Negara membangun akan menggunakan Bitcoin terlebih dahulu. Ini sebabnya.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan Luno. Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai artikel penulis Jason Deane, sila layari platform Medium beliau.

Memetik kata-kata ibu kesayangan saya, adakah kami sedar bahawa kami sebenarnya berada di dalam dunia membangun?

Selain memberi penekanan kepada aspek penting kehidupan seperti pendidikan, sanitasi, bidang kesihatan dan pelbagai manfaat yang lain, dunia kini turut dilengkapi dengan sistem kewangan yang stabil sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sementara konsep kewangan telah wujud sekian lama, mungkin perkara yang sama juga berlaku dalam interaksi harian kami. Misalnya gaji yang diterima di dalam akaun bank dan wang yang dibelanjakan khususnya dalam bentuk digital (tanpa melibatkan penggunaan wang fizikal) atau menggunakan kad debit dan telefon pintar. Malahan kredit juga dapat ditebus melalui kad kredit atau pinjaman berdaftar. Kesemua fungsi ini boleh diakses dan didapati pada bila-bila masa oleh mana-mana individu yang diterima pakai tidak kira di mana jua anda berada.

Bayangkan anda tidak dapat membuka akaun bank sama ada disebabkan oleh kekurangan fasiliti atau didorong faktor-faktor yang lain maka anda dianggap sebagai golongan ‘unbanked’.

Bayangkan juga situasi di mana kad debit tidak dapat diguna pakai sungguhpun anda memilikinya apabila peniaga tidak dapat menerimanya akibat isu-isu tertentu termasuk kekangan infrastruktur. Lebih-lebih lagi apabila mata wang tempatan dalam bentuk tunai tidak diterima pakai oleh warga tempatan yang cenderung untuk menggunakan mata wang Dolar, Pound, Euro atau mata wang yang lain untuk menjalankan transaksi. Malah anda mungkin terpaksa membayar  peratusan signifikan daripada wang yang anda miliki dalam tunai sebagai pertukaran untuk mata wang terpilih sebelum diterima oleh para peniaga.

Pengalaman yang tegang atau sukar untuk difahami sedemikian mungkin dihadapi oleh segelintir individu dalam kehidupan harian namun ia telah menjadi fenomena biasa dalam pasaran membangun di seluruh dunia. 

Pada masa yang sama, terdapat pertikaian yang menarik dalam kalangan pasaran membangun di mana wujudnya peningkatan dalam penggunaan telefon pintar dan internet meskipun kadar literasi masih dianggap rendah dalam terma relatif. Dalam realiti, orang ramai tetap dapat menggunakan aplikasi seperti Facebook walaupun mereka tidak reti membaca atau menulis dalam bahasa masing-masing kerana fungsi platform yang telah memudahkan para pengguna dan ia secara tidak langsung meningkatkan jurang antara pengguna dan tahap literasi. 

Fakta ini amat menarik bagi sesetengah buah negara di mana orang ramai masih dapat berkongsi gambar dan saling berinteraksi antara satu sama lain di sebalik persekitaran mencabar dengan sistem kewangan atau infrastruktur yang terhad serta kadar jenayah dan rasuah yang berleluasa. Ini sekali gus membuktikan pengaruh kuasa teknologi sedia ada dan keupayaannya yang unik dalam memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat umum.

Menariknya juga di negara yang berdepan defisit keyakinan terhadap mata wang tempatan lazimnya melibatkan purata interaksi antara komuniti dengan Bitcoin yang lebih tinggi. 

Situasi tersebut lazim berlaku apabila negara tersebut dilimpahi pelbagai mata wang dalam bentuk kertas fizikal sebagai alternatif pilihan dan begitu juga dengan Bitcoin. Dalam hal ini, anda hanya memerlukan telefon pintar, akses kepada internet dan serba sedikit pengetahuan. Dengan ciri-ciri yang unik seperti mudah alih, selamat dan rentas sempadan, Bitcoin sesuai digunakan untuk transaksi harian seperti yang digariskan oleh Satoshi Nakamoto dalam pembentangan kertas putih.

Data sedia ada tidak membuktikan sepenuhnya walaupun ia menyokong hipotesis tersebut dan hasil dapatan yang dikumpulkan pada tahun ini oleh LocalBitcoins menunjukkan bahawa volum dagangan Bitcoin daripada pasaran membangun kini telah melebihi volum dagangan dalam negara-negara maju.

