Mengimbas sejarah peristiwa Bitcoin Halving

Proses pembahagian Bitcoin atau lebih dikenali sebagai ‘Bitcoin Halving’ kini bakal menjelma dalam masa hanya beberapa minggu lagi. Yang pasti, saat ini amat dinanti-nantikan oleh komuniti kripto setelah ia berjaya melakar sejarah apabila berlaku buat julung kalinya pada tahun 2012.
Bayangkan dunia baharu pada ketika itu dengan pelbagai spekulasi dan imaginasi yang timbul dalam kalangan orang ramai di mana tiada sesiapa pun yang dapat menggambarkan apakah sebenar yang bakal berlaku. Pada hari ini, ruang mata wang kripto sememangnya telah melalui suatu proses kematangan yang tersendiri namun kesan daripada peristiwa halving ini masih tidak dapat dibayangkan dengan keterujaan komuniti yang kian memuncak.
Jadi kami ingin mengimbas kembali arkib mengenai peristiwa Bitcoin Halving serta berkongsi beberapa pandangan daripada komuniti kripto ketika itu. Adakah ia akan mengikuti trend yang sama seperti terdahulu? Bagaimanakah pula dengan implikasinya terhadap harga mata wang Bitcoin? Apakah yang dapat kami pelajari daripada pengalaman silam dan adakah parti yang terlibat dapat terus berkembang dan mengorak langkah seiring dengan kematangan pasaran ataupun sebaliknya?
2012
Peristiwa Bitcoin Halving pertama telah mencatatkan detik bersejarah malahan ia menjadi topik perbualan yang hangat dibincangkan oleh orang ramai beberapa bulan sebelum hari kejadian.
Sebagai proses yang dianggap baharu dan masih belum dikenali ramai, pada asalnya terdapat segelintir pihak yang mula membincangkan sama ada peristiwa halving wajar berlaku atau tidak serta mencetuskan tanda tanya. Adakah ini bermakna Satoshi akan membuat perubahan dari segi protokol? Adakah polisi kewangan Satoshi untuk mengurangkan ganjaran blok sebanyak 50% untuk setiap 210,000 blok merupakan kaedah terbaik bagi mengawal kadar inflasi atau ia mungkin menandakan suatu detik permulaan dalam konteks Bitcoin? Bagaimanakah pula dengan kestabilan rangkaian serta operasi perlombongan untuk masa depan?
Terdapat juga pelbagai persoalan berbangkit yang lain mengenai kesan halving terhadap harga Bitcoin. Ia susulan tanggapan orang ramai tentang aplikasi aspek pengeluaran dan permintaan walaupun tanpa sebarang penanda aras yang dapat dijadikan sebagai kayu ukur.
Pautan: “Can Block Reward Halving Still Increase #Bitcoin Value? – http://t.co/WlMCexKn” / Twitter
Proses Bitcoin halving yang pertama akhirnya berlaku pada 28 November 2012 sekitar jam 15:24:38 UTC dengan pengurangan dari segi ganjaran yang ditawarkan kepada para pelombong daripada 50 Bitcoin kepada 25 Bitcoin. Solusi kepada blok 210,000 berjaya ditemui dan disiarkan melalui kolam perlombongan Slush oleh seorang pelombong yang dikenali sebagai laughingbear. Blok berkenaan kemudian diselesaikan menerusi Radeon HD 5800 selepas menjalani proses perlombongan selama hampir seminggu.
Pautan: “Today it’s the first #Bitcoin halving day!” / Twitter
Pautan: “Bitcoin Block Reward Halving Successful http://t.co/uvJ66Yj4” / Twitter
Malahan pada hari kejadian, terdapat sambutan pesta di seluruh dunia termasuk di Las Vegas dan Macau bagi menyambut detik bersejarah ini meskipun wujud sedikit kegusaran dalam kalangan segelintir pihak.
Antaranya termasuk para pelombong yang tidak mencapai tahap kesukaran yang diingini dalam beberapa minggu terdekat. Manakala kadar hash rangkaian pula jatuh daripada 27.61 THash/s kepada 19.98 THash/s. Walau bagaimanapun, kadar hash ini kemudian meningkat secara beransur kepada 60 THash/s selepas enam bulan kemudian.
Sementara itu, sesetengah pelombong pula membuat keputusan untuk menggunakan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) masing-masing yang berfungsi untuk mata wang altcoin (di mana bilangannya adalah jauh lebih kecil pada ketika itu).
Dari segi perbandingan harga, Bitcoin pernah mencecah paras tertinggi sebelum peristiwa halving sekitar $32 pada 8 Jun 2011 sebelum menjunam kepada $11 dalam proses. Pada hari kejadian, harga Bitcoin telah melonjak kepada $12.76 dengan jurang keseluruhan pergerakan harga adalah sekitar 6.47% dan kemudian kekal stabil untuk beberapa hari selepas hari kejadian.
