dan identiti, pasukan kami akan menggunakannya untuk menyemak sama ada maklumat yang diberikan adalah sah. Beberapa semakan dibuat secara manual dan automatik, tetapi semua individu yang terlibat dilatih untuk menghormati privasi anda. Selari dengan undang-undang AML dan KYC, maklumat anda perlu disimpan dengan selamat dan biasanya tidak akan diakses lagi selepas akaun anda disahkan. Kami juga mematuhi undang-undang perlindungan data tempatan pada setiap masa.
Maklumat anda hanya dikongsikan dengan pihak ketiga apabila kami mempunyai kebenaran atau atas sebab undang-undang.
Sebagai contoh, jika anda disabitkan dengan kesalahan jenayah kewangan, mahkamah mungkin akan mengarahkan Luno untuk berkongsi maklumat anda dengan pegawai berkuasa.
Luno hanya menggunakan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat dan dikawal selia. Kami tidak akan menjual data anda kepada pihak ketiga dan anda boleh membacanya lagi di sini.
Jika pengesahan akaun anda mengambil masa yang lebih lama dari yang dijangkakan, sila ambil maklum yang mungkin kami perlu melakukan semakan yang lebih terhadap satu-satu akaun. Jangan risau, pasukan kami berusaha keras untuk melaksanakannnya.