Panduan asas kepada analisis pasaran matawang kripto

Terdapat pelbagai jenis pelaburan dan strategi perdagangan yang anda boleh mengguna pakai apabila kita berbincang mengenai matawang kripto, sama ada strategi ‘HODL’ ataupun berdagang secara harian. Jika matlamat anda adalah untuk menjana keuntungan, maka satu-satunya asas pertimbangan yang penting adalah untuk ‘beli rendah dan jual tinggi’.
Perkara ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang mudah. Jika tidak, sudah tentu ramai dalam yang telah menjadi kaya raya. Tidak dinafikan juga unjuran paras pasaran rendah dan tinggi dengan tahap kepastian yang tinggi adalah amat mustahil memandangkan tiada sesiapa yang dapat meramalkan apakah sebenar yang bakal berlaku.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah analisis pasaran yang biasa dimanfaatkan oleh pedagang dan pelabur kripto dalam proses membuat keputusan bagi memberi gambaran sebenar tentang waktu yang sesuai untuk memasuki atau keluar daripada posisi mereka, atau dalam erti kata lain untuk membeli dan menjual. Antara dua kaedah yang paling lazim diguna pakai adalah Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental. Walaupun wujudnya batasan tertentu, kedua-dua kaedah ini dapat menjadi panduan berguna kepada para pelabur jika digunakan dengan cara yang betul.
Dari sisi perundangan: Kandungan artikel ini adalah untuk perkongsian pengetahuan semata-mata dan bukan untuk tujuan nasihat pelaburan mahupun sebarang cadangan rekomendasi. Justeru, pihak Luno menasihati supaya anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat kewangan sebelum menjalani aktiviti pelaburan atau berdagang dalam matawang kripto.
Analisis Teknikal
Apakah maksudnya?
Analisis Teknikal (TA) dibangunkan berasaskan premis bahawa ‘sejarah berulang kembali’. Analisis ini secara lazimnya tertumpu kepada data pasaran terdahulu seperti volum perdagangan dan trend perubahan berbanding ciri-ciri sebenar koin kripto atau projek berkenaan. Analisis data ini diguna pakai bagi memperoleh gambaran sebenar sentimen pasaran semasa dengan mengenal pasti pola kelakuan yang berulang. Langkah ini seterusnya dapat membantu pelabur untuk membuat ramalan secara berwaspada tentang kebarangkalian trend pasaran sama ada pasaran merudum (trend menurun) atau pasaran kukuh (trend menaik). Secara teorinya, ramalan sebegini membolehkan anda untuk membeli semasa harga pasaran menjadi rendah dan menjual apabila harga pasaran tinggi untuk menjana keuntungan.
Kaedah analisis ini membuat unjuran berdasarkan pergerakan harga tidak berlaku secara rawak dengan kebergantungan terhadap pola dan corak pasaran terdahulu. Walaupun terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi pergerakan harga koin dalam arah tertentu, bagi tujuan Analisis Teknikal fokus anda hanya tertumpu kepada aspek pengeluaran dan permintaan serta harga koin tersebut di mana apabila trend untuk sesuatu koin terhasil, pakar TA berpandangan bahawa trend tersebut wajar diikuti. Jadi, sekiranya pasaran kekal kukuh untuk suatu tempoh yang panjang, maka peningkatan dari segi permintaan akan mengurangkan pengeluaran koin untuk dijual dan hasilnya harga koin akan meningkat. Apabila harga meningkat, lama-kelamaan ia mungkin akan merudum apabila pelabur mula mengambil kesempatan dengan menjual koin mereka sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan pengeluaran yang mengatasi permintaan. Maka harga koin akan menurun dan kitaran ini akan berterusan.
Adakah ia berkesan?