Rentetan peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada adaptasi fasa awal mata wang Bitcoin yang mula berkembang walaupun di peringkat awal hanya terdapat beberapa platform media kripto dan diskusi perbincangan kripto adalah terhad kepada forum khusus seperti Reddit dan BitcoinTalks. Situasi ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap naratif atau tahap spekulasi yang kurang.
Ini turut bermakna proses yang lebih lama dengan tahap keuntungan perlombongan yang berkurangan susulan peristiwa halving sebelum ia dapat pulih kembali dalam tempoh empat bulan dengan mengambil kira pengurangan kos litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC) serta harga Bitcoin yang meningkat.
Bitcoin terus kekal sekitar harga yang sama di bawah paras tertinggi ($32) sehingga 28 Februari 2013 iaitu beberapa bulan selepas peristiwa halving pertama. Harga Bitcoin kemudian melonjak kepada $1,000 menjelang akhir tahun 2013 sebelum merudum akibat kejatuhan pasaran utama Mt. Gox pada waktu itu. Senario ini mengakibatkan tempoh stabilisasi yang berpanjangan sungguhpun harga masih berada di paras melebihi kemuncak sebelum ini jadi ia masih dianggap sebagai pergerakan yang positif dari sudut perspektif jangka panjang.
2016
Tahun 2016 disifatkan sebagai dunia yang istimewa dalam konteks Bitcoin. Dalam hal ini, Bitcoin semakin mencuri tumpuan dalam saluran media massa utama serta platform penerbitan berkaitan kripto yang spesifik seperti Coindesk di samping kemunculan bilangan pengaruh internet kripto yang semakin ramai dan sekali gus meningkatkan kadar adaptasi Bitcoin secara meluas.
Pada masa yang sama, orang ramai mula turut diberi pendedahan tentang operasi Bitcoin dengan gambaran yang lebih jelas mengenai proses sebenar halving yang berlaku. Dengan cara ini, sebarang kebimbangan mengenai spekulasi atau ketidaktentuan mata wang ini dapat dikurangkan ke tahap yang optimum meskipun masih terdapat ruang penambahbaikan kepada komuniti kripto untuk terus berkembang seiring dengan pasaran semasa.
Pautan: “The Bitcoin halving jokes are beginning… https://t.co/Htg3AJpwrv” / Twitter
Blok yang ke-420,000 berjaya ditemui pada 9 Julai 2016 oleh F2Pool. Blok ini melibatkan pengurangan ganjaran yang layak diterima oleh para pelombong daripada 25 Bitcoin kepada 12.5 Bitcoin.
Pelbagai sambutan pesta turut berlaku di seluruh dunia bagi meraikan peristiwa ini.
Pautan: “1h before #bitcoin #halving in #Paris https://t.co/x5PPDBlcG0” / Twitter
Proses halving ini membawa khabar baik kepada para pelombong dengan ganjaran perlombongan yang meningkat. Sejurus selepas itu, kadar hash menurun daripada 1.56 EHash/s kepada 1.40 EHash/s sebelum meningkat kembali kepada 3.85 EHash/s selepas tempoh tujuh bulan.
Dari sudut harga, Bitcoin dijual pada $576 semasa 9 Jun selain mencapai paras harian tertinggi pada hari kejadian iaitu sebanyak $664 di mana para pembeli mula membuat perkiraan untuk mengumpul kripto tersebut.
Pautan: “Bitcoin Halving Barely Registers on Price Chart https://t.co/OZLp1zEf3s #blockchain” / Twitter
Ia kemudian disusuli tempoh penyusutan selama beberapa minggu sebelum berlakunya halving yang kedua. Manakala harga Bitcoin mencatatkan penurunan kepada $466.20 pada 2 Ogos 2016 dan harga Bitcoin tidak melepasi paras harian tertinggi pada 9 Julai sehinggalah 27 Oktober 2016. Susulan itu, harga tersebut mula mencatatkan trend menaik sehingga mencecah $2,526 genap setahun kemudian pada 9 Julai 2017 – atau bersamaan peningkatan nilai sebanyak 288.60%. Bitcoin akhirnya berjaya mencecah paras hampir $20,000 pada Disember 2017 dan harga aset digital ini terus kekal semenjak daripada itu.
Peningkatan harga yang berlaku adalah tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan proses halving pertama pada tahun 2012 yang berpunca daripada faktor seperti antisipasi komuniti yang lebih tinggi serta mengambil kira unjuran jangkaan pergerakan harga.
Jadi adakah proses halving yang terkini mampu mencapai sasaran melebihi jangkaan? Adakah faktor harga halving telah diambil kira dan bagaimanakah dengan perkembangan altcoin yang lain?
Yang pasti, ia terus menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh komuniti kripto secara amnya.
Pautan: “More importantly: ~169 weeks until the next Bitcoin halving” / Twitter
Pautan: “Only 1,123 days until the next bitcoin halving” / Twitter
Adakah anda berasa teruja? Adakah anda merancang untuk turut serta dalam pesta? Sila berkongsi dengan kami menerusi Twitter!