Saya masih waswas dengan kenyataan tersebut mengambil kira kemungkinan pengguna di negara maju yang menggunakan kaedah lain seperti on-ramp atau off-ramp dalam kontek Bitcoin. LocalBitcoins mengenakan kadar premium yang lebih tinggi berbanding platform perdagangan yang lain dan pengguna di negara maju mempunyai lebih banyak pilihan alternatif yang dapat digunakan. 

Bagaimanapun untuk pasaran membangun, kadangkala LocalBitcoins menjadi sumber terpilih atas beberapa faktor termasuk pertimbangan sekatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengawal aliran kewangan atau tidak membenarkan operasi perdagangan berpusat. 

Yang jelas, volum dagangan di sesetengah negara adalah lebih tinggi termasuk lima buah negara yang merangkumi hampir 80% daripada jumlah perdagangan dalam platform ini (setakat Julai 2019) iaitu negara Rusia, China, Nigeria, Venezuela dan Kolombia.

Antaranya Rusia dan China tentu menjadi kepastian susulan kerangka kawal selia tempatan yang secara amnya tidak menggalakkan penggunaan mata wang kripto — terutamanya perdagangan rakan ke rakan (P2P) yang sukar untuk disekat. Keadaan ini memberi indikasi bahawa orang ramai akan cuba mencari kaedah untuk melindungi wang dan minat masing-masing di sebalik tindakan kerajaan berdasarkan statistik nyata tentang tahap kecenderungan mereka yang merangkumi 24% daripada jumlah dagangan bagi ketiga-tiga negara terakhir di atas. 

Dalam kes tertentu, terdapat kebimbangan lain dari segi penyusutan nilai mata wang tempatan akibat peningkatan kadar inflasi, sekatan kerajaan yang ketat terhadap akses kepada dolar Amerika Syarikat atau tindakan yang dikenakan oleh kuasa asing. Tidak dinafikan semua ini mampu diatasi oleh mana-mana individu yang menggunakan telefon pintar dengan akses kepada internet serta dompet Bitcoin dan ia terbukti jelas bahawa volum perdagangan telah melonjak dengan ketara.

Bagi Venezuela, mata wang Bolivar telah menghadapi pelbagai tekanan dengan kadar inflasi yang terus melonjak sehingga mencecah 39,000% ditambah pula kontroversi regim pentadbiran yang tertakluk kepada tindakan sekatan. Jadi apabila berdepan prospek situasi di mana wang dalam poket anda menyusut setiap masa dan kesukaran untuk mengakses mata wang asing, apakah yang boleh dilakukan? Dalam hal ini, Bitcoin telah menjadi antara pilihan yang ketara.

Mungkin bagi sesetengah individu Bitcoin menjadi pilihan terakhir yang terpaksa diambil dalam keadaan terdesak dengan harapan agar ia dapat sedikit sebanyak membantu mereka. Persepsi ini adalah jauh berbeza berbanding situasi biasa yang berlaku dalam kehidupan harian dengan adanya mata wang stabil serta kemudahan akaun bank. 

Sungguhpun begitu, warga Venezuela yang membeli Bitcoin pada paras tinggi sekitar $20,000 dan terus menyimpan sehingga ke paras sedia ada pada $7,500 masih berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding jika menyimpan dalam mata wang Bolivar. Buat pertama kali dalam sejarah, individu dapat melindungi nilai harta mereka daripada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan masing-masing.

Kenyataan ini disifatkan sebagai pemangkin yang mempunyai potensi besar terutamanya dalam konteks mata wang Bitcoin.

Situasi ini turut berlaku di negara-negara lain seperti Nigeria, Columbia dan terkini Argentina yang menyaksikan lonjakan kenaikan kadar inflasi (kini berada pada kadar 50%) sehingga mencapai paras tertinggi dalam platform LocalBitcoin pada bulan yang lalu. 