Yang penting, Analisis Teknikal merupakan disiplin yang luas dan ia bukanlah mudah untuk menentukan keberhasilannya sama ada ia berjaya atau tidak. Penentu kayu ukur TA adalah bergantung kepada para penganalisis teknikal walaupun ini tidak bermakna ia terlalu rumit atau anda perlu mahir dalam bidang matematik dan interpretasi pasaran yang kurang tetap boleh berlaku.
Jika kaedah analisis ini digunakan dengan sewajarnya, sudah tentu TA dapat menyumbang kepada sebahagian daripada proses pemikiran anda. Pastinya terdapat banyak faktor lain yang perlu diberi pertimbangan dan anda tidak dapat membuat unjuran masa depan berdasarkan sejarah semata-mata. Begitu juga dengan pakar TA yang mengambil kira pelbagai faktor dalam konteks analisis ini tanpa bergantung sepenuhnya dalam isolasi.
Analisis Fundamental
Apakah maksudnya?
Analisis Fundamental (FA) mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh berbanding Analisis Teknikal. Dalam hal ini, ia bertujuan untuk membuat penilaian secara terperinci tentang nilai intrinsik sesuatu aset dengan mengambil kira faktor kualititatif dan kuantitatif. Jika anda mendapati nilai intrinsik aset adalah lebih rendah berbanding harga pasaran semasa dan anda membuat keputusan untuk melabur, secara teorinya anda dapat menjana keuntungan. Manakala jika aset tersebut dianggap terlebih nilai (overvalued), anda juga boleh berdagang untuk memperoleh keuntungan apabila aset tersebut mencatatkan penurunan harga dan situasi ini membawa makna ‘shorting’.
Pada masa yang sama, Analisis Fundamental tidak eksklusif kepada mata wang kripto sahaja sebaliknya ia merangkumi berbagai-bagai jenis perdagangan yang lain. Namun begitu, ia memerlukan pendekatan yang berbeza kerana mata wang kripto tidak mempunyai penyata kewangan umum seperti syarikat korporat dan situasi ini menyukarkan para pedagang untuk membuat penilaian yang tepat terhadap nilai Bitcoin berbanding aliran tunai masa depan seperti aset-aset yang lain.
Kebolehlaksanaan mata wang kripto turut bergantung kepada faktor-faktor lain bagi mengukur potensi sebenar serta kekuatan rangkaian komuniti yang sedia ada. Misalnya, prospek masa depan dan keunikan ciri-ciri kripto yang perlu diberi pertimbangan. Dengan mata wang Bitcoin, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia dapat berfungsi sebagai medium pertukaran yang berkesan dan apakah keunikan yang membezakan Bitcoin daripada mata wang biasa. Sebagai contoh, jumlah bilangan pengeluaran Bitcoin ditetapkan pada kadar 21 juta unit dan ini membolehkan Bitcoin dikategorikan sebagai antara mata wang yang unik. Berbeza dengan mata wang fiat yang dikawal selia oleh bank berpusat, Bitcoin mempunyai ciri tersendiri iaitu jumlah volum pengeluaran yang tetap dan mudah dijangka.
Selain itu, anda juga boleh mengambil kira aspek lain seperti volum transaksi dan aktiviti pengguna bagi mengukur sejauh mana permintaan pengguna dan adaptasi para pelabur komersial. Yang pasti, Bitcoin terus mencapai kemajuan ke arah penerimaan umum sebagai medium pertukaran yang efektif. Hasilnya, hari ini Bitcoin telah diterima pakai sebagai antara kaedah pembayaran oleh ribuan perniagaan dan platform e-dagang di seluruh dunia. Melalui Analisis Fundamental, kaedah ini dapat memberi pendedahan kepada pelabur tentang bagaimanakah prestasi semasa setara dengan matlamat asalnya.
Akhirnya, keadaan ekonomi global turut berpotensi untuk memberi kesan kepada harga mata wang kripto. Jadi ia adalah penting untuk mengambil kira perubahan dari segi ekonomi makro apabila menggunakan Analisis Fundamental dalam strategi perdagangan termasuk situasi-situasi yang dijangka atau di luar jangkaan.
Pada masa yang sama, acara berprofil tinggi berasaskan mata wang kripto kepada khalayak umum seperti pecahan (Halving) juga membawa implikasi besar terutamanya kadar pengeluaran mata wang kripto untuk masa depan dan anda boleh membuat perancangan untuk mengintegrasikannya ke dalam model perancangan. Di samping itu, situasi di luar jangkaan seperti tindakan kerajaan untuk mengurangkan kawal selia terhadap Bitcoin juga memberi kesan tertentu dan walaupun ia mungkin tidak dijangka tetapi but anda perlu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Adakah ia berkesan?
Terdapat segelintir pihak yang berpandangan bahawa harga aset digital sememangnya merangkumi segala data berasingan yang mampu mempengaruhi harga aset dan keadaan ini mungkin menyebabkan sebarang cubaan penilaian pasaran semasa menjadi sia-sia. Tambahan pula, seperti aset-aset lain ia agak mustahil untuk membuat unjuran tepat terhadap aspek permintaan dengan wujudnya elemen ketidakpastian. Analisis Fundamental adalah lebih tertumpu kepada nilai hipotetik aset berbanding nilai sebenar pada satu-satu masa.
Bagaimanapun, pengetahuan menjadi sumber kekuatan dan dengan mengambil pendekatan terhadap maklumat berguna yang dihasilkan oleh Analisis Fundamental, para pedagang dan pelabur Bitcoin dapat memahami secara dekat tentang harga intrinsik untuk mata wang kripto dan langkah ini dapat membantu mereka dalam proses penilaian sebelum membuat keputusan pelaburan yang tepat.
Manakah kaedah yang paling bersesuaian untuk saya?
Pada dasarnya, kerangka Analisis Teknikal lebih tertumpu kepada perdagangan jangka pendek. Hal ini kerana pembetulan pasaran boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari mahupun dalam hari yang sama namun secara amnya ia turut digunakan sebagai panduan pemantauan trend pergerakan naik turun pasaran.
Antara kesilapan utama yang harus dielakkan adalah kebergantungan sepenuhnya kepada kaedah teknikal pada waktu permulaan. Tidak dinafikan, penggemar TA turut memperakui kebarangkalian analisis teknikal mungkin terjejas jika dilakukan dalam isolasi. Sebaliknya, anda memerlukan informasi tepat dalam konteks kripto dan Analisis Fundamental lazimnya menggambarkan nilai aspek keselamatan berbanding harga pasaran yang sebenar.
Sehubungan itu, kebanyakan pedagang mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam mengimbangi antara Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal terutamanya mengambil kira nuansa proses analitik termasuk asas perakaunan serta pelbagai informasi berguna lain seperti aliran pesanan dan penglibatan kewangan pintar. Yang penting, ia terpulang kepada anda untuk mencari kaedah terbaik yang diingini dan keseluruhan proses ini tertakluk kepada situasi peribadi semasa selain melibatkan proses ‘trial and error’. Jika anda membuat keputusan untuk memulakan aktiviti perdagangan, pastikan anda sentiasa berwaspada agar tidak melabur melebihi apa yang anda sanggup rugi sepanjang fasa ini kerana bagi mana-mana strategi perdagangan, keberkesanan kaedah analisis sebenarnya bergantung kepada bagaimana anda ingin menggunakannya. Oleh itu, para pelabur adalah dinasihatkan untuk menjalankan kajian terperinci dan hanya bergantung kepada sumber maklumat yang sahih dan dipercayai. Dalam dunia mata wang digital, pengetahuan sememangnya menjadi tonggak kekuatan dan semakin banyak anda menimba ilmu, maka semakin tinggi kebarangkalian anda untuk berjaya.
Teruskan membaca…
Trend terkini kripto yang menjadi tumpuan pada tahun 2020