Panduan asas kepada kandungan kripto

Adakah anda bersedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bitcoin? Adakah anda ingin mengikuti sepintas lalu perkembangan terkini dalam pasaran kripto?
Terdapat berbagai-bagai sumber dalam talian yang menyediakan informasi dan maklumat berkenaan kripto. Antaranya seperti dokumentari Bitcoin, audio siar, buku-buku untuk santapan minda dan sebagainya. Sama ada anda obses dengan kripto mahupun ingin mempelajari asas kripto, segalanya ada di sini. Sila nikmati artikel ini!
Pada masa yang sama, sila layari portal laman blog dan saluran YouTube kami di mana pelbagai informasi turut disediakan dan dikemas kini dari semasa ke semasa demi anda.
Bitcoin: The End of Money As We Know It (2015)
Filem dokumentari yang diilhamkan oleh Torsten Hoffmann ini semestinya wajib ditonton. Dalam dokumentari ini, Hoffman menjejaki proses evolusi kewangan untuk menerangkan potensi sebenar Bitcoin yang mampu menjadi pemangkin terhadap sistem kewangan tradisional yang sedia ada. Hoffman turut mengadakan sesi temu bual dengan pakar-pakar rantaian blok kripto dan individu berpengaruh seperti Andreas Antonopoulos dan Roger Ver.
Trust Machine: The Story of Blockchain (2018)
Pemenang anugerah filem, Alex Winter menayangkan filem dokumentari bertajuk Trust Machine yang dibarisi oleh bintang terkemuka seperti Rosario Dawson sebagai narator. Dokumentari Trust Machine memberi tumpuan terhadap peranan dan fungsi teknologi dalam menangani isu-isu yang berlaku dalam realiti dunia seperti kebuluran makanan, krisis pelarian serta jurang ketidakpadanan pendapatan. Dokumentari ini turut melakar sejarah sebagai karya bertaraf museum di mana ia merupakan sebuah filem yang dihasilkan berasaskan rantaian blok dengan tajaan rantaian blok buat julung kalinya. Majalah Los Angeles Times (LA) menggambarkan dokumen tersebut sebagai amat menarik dengan naratif yang terperinci.
The Rise and Rise of Bitcoin (2014)
Salah satu dokumentari kripto yang awal, The Rise and Rise of Bitcoin berkisahkan tentang perjalanan seorang pembangun program komputer yang berusia tiga puluh lima tahun, Daniel Mross dalam ruang kripto. Menerusi perkongsian pengalaman beliau dalam komuniti Bitcoin, penonton dapat mempelajari tentang potensi impak kripto di peringkat global. Daniel turut menemu bual beberapa figura penting dalam arena kripto seperti Charlie Shrem dan dokumentari ini juga menarik untuk ditonton kembali dengan mengambil kira perubahan dinamik yang telah berlaku sepanjang tempoh 6 tahun yang lalu.
Banking On Bitcoin (2016)
Banking on Bitcoin merupakan sebuah dokumentari unik yang turut muncul dalam platform penstriman Netflix. Ini bermakna ia mungkin menjadi filem dokumentari Bitcoin yang paling popular setakat ini. Dokumen ini berkisahkan tentang peranan sistem perbankan semasa krisis kewangan dengan membuat perbandingan antara penyokong awal Bitcoin serta individu di belakang tadbir kewangan tradisional.
Menurut portal GQ, “di sebalik tirai kerumitan kripto, dokumentari Banking on Bitcoin memberi gambaran menarik mengenai kerangka dan sejarah dolar digital yang digunakan untuk membeli ubatan dalam “laman sesawang gelap” selain peluang pelaburan yang menjadi topik perbualan orang ramai. Sila tonton dokumentari ini sebelum anda memulakan pelaburan.”
Cryptopia: Bitcoin, Blockchains and the Future of the Internet (2020)
Sebuah lagi filem dokumentari oleh Torsten Hoffmann, Cryptopia: Bitcoin, Blockchains and the Future of the Internet memberi perincian tentang ekosistem kripto dengan mendalami teknologi rantaian blok. Ia mendedahkan sisi positif dan negatif industri berkenaan, naratif utama, konflik serta pihak yang terlibat di sebalik tadbir. Dokumentari ini juga memaparkan muka-muka yang tidak asing lagi seperti Andreas Antonopoulos, Roger Ver, Laura Shin, Vitalik Buterin dan lain-lain.
5 podcast yang berbaloi didengar
Untold Stories

Pengasas kepada Bitcoin Foundation dan BitInstant yang telah terbubar, Charlie Shrem merupakan hosaudio siar Untold Stories. Charlie yang diberkati dengan personaliti menghiburkan sememangnya tidak asing dalam ruang Bitcoin termasuk pembabitan aktif beliau semenjak kemunculan Bitcoin. Beliau pernah menjalani 2 tahun hukuman di penjara akibat penglibatan dalam membantu operasi perniagaan pemindahan wang tidak berlesen berhubung dengan lokasi pasaran Silk Road. Dengan latar belakang yang menarik ini, Untold Stories berkongsi sedikit sebanyak mengenai perjalanan Charlie selama ini serta pelopor awal lain dalam pergerakan kripto. Audio siar ini amat menarik untuk dikongsi.
Dengar di sini
UnChained
Diasaskan pada tahun 2016, bekas pengarang Forbes, Laura Shin menghasilkan audio siar bertajuk UnChained yang dikenali ramai dalam komuniti kripto. Shin merupakan salah seorang pemberita saluran utama yang melaporkan tentang perkembangan mata wang kripto dan teknologi rantaian blok sepenuh masa. Beliau turut pernah menjadi hos kepada pakar-pakar tersohor dalam pelbagai topik mengenai aspek kripto, termasuk elemen demokrasi dari sudut usia Bitcoin dan kesahan serangan bZx.
Dengar di sin
The Pomp Podcast

Anthony “Pomp” Pompliano terkenal sebagai antara individu yang paling aktif dan berpengaruh dalam ruang kripto. Audio siar Pomp ini menyaksikan penglibatan pengasas bersama Morgan Creek Digital yang berinteraksi dengan pelbagai individu tersohor dalam ruang kripto dan Wall Street mengenai hala tuju dan masa depan aset digital termasuk Peter Schiff dan Erik Voorhees.
Dengar di sini
What Bitcoin Did

Peter McCormack membuat kupasan mengenai perkembangan semasa Bitcoin dan hala tuju sistem tidak berpusat bersama para tetamu jemputan. What Bitcoin Did merupakan audio siar yang berlangsung selama dua kali seminggu yang menjadi tumpuan orang ramai dalam komuniti kripto. Peter menemu bual beberapa individu berkepentingan dalam arena Bitcoin dengan skop perbincangan yang tidak terbatas. Antara senarai tetamu audio siar ini adalah seperti Pete Rizzo dan Erik Voorhees dan figura kontroversial seperti Peter Todd.
Dengar di sini
Zero Knowledge Podcast
Adakah anda sedang mencari audio siar yang bersifat teknikal? Zero Knowledge mendalami bidang teknologi di sebalik laman web tidak berpusat beserta komuniti yang membinanya. Dengan kehadiran Anna Rose and Fredrik Harrysson sebagai hos, mereka disertai oleh para pembangun program dan jurutera tersohor bagi membincangkan tentang pengoperasian ruang kripto meliputi topik dari zKSnarks sehingga pengaturan atomik.
Dengar di sini
5 buku untuk dibaca
Bitcoin Billionaires: A True Story of Genius, Betrayal and Redemption by Ben Mezrik
Ben Mezrich berjaya menempah namanya sebagai penulis The Social Network berdasarkan latar belakang Facebook, sebelum diterjemahkan ke dalam filem yang dibintangi oleh Jesse Eisenberg. Dalam buku nukilan Ben iaitu Bitcoin Billionaires, beliau menceritakan semula pasangan Winklevoss, menjejaki kewujudan mereka ke dalam ruang berkenaan selain transformasi mereka daripada figure terkenal kepada hero yang dikenali ramai.
Digital Gold: Bitcoin and the Inside Story of the Misfits and Millionaires Trying to Reinvent Money by Nathaniel Popper
Pemberita New York Times, Nathaniel Popper memberi rangkuman tentang “sejarah Bitcoin yang gemilang sehingga mencuri tumpuan sebagai penanda aras wang digital”. Nathaniel mengambil pendekatan yang menarik dengan membariskan watak seperti Tyler dan Cameron Winklevoss, serta pengasas eksklusif Bitcoin, Satoshi Nakamoto.
Digital Gold telah dipilih sebagai pilihan pengarang untuk New York Times Book Review selain disenaraikan di dalam Financial Times 2015 dan McKinsey Business Book of the Year.
Blockchain Revolution: How the Technology Behind Bitcoin is Changing Money, Business and the World by Don Tapscott and Alex Tapscott
Blockchain Revolution sering diberi kredit sebagai buku yang mencetuskan revolusi perusahaan rantaian blok. Buku ini telah menjalankan kajian penyelidikan yang terperinci dengan explorasi menarik tentang bagaimana teknologi digital mampu memberi impak kepada ekonomi. Buku yang wajib dibaca.
“Buku ini memberi impak yang mendalam terutamanya dalam evolusi rantaian blok di seluruh dunia.” — Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Corporation, Satya Nadella.
The Internet of Money by Andreas M. Antonopoulos
Andreas M. Antonopoulos telah membina reputasi sebagai individu yang matang dan berfikiran panjang dalam ruang kripto. Buku nukilan Andreas, The Internet of Money berkisahkan tentang sisi teknologi dengan mendalami aspek dalam Bitcoin merangkumi falsafah, sosial dan implikasi sejarah yang menarik untuk dihayati oleh para peminat.
The Denationalization of Money by Friedrich Hayek
Jika anda merupakan seorang peminat buku, Bank Pusat Eropah telah menyifatkan buku The Denationalization of Money yang dinukil oleh Hayek sebagai asas kepada teori Bitcoin. Dalam buku ini, Hayek menyokong rangkaian nod (autonomi peserta pasaran) yang bersifat tidak berpusat tanpa memerlukan kebenaran dan sistem mata wang sulit di mana institusi kewangan menghasilkan mata wang yang mampu bersaing untuk diterima pakai oleh orang ramai.
5 forum untuk disertai
BitcoinTalk
Forum asal BitcoinTalk merupakan antara komuniti kripto maya yang terbesar dengan hampir seramai dua juta ahli aktif dan lebih tiga juga kiriman dalam forum. Forum yang mesra pengguna ini memaparkan hampir kesemua topik yang dapat anda bayangkan. Selain itu, ia turut menjadi platform berguna dengan memaparkan pengumuman terkini mengenai projek baharu dan sokongan komuniti kepada pengguna yang baru menyertai ruang kripto.
Reddit mempunyai rangkaian komuniti dalam talian dan subreddit kripto yang amat popular. Kiriman baharu dikemas kini secara kerap dengan tumpuan kepada acara atau peristiwa terkini mengenai kripto di samping perbincangan hangat serta subreddit lain di mana anda boleh menyertai perbincangan mengikut topik kegemaran anda.
Bitcoin.com
Forum Bitcoin.com juga menyediakan platform perbincangan yang menarik dengan penyertaan ramai pengguna aktif. Seperti forum BitcoinTalk, forum ini berjaya menarik minat orang ramai tanpa mengira latar belakang. Bagi pengguna baharu, terdapat banyak informasi yang berguna dengan interaksi bersama individu yang telah lama berkecimpung dan menceburi bidang kripto. Terdapat lebih daripada 60,000 ahli secara keseluruhan dengan purata pengguna aktif yang ramai di platform Bitcoin.com.
Steemit
Steemit menyajikan sebuah rangkaian sosial yang beroperasi dan dimiliki oleh para pengguna terlibat. Rangkaian sosial ini melakar sejarah sebagai rangkaian pertama yang diintegrasikan dengan sektor kripto. Platform ini menyimpan semua data rangkaian menerusi rantaian blok sementara rangkaian saluran utama menyimpan data ini di dalam pelayan komputer sulit mereka.
Para pengguna Steemit diberi ganjaran dalam bentuk token Steem di atas sumbangan mereka untuk menghantar kiriman dan menghasilkan kandungan berkenaan. Token Steem merangkumi tiga bentuk iaitu Steem (token mata wang kripto yang lazim), Dolar Steem (ditambat pada dolar Amerika Syarikat) dan Steem Power (sebagai inisiatif untuk membina pengaruh di dalam rangkaian Steemit).
Beermoneyforum
Forum yang lazim disertai oleh para peminat santai kripto dengan pelbagai topik perbincangan mengenai aset kripto. Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai perkongsian lain yang bukan mengenai kripto.
Jadi apakah dokumentari kripto yang menjadi kegemaran anda? Buku manakah yang anda ingin cadangkan? Sila berkongsi dengan kami menerusi Twitter!