Di samping itu, terdapat juga aktiviti yang serupa di negara-negara lain seperti  di Hong Kong yang menyaksikan peningkatan penggunaan mata wang kripto tatkala negara berkenaan menghadapi tekanan tertentu di dalam negara. Yang jelas di sebalik segala kelemahan dan ketidaktentuan pasaran masa depan, Bitcoin terus dilihat sebagai suatu ‘safe haven’ dengan mengambil kira faktor luaran tidak kira dalam negara membangun atau negara maju. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa jumlah amaun yang terlibat masih dianggap peratusan yang kecil dan ini bermakna bilangan pengguna yang dapat melindungi nilai kekayaan mereka adalah kurang signifikan di sebalik pelbagai pilihan yang sedia ada. 

Realitinya, pasaran Bitcoin di peringkat global masih mempunyai banyak ruang untuk berkembang. Sungguhpun baru-baru ini alamat Bitcoin telah mencecah paras tertinggi pada minggu yang lalu, namun ia sekadar meliputi 28.39 juta alamat dan angka ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah populasi dunia dalam teori iaitu hanya sekitar 0.4% dengan mengambil masa hampir sepuluh tahun. 

Manakala kadangkala aspek pendidikan mengenai kripto pula tidak diterapkan di negara tertentu atau ‘disekat’ di sesetengah kawasan. Jadi terdapat pihak berpandangan bahawa Bitcoin dilihat masih berada dalam fasa awal dan belum benar-benar terbukti dari segi keberkesanan dalam terma nyata dengan pertimbangan tertentu di sebalik angka-angka yang wujud. Situasi ini ibarat anda sedang mengambil risiko dengan mengambil wang anda untuk membeli sesuatu yang berisiko yang mungkin menjadi sukar untuk difahami dengan sumber yang terhad.

Semua elemen ini telah membawa kepada beberapa hasil dapatan penting mengenai perkembangan semasa Bitcoin terutamanya bagi pasaran yang sedang membangun:

  • Hakikatnya dalam situasi di mana masyarakat terjerumus dalam situasi kewangan yang mencabar akibat faktor luaran, kemunculan Bitcoin telah menjadi pilihan baharu yang amat relevan untuk diambil kira walaupun pada asalnya aset ini dilihat sebagai suatu pilihan terakhir. 
  • Sejak kebelakangan ini, data daripada LocalBitcoins menunjukkan jumlah volum dalam negara membangun terus mencatatkan peningkatan khususnya di negara Chile, Kolombia, Mesir, Kenya, Mexico dan Peru yang didorong oleh isu-isu tempatan berkaitan ekonomi dan politik.
  • Tahap pemerolehan semasa mempunyai hubung kait yang erat dengan kadar literasi dalam mata wang Bitcoin di mana kesedaran di peringkat global masih boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

Jika pertimbangan di atas terbukti benar maka sudah pasti kadar penerimagunaan mata wang kripto dalam kalangan negara membangun bakal berkembang secara pesat berbanding negara-negara kelas pertama di mana sistem yang berfungsi telah wujud sekian lama dalam kehidupan harian. 

Dalam teori, situasi ini sekali gus membuka perspektif baharu dengan prospek negara-negara kecil atau ekonomi membangun yang mampu memiliki Bitcoin sekiranya ia terima pakai oleh masyarakat umum.

Dengan cara ini, sudah tentu hasil limpahan ekonomi dunia dapat diterjemahkan ke dalam negara-negara membangun ini merentasi pelbagai bidang mengikut keperluan semasa.

Atas dasar ini saya amat tertarik dengan prospek perkembangan mata wang kripto termasuk Bitcoin sehingga menjadi realiti yang mungkin tidak dapat dibayangkan pada suatu ketika dahulu. 

Artikel asal ini diterbitkan menerusi platform Medium.

Anda juga boleh membaca artikel berkaitan Bitcoin, mata wang kripto dan topik lain yang diterbitkan oleh Jason di sini. Beliau merupakan seorang Duta Jenama di Luno dan mengadakan siri bengkel di sekitar United Kingdom untuk mendidik komuniti tempatan mengenai Bitcoin dan kepentingan kripto kepada masyarakat secara am. Jika anda berminat untuk menjemput Jason bagi mengadakan bengkel percuma untuk syarikat anda, sila hubungi skopelman@luno.com. Buku nukilan Jason untuk pengguna Bitcoin baharu bertajuk “How to Explain Bitcoin to your Mum” boleh didapati dalam Ebook dan Paperback melalui portal Amazon.